Kontraktor Dan Isteri Ditemui Dibunuh

Kg Gementi,
Bentong, Pahang
4 Mei, 2011
Kontraktor ,  Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang – 71 tahun , ditemui mati dalam keadaan terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur rumahnya.

Mayat isterinya, Fatimah Pachu, 68 tahun, ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring.

Terdapat beberapa kesan tikaman di dada dan perut  dan kecederaan di bahagian tengkuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T Narenasegaran berkata , polis sebelumnya menerima laporan awam kira-kira 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa.

Polis menemui sebatang cangkul yang dipercayai turut digunakan untuk mencederakan kedua-dua mangsa.

Beliau berkata polis masih mengesan objek tajam yang dipercayai digunakan untuk menikam pasangan itu.

Tiada kesan pecah rumah manakala senapang milik mangsa tidak diambil suspek, yang dipercayai dikenali oleh mangsa.

Siasatan awal juga mendapati ia bukan kes samun kerana tiada barangan berharga yang hilang.

Bagaimanapun motif kejadian itu masih disiasat.

Mayat  itu dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Pic- China Press, Utusan Malaysia


Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

You must be logged in to post a comment.