Mangsa Bunuh DiHumban Ke Sungai
Sg Klang
Taman Kinrara, Puchong
Selangor
6 Jun 2011
6 petang
Satu lagi kes pembunuhan kejam
Mangsa dipercayai di bunuh di tempat lain sebelum mayatnya dihumban ke dalam Sg Klang.
Berdasarkan identiti yang ditemui, mangsa di kenali sebagai Rodzi Harun,45 tahun, berasal dari Temerloh Pahang.
Mayatnya ditemui oleh orang awam yang telihat mayat tersangkut pada batu di dalam sungai ini – dengan kesan luka/kelar di muka dan badan dipercayai dengan objek tajam.
Mangsa ditemui lengkap berpakai seluar jeans dan t-shirt dan dipercayai telah dibunuh sejak kira-kira 3 hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya.
Turut ditemui beberapa dokumen pengenalan dirinya di dalam dompetnya termasuk kat ATM, dan wang tunai .
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



Semalam pun sy berhenti kat tepi sungai ni sebelah kesas hiway,ingat ke ada kemalangan sampai jatuh ke sungai kerana ada jentera bomba bersama. takziah kepada keluarga mangsa,sekarang kadar pembunuhan negara semakin tinggi,nilai kemanusiaan semakin nipis….:-(
ke mana hati dan perut (simpati dan perikemanusiaan) manusia zaman sekarang? silap sket jer trus bunuh. diorg ni da lupa ke Allah tu maha berkuasa atas setiap tingkah laku kita? takziah pada keluarga mangsa. jaga diri, hiasi peribadi.
Takziah buat mangsa..
Ke mana perginya hati perut manusia ni.. hingga mampu membuat perkara sedemikian?..
Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.. dari manusia-manusia yang tak berhati perut ni…
Hasmizal recently posted..RIDE FLUORO @ SUNGAI PETANI – PT1