Kereta Dan Motosikal Terbakar – Perbuatan Khianat?
Pangsapuri Rivera
Jalan Bunga Mewah 5A
Taman Muda, Ampang
Selangor
1 September 2011
Kes ini dipercayai akibat perbuatan khianat – dan merupakan kali kedua berlaku di kawasan yang sama.
2 kereta hampir musnah dan 6 motosikal hangus.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.
Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama 6 anggota tiba di lokasi dan memadamkan kebakaran.
Kejadian berlaku di tempat letak salah sebuah pangsapuri di sini.
Sebuah unit rumah yang terletak di atasnya, turut mengalami kerosakan akibat asap dan bahang panas akibat kebakaran ini.
Kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat, bagaimanapun saspek masih belum dikenalpasti.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Foto – Angie/China Press
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.



dekat betul dengan rumah saya ni bang.. huhuhhu..
Rozeman Bin Hassan recently posted..Beraya di Perth, Australia
Bahaya tu bro. Jaga-jaga dengan orang yang phycho macam tu. Suka sangat jadi arsonist, bakar-bakar ni. Tunggu jap je lagi, nanti dibakar oleh api neraka kekal abadi..
arena84 recently posted..Apa itu Planet Nibiru atau Planet X Yang Dikaitkan dengan Bencana Hari Kiamat Diramal oleh Kaum Maya Pada 2012?
perbuatan dengki dan khianat makin menjadi-jadi sekarang..
semoga kita semua dilindungi oleH Allah..
naimulfirdaus recently posted..ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut
mujur tak ranap tiang apt tu…kalau tak tragedi syawal tu…! apasal la nak berdengki khianat..?
latep recently posted..LPT 2 -Bukit Besi- Ajil kini dibuka…
Pangsapuri ini tiada kawalan keselamatan ke? Takziah kepada semua mangsa.
Assalamualaikum,
apalah yang dia orang dapat dengan dengki orang macam tu? Tak ingat tu…nanti dia pun kena bako sama di akhirat…
Anyss recently posted..Selamat Menyambut Hari Lebaran