Kes Bunuh 4 Sekeluarga- Polis Mencari Rashidi Ismail
6 Jan 2010
Senarai nama mangsa:
Atan Daud 90 tahun (bekas imam) – putus tangan kiri
Sofiah Keatas 80 tahun (isteri Atan) – putus tangan kanan
Ismail Awang 76 tahun (menantu) – putus kepala
Siti Khatijah Ismail 22 tahun (anak Ismail) – pisau tertusuk di dada
Susulan penemuan 4 mayat mangsa pembunuhan kejam di Kg Batang Rokan, Gemencheh , Negeri Sembilan semalam.
Polis sedang mengesan cucu kepada mangsa, Rashidi Ismail, 34 tahun bagi membantu siasatan.
Rashidi dipercayai orang terakhir bersama mangsa menaiki motosikal Suzuki berwarna biru nombor pendaftaran BAY 2805.
Bagaimanapun, motosikal terbabit telah ditemui berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Tampin.
Rashidi kemudian dipercayai menaiki kenderaan lain setelah meninggalkan motosikalnya di situ.
Sebarang maklumat, sila salurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.




Astaghfirullah .. apa sudah jadi dalam masyarakat kita hari ini?
Ya ALLAH lindungilah kami & keluarga kami dari Murka-MU ..
Ameen ..
masyaALLAHHHH..
al fatihah buat semua mangsa..
zalim betul. gerun bila dengar kes cenggini. tempat kejadian ni berhampiran dengan kampung saya. kalau nak ke pekan gemencheh tu mesti kena melalui sini. dan rumah²nya memang terletak dalam kebun getah.
sekarang ni kawasan kampung memang dah jadi sasaran jenayah. ramai penagih dadah dan polis tak masuk buat rondaan. sesekali je masuk buat operasi. polis yang ditugaskan di kampung pulak selalunya tak meronda kampung, cuma duduk di dalam balai sahaja. malahan pintu balai pun selalu tutup. (ni fenomena kat kampung saya)
tiap-tiap hari ade saje kes bunuh yg berlaku dinegara kita…aman ke?Sy rase mcm kes sakit mental je..banyak yang berlaku kes spt itu..kalau tak pun mesti kes dadah!!!!Tak gitu bang???
dikatakan suspek pernah mengalami kemurungan atau sakit mental
a ah..dah agak dah Avatar..
kepada adrin, tugas polis di kwsan kg tidak sama spt di pekan atau bndar.. mereka hanya boleh meronda /bertindak bile mndapat aduan.. seperti kes ni, kwsan amat terpencil..
suspek pun dah ditahan, jika disabit salah, dihukum gantung.. jika disahkan pesakit mental, dikurung seumur hidup..
orang gile ni bahaye gak kan…. eee.. takutla kalau tesempak. takbleh kew ukum bunuh je kat diorang…kurungpun kalau telepas. camne?.. eee.. anjing gile pun tepakse kena bunuh tau..
kita tak tahu masalah Rashidi… tapi rasanya dia ni ada gangguan mental… Tekanan hidup… Al-Fatihah buat mangsa… Buat Rashidi dan keluarga, moga tabah hadapi segala dugaan Yang Esa…
Alfatihah buat mangsa. Saya yakin suspek berada di luar kawalan & batasan manusia semasa melakukan perbuatan ini dan saya mendoakan semoga suspek tabah dan kembali ke pangkal jalan. Buat keluarga mangsa, saya bersimpati diatas dugaan yang maha hebat ini. Kuat kan iman & semangat…Amin