Jalan Segambut
Kuala Lumpur
28 Jul 2012
5 pagi
Nota – Atas beberapa sebab, beberapa bahan berita lewat disiarkan , terutama akibat laluan broadband yang sangat perlahan menyebabkan gangguan.
Malang berganda bagi 5 suspek jenayah – apa 2 cubaan menyamun gagal, dan berkakhir terbabit dengan kemalangan jalanraya.
Mereka menaiki sebuah kereta Proton Waja – berusia antara 19 hingga 25 tahun.
Dan salah seorang dari suspek, berusia 19 tahun, merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat (E O – Emergency Ordinant).
Kejadian bermula kira-kira jam 3.30 pagi apabila suspek cuba menyamun sebuah kereta dengan memintas kereta mangsa di pekan Rawang.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal.
Cubaan kedua untuk memecah masuk sebuah kedai besi buruk juga gagal apabila kumpulan terbabit terserempak dengan orangramai.
Bertindak atas maklumat, sekumpulan anggota polis antisamun kenderaan berjaya mengesan kereta dinaiki suspek di Jalan Templer, rawang.
Kereta dipecut ke arah Kuala Lumpur sebaik polis cuba menahan mereka untuk melakukan pemeriksaan.
Proton Waja kemudian terus dipandu laju ke arah Jalan Kuching dalam cubaan melarikan diri sebelum memasuki Jalan Segambut.
Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Taman SPPK Segambut, kereta terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta dinaiki 5 wanita warga Thailand.
Akibatnya, semua di dalam kedua-dua kereta, cedera, 2 dari mereka cedera parah.
9 dihantar ke Hospital Selayang manakala seorang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


















Dalam dua bulan ni, rasany aini kes kedua penyamun terlibat kemalangan selepas samun/rompak.
Yang belum atau bercadang / merancang nak buat keje ni….kalau baca blog Ondscene mungkin berfikir patplohpat kali
Assalamualaikum,
Macam dalam drama Gerak Khas pulak. Apapun, tahniah kepada PDRM yang cepat bertindak dengan maklumat diterima.
Kena bangga, PDRM pun cekap mcm dlm pilem orang putih, bukan pilem hindi
Tak mati lak penjenayah ni… Ishhh…
test
kalau tak silap sorang dah kena tembak mati sebab cuba nak lari semasa dibawa ke mahkamah
menyusahkan orang ramai…wajib dihapuskan geng2 camnie…..