Malang Yang Agak Bernasib Baik
Kuala Lumpur
13 Ogos, 2010
8 malam
Selepas berbuka puasa bersama beberapa rakan di sebuah gerai di Keramat, Kuala Lumpur, saya pergi ke kereta dengan kejadian yang saya sudah agak sejak beberapa hari lalu, akan berlaku.
Kereta saya dipecahkan oleh entah setan mana ketika saya sedang berbuka puasa, di lokasi yang terbuka dan trdapat deretan kereta lain di kawasan sekitar
Saya agak bernasib baik, kerana walaupun penyamun melarikan sebuah beg galas, yang secara lalainya saya letakkan di atas lantai kereta, di belakang kerusi pemandu, barangan di dalamnya tiada yang berharga.
Kebiasaannya saya letakkan di dalam bonet kereta, tetapi hari ini penyudah segalanya.
Entah bagaimana juga, sejak beberapa hari lalu, saya asyik mengeluarkan satu persatu barangan di dalamnya dan saya letakkan di pejabat atau ubah kedudukannya ke dalam beg yang lain bernilai ribuan ringgit.
Dan, kali terakhir petang tadi, saya keluarkan beberapa lagi barangan setelah rasa tak sedap hati, hingga akhiurnya di dalamnya hanya ada sebuah diary dan beberapa barangan kecil lain termasuk akhbar hari ini.
Bagaimanapun, diary itu mengandungi pelbagai catatan dan rekod temujanji serta pelbagai maklumat menyebabkan saya terpaksa recall balik ingatan ini akan semua catatan yang ada di dalamnya.
Akhirnya, beg itu dilarikan, termasuk cermin belakang yang dipecahkan.
Pengajarannya, jangan letakkan apa jua barangan samada bernilai atau tidak di dalam kereta yang memungkinkan menarik perhatian penyangak.
Lebih mengharukan, sebenarnya, saya baru sahaja nak buat entry dan tips untuk mengelakkan kejadian begini, akhirnya terkena pada diri sendiri…!!!
Jenayah boleh berlaku di mana sahaja, bila-bila masa dan boleh berlaku kepada seesiapa jua.
Awaslah…
Kepada mereka yang pernah terkena, merasa betapa peritnya pengalaman ini.
Kepada penjenayah yang durjana itu, suatu hari nanti, mungkin anda juga akan menjadi mangsa…
Post Lain Yang Berkaitan
14 Comments
You must be logged in to post a comment.






memang sungguh durjana penyangak itu
tak puasa agaknya!
nasib baik jugak bro sham ada 6th sense kan.. cobaannn… =)
Biadap Punya Penyangak… Bulan Puasa Pun Buat Kerja Bodoh Dia Tu.. Nasih Baik Takda Barangan Berharga… Nasib menyebelahi Bro… Hehehe… Kalu Dapat, Kita Seligi Kepala Dia Beramai ramai…
Gambar Artis Wanita Bersosial, Parti Buih Ke Apa Nih…???
betul tu bang, perit tuh.lecehnya nak cari cermin tuh, nak cari mekanik pasangkan balik,masa terbuang jek.
dan saya penah kena 3 kali! adehh…
Dah lah kena cakar, kereta pulak kena pecah. Ini semua dugaan, En Sham. Harap banyak bersabar.
Kami akan sentiasa doakan kesejahteraan En Sham dan semoga Allah melindungi En Sham.
Penulis..
saya dh follow blog ni agak lama tp xpernah komen..suker membaca je..
entry ni menarik perhatian saya..
2thn lepas kereta kancil(sudah buruk) telah dipecah masuk di hadapan rumah sy sendiri..penyangak tu ambil set radio dlm keta sy..
sejak tu, sy terus biarkn kereta sy nmpak buruk supaya xde penjenayah tertarik kt keta kecik saya tu..hahaha..
nmpaknya,kt memana pun kejadian jenayah boleh berlaku..so kene sentiasa berhati2..
penyangak di mana mana
Saya bersimpati dgn abang ondscene…
Penyangak2 ni memang berani betul, tak takut polis dan makin menjadi2.
Tapi yang anehnya, masa diorang buat 'kerja jahat' tu tiada siapa yang nampak atau teserempak? Pelik !
Kalau nampak boleh kita belasah cukup
Saya pun pernah mengalami keadaan yg sama berlaku di kawsan letak kereta Wisma UNIKEB, UKM yg sibuk. Cuma saya lebih berhati2 dgn meletakkan beg laptop di bonet belakang. Tapi saya tidak bernasib baik kerna penyamun tersebut telah mengcungkil utk masuk pintu hadapan kereta, seterusnya membuka bonet belakang. Hairannya, bgmna penyamun tu bole mengesan beg/laptop saya dalam kereta kancil buruk di kawasan yg mempunyai pengawal keselamatan…Sekadar berkongsi pengalaman.
kejadian yg sama juga berlaku pada saya bulan lepas di masjid kajang ketika sy sedang bertugas jurufoto akad nikah disana. yg heran nye cermin boleh kena pecah dalam kawasan masjid. walaupun kereta sy ditinted gelap sehingga sukar untuk nampak dalam tetapi dapat jugak penyangak tu mencuri bag kamera kami. walaupun tak banyak kerugian tetapi sy terkilan sebab terjadi dalam perkarangan masjid itu yg sangat menyedihkan. sy menasihati siapa yg dtg ke masjid kajang (dekat dengan stadium kajang) supaya membawa barang berharga keluar apabila meninggalkan kereta. tq
hari tu pun kawan aku g bazaar ramadhan dkat taman melati.. walhal member2 aku yg lain niaga gak kat situ..senang kata bertentang mata arr kete dier dgn gerai mmber aku.. dah mcm maner dier pakai santau ker pukau ker,smua orang leh tak perasan..lastly,cermin blakang kereta member aku kene pecah..depe dpt bag..slamat beg tu ader kain baju jerk..walaupun kain baju,if baju tu jenama harga lima nam ratus,kan sakit..pas kitaorang sedar,tengok kete dier dah kene pecah..kalau dpt tu,kompom kene pijak smpi berkicap..hati2 semua.jangan letak apa2 yg nampk oleh penyamun nie sbg barang berharga.habis sume..tapi kalo dpt,tak bagi can arr..
jangan letak barang elektronik berharga dalam kenderaan kerana dah ada gadget pengesan barang2 elektronik.. sorok dlm bonet pn boleh detect..
pernah dapat tgkap sekali org pecah kereta dlm kwsn perumahan amek radio.. nasib x lunyai sbb polis dtg awal..
berwaspada terutama beg tgn, beg mcm isi laptop etc yg boleh mybbkan penyangak tergoda nak memecahkan kereta kita..
saya pun pernah terkena.petuanya jika anda perlu meninggalkan kereta anda JANGAN sekali-kali meninggalkan beg atau sebarang objek berharga di atas atau di bawah tempat duduk kereta anda.ia akan menarik minat setan/monyet yg berminda penyamun.diorang bukan tahu pun dlm beg tu cuma ada tuala buruk dan sapu tangan yg penting di dalamnya MUNGKIN ada barang berharga
Nak senang dan selamat…kosongkan kereta dari simpan barang2 berharga atau tanda2 anda ada barang2 yang berharga dalam kereta tu, spt; beg kain /beg tangan / sampul surat walaupun kosong atau beg laptop / beg kamera walaupun isi nya benda lain, kerana ini boleh menarik perhatian pencuri / penyamun…
Kalau sayang kereta baru / mewah, parking je dekat2 dan jangan parking ditempat sunyi / kawasan lengang dan jangan beri kunci kpd attendan parking atau mekanik…
memang perit… saya kena pecah jugak thn lepas… selama ni tak pernah tinggal beg dalam keta, tapi ntah mcm mana hari tu tertinggal… sekali kena pecah… lesap external harddisk dlm beg tu. dah la segala macam harta kerja ada dlm tu…
2-3 hari sebelum tu, dok sembang ngan member betapa berharganya harddisk tu…
mrz recently posted..Kuasa Tatu