Kesan Saspek Kes Simbah Asid
Sejak beberapa hari ini, saya menerima maklumbalas dari pembaca mengenai paparan yang keluar pada browser, tidak selaras/bercampur-aduk/gangguan. Anda dinasihatkan menggunakan browser Google Chrome untuk mendapat paparan asal untuk sementara waktu sehingga masalah ini diperbetulkan.
Maaf akan kesulitan ini
Kuala Lumpur 14 Mei 2011Polis telah mengedarkan fotofit saspek dipercayai terlibat dalam kes simbah asid sekitar Lembah Kelang yang mula dikesan melakukannya sejak Februari lalu.
Sehingga ini, kira-kira 23 mangsa, kesemuanya wanita telah menjadi mangsa.
Saspek dipercayai seorang atau dua lelaki berbangsa India dan menaiki motosikal yang datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair.
Cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing-agent’ itu akan disimbah ke muka atau badan mangsa.
Di laman sosial seperti facebook dan twitter serta blog selain SMS, kini tersebar pula mesej ini:
Mesej dari IPD Tun Razak, motor suspect simbah asid dapat dikesan: Honda EX5 WPV 4963. Sebarkan!
Mesej ini walaupun ‘berniat baik’, sebenarnya adalah mesej palsu.
(Yang tidak palsu ialah – operator telco akan meraih keuntungan kerana setiap SMS yang anda forwardkan, bukanlah percuma…)
Tiada di Malaysia ini dikenali sebagai IPD Tun Razak (IPD – Ibupejabat Polis Daerah)
Nombor pendaftaran yang dicatatkaan itu memang ternyata palsu kerana ianya adalah nombor pendaftaran sebuah kereta.
Pelaku tentu akan sentiasa mengubah nombor pendaftaran pada motosikalnya, menyebabkan nombor yang diberikan itu tidak ‘valid’ lagi malah boleh mengundang padah pada pemilik asal nombor pendaftaran itu.
Suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Nasihat dan Langkah berjaga-jaga:
- Elakkan berjalan berseorangan
-Semasa berjalan, jauhkan jarak dari bahu jalan – yang memungkinkan pelaku boleh menyimbah/curah asid
-Di mana dapat, berjalan di laluan yang bertentangan dan bukan selari dengan arah laluan – kerana pelaku jika bermotosikal, kita mungkin tidak menyedari telah berada di belakang.
- Sentiasa bawa beg tangan di sangkut di sisi bagi menjadi pelindung kepada muka jika tiba-tiba ‘dikejutkan’ dengan serangan itu.
- Sentiasa bawa bersama sebotol air mineral untuk membasuh muka jika tiba-tiba menjadi mangsa.
- Ketika memandu terutama ketika berhenti di lampu isyarat, pastikan cermin kenderaan sentiasa ditutup rapat.
Kita masih belum tahu motif sebenar saspek melakukan perbuatan itu.
Bagaimanapun, kemungkinan saspek mempunyai masalah mental yang mendapat kepuasan hasil dari perbuatannya itu.
Faktor lain yang boleh diambil kira berkemungkinan motif balas dendam.
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



teruk betul la org nie… kesian kepada semua mangsa… patut di jatuhi hukuman berat
keluarga3343 recently posted..Mendakwah Semasa DiRompak
Assalamualaikum,
Moga2 cepat dapat tangkap…
Anyss recently posted..Hari Ini Sesudah 42 Tahun Berlalu
Apakah suspek yang melakukan jenayah ini mempunyai masalah mental????..
Hasmizal recently posted..CUTI DI TELUK BATIK – PT8
Salam Ahad.
BerDasarkan Laporan Polis, KeSemua Mangsa-Mangsanya Adalah Wanita. Jika DiLihat Dari ‘Luar’, Memang Ramai Yang Akan Mengatakan Atau MenDakwa PeLakunya Gila/Kejam/Zalim/Sakit Mental/Sakit Jiwa, Atau Juga Bacul (Kerana Tiada/Tidak Berani Did It Against Men/Guys) Dan SeBagainya.
Tapi….. Come On Men, Kalau Nak Judge People Dari ‘Luar’ Sahaja SeMata-Mata, TerNyata Adalah Tidak Adil Sama Sekali. Yang Di ‘Dalam’ BagaiMana? Mungkin Beliau BerTindak SeDemikian Rupa Adalah DiSebabkan Beliau Pernah DiAniaya/DiTipu/DiZalimi Oleh Kaum Wanita. Mungkin Kes Putus Cinta (Sekali/BeBerapa Kali/Banyak Kali), Atau Kes Buli Oleh Majikan-Majikannya (Bos-Bosnya), Yang Besar KeMungkinannya Adalah Majikan/Bos Wanita (Sekali/BeBerapa Kali/Banyak Kali). Dan Lain-Lain Sebab Yang BerPunca Dari Kaum Wanita. DiTambah Pula, BarangKali Beliau Tidak MenPunyai/Mengenali SeSiapa Yang Boleh DiPerCayai, DiMinta Bantuan, DiKongsi Masalah Dan Sebagainya. Dan Hasilnya, Mungkin Telah MengAkibatkan Beliau Sudah Totally Lost Trust And Totally Lost Respect To SomeOne/SomeBody Named/Known/Called As Woman/Girl….???
*Tiada Manusia (Dan Jin) Yang MeLakukan SeSuatu Perkara Itu Tanpa Sebab/Alasan/Punca, Samada Amal KeBajikan, Amal Soleh, Amal KeBaikan Mahupun Amal KeMungkaran, Amal Zalim, Amal KeJahatan.
Who Knows Apa Yang Ada Di ‘Dalam’ Beliau? Kalau Tahu Sekalipun, Who Really (Do) Cares….???
Berapa Hakim Yang DiPerlukan Dalam Satu-Satu Masyarakat??? Tak Perlu Banyak, Satu Sahaja Pun Sudah Cukup. Yang Ramai DiPerlukan Ialah Para PengUsaha, TerPulangLah Samada As PenDakwa Raya, Peguam Bela, PaSukan Siasatan, Perunding, Pakar Motivasi, Ahli/Pakar Agama, Pakar Psikologi Dan Lain-Lain.
Tapi Masalahnya, Ramai Yang Dok Syok Dan KeTagih Nak Jadi ‘Hakim’ (Gemar MengHukum) Dari MenJadi PengUsaha (ReSearcher, PengKaji, Penyiasat) Dan Lain-Lain.
Walloohu’alam…..
Salam SePanjang Abad.
Strange-One recently posted..KePerkasaan Saidina Ali Ibni Abi Talib kw ra
ape sajer alasan…tak bermakna pesalah boleh sewenang-wenangnyer menganiayai org lain sama ade org tu mmg pernah buat jahat kt dier(dendam) atau org yg totally 100% dier x kenal tp at the wrong time wrong place…