Kenapa Sekejam Ini…

Kuala Lumpur

19 Ogos, 2008
Objek yang pada mulanya disangka anak patung, akhirnya adalah mayat seorang wanita yang ditemui terapung dan dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Dengan kedua-dua tangan dan kaki teringat, mangsa dipercayai telah meninggal dun ia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang telah kembung dan berbau.
Orangawam yang kebetulan melalui jambatan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua, MRR2 berhampiran bulatan Batu Caves arah Kepong ini terlihat objek terbabit kira-kira jam 3 petang, 19 Ogos 2008.
Setelah mengamati pada jarak yang agak jauh itu, mereka akhirnya percaya, ia adalah mayat manusia.
Polis yang tiba kemudian menemui mayat seorang wanita dengan keadaan bajunya terselak hingga paras leher.
Keadaannya amat menynyat hati dan dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenalpasti.
Penemuan mayat ini menjadi penyumbang utama mengapa MRR2 dari arah Batu Caves dan Kepong sesak berikutan orangramai memberhentikan kenderaan di tepi lebuhraya untuk melihat apa yang berlaku.
Foto ini menceritakan segalanya, betapa rakyat Malaysia amat prihatin dengan apa juga keadaan di sekeliling mereka walaupun mungkin ia amat mengganggu mereka yang lain.

Post Lain Yang Berkaitan

1 Comment

You must be logged in to post a comment.