Mangsa Pembunuhan Kejam

Pusat Pelupusan Sisa Pepejal
Bukit Tagar
Hulu Selangor
18 Mac 2011
11.30 pagi

Motif pembunuhan tidak diketahui – namun mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Sehingga kini, polis masih belum mengenalpasti identiti mangsa, tetapi dipercayai rakyat tempatan.

Mayat penuh kesan tetakan ini ditemui seorang pekerja warga Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja menolak sampah menggunakan jentolak jam  11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa ditemui hanya berseluar pendek warna kuning  jenama Wong Leng H.J. dan  tubuhnya dililit sehelai cadar tilam berzip.

Sehelai kain pelikat berwarna biru dan hitam dengan corak segi empat dililit pada leher mangsa yang  turut dililit dengan tali rafia biru.

Norel Azmi berkata, anggota Forensik yang memeriksa mayat  menemui kesan luka masih baru di kepala, paha dan betis kanan lelaki terbabit, manakala beberapa kesan calar turut ditemui pada lutut dan badannya.

Siasatan mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya dibawa menggunakan lori sampah untuk dicampak di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penghargaan foto: Supt Norel Azmi Yahya Affandi – Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

Post Lain Yang Berkaitan

10 Comments

You must be logged in to post a comment.