Reality in Real Life

Kereta Peronda vs Perodua Kancil – 3 Diberkas

IMG_4788

Persiaran Bandar Utama
Petaling Jaya, Selangor
5 Feb 2014
10 pagi
 
 

Baru beberapa minit sampai di pejabat untuk memproses berita 2 kes kemalangan maut sebelum ini, kedengaran jelas bunyi siren bertalu-talu.

Alamak, satu lagi kes berlaku – yang berkemungkinan ianya adalah kemalangan berhampiran pejabat.

Benar, satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah Perodua Kancil dan seorang lelaki terbaring di atas jalan.

Tapi ini bukanlah kemalangan yang biasa berlaku – laluan ditutup terus kepada semua lalu-lintas, dan deretan lebih 10 buah kereta peronda polis mengepung lokasi kejadian.

Ye, ini adalah membabitkan kes jenayah.

Semuanya bermula apabila sebuah kereta peronda polis terserempak sebuah perodua Kancil dinaiki 3 lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Sri Damansara.

Apabila diminta untuk berhenti untuk pemeriksaan lanjut, kereta dipandu laju memecut ke arah Lebuhraya Damansara Puchong.

Palang plaza tol turut dirempuh dan unit kereta peronda yang mengejar, meminta bantuan kereta peronda lain untuk mengejar saspek yang dipercayai merancang untuk melakukan kegiatan jenayah.

Bantuan dari sekurang-kurangnya 10 buah kereta peronda yang meronda di kawasan sekitar segera menuju ke Lebuhraya dan bermulalah aksi mengejar sehingga ke kawasan berhampiran Taman Tun Dr Ismail.

Peronda Perodua Kancil kemudian bertindak membuat pusingan dan memasuki susur Bukit Lanjan arah terowong di Flora Damansara.

Ia kemudian masuk semula ke LDP arah Kg Sungai Kayu Ara dan menghala ke Persiaran Bandar Utama, dan ketika ini salah sebuah kereta peronda menjaya menghimpit kenderaan terbabit menyebabkan berlaku pergeseran.

Kereta hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok.

Semua lelaki terbabit yang cuba melarikan diri sebaik kemalangan berlaku, akhirnya berjaya ditangkap – seorang darinya rebah di luar kereta akibat mengalami kecederaan.

Saspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah kemudiannya di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kawalan ketat dan tangan digari pada pengusung.

Pelbagai peralatan pecah rumah turut ditemui di dalam Perodua Kancil.

Tahniah PDRM !

10 Comments

  1. 10/02/2014    

    dah banyak sgt perkataan peronda kat atas tu.. mana tak tersasulnya dari Perodua Kancil ke Peronda Kancil.. heheheheh

  2. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    07/02/2014    

    Terror polis kete!!

  3. ondscene's Gravatar ondscene
    06/02/2014    

    dah dibetulkan..hihihi…

  4. 06/02/2014    

    Peronda Kancil kemudian bertindak membuat pusingan…

    peronda ke perodua…hehehe

  5. hmmm's Gravatar hmmm
    06/02/2014    

    gua suka kalau polis buat kerja. mcm ni la baru rakyat suka dan rasa selamat.

    go go pdrm!!

  6. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    06/02/2014    

    Helang lebuhraya pun ada sekali ikut kejar huhu

  7. Budak Nissan's Gravatar Budak Nissan
    06/02/2014    

    Assalamualaikum Wbt…,

    TAHNIAH buat PDRM….
    heh…., macam² kes sekarang ni…

  8. Tan's Gravatar Tan
    05/02/2014    

    tahniah!

  9. mico's Gravatar mico
    05/02/2014    

    patutla bertalu-talu siren kereta polis td..syabas PDRM

  10. zennaya's Gravatar zennaya
    05/02/2014    

    tu dia,byknya keta polis kejar. klu ada kamera yg boleh rakam kejar-mengejar secara live kat tv,mesti best kan mcm kat US :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting