Marnie Telah Ditemui
Kuala Lumpur
2 Jun 2010
Sila rujuk entry bertarikh 17 Mei, 2010 Terjebak Pengkid
Susulan kehilangan gadis dari Semporna, Sabah yang disiarkan di dalam blog ini bertarikh 17 Mei, 2010 dan berapa akhbar keesokannya.
Gadis manis, Marnie Abdul Sarang, 15 tahun telah berjaya ditemui.
Marnie kini sedang berehat dan dijangka akan dibawa pulang menemui keluarganya di Sabah sedikit masa lagi.
Marnie ditemui petang semalam di Kuala Lumpur setelah kira-kira dua minggu usaha mengesannya dilakukan.
Marnie berada dalam keadaan sihat dan tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku.
Laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Semporna mengenai penemuannya itu.
Butiran lanjut bagaimana sehingga berjaya menemui Marnie, akan saya siarkan kemudian.
Terima kasih kepada semua pihak yang cuba membantu dan memberikan berbagai maklumat serta sms/panggilan/email.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.






syukur, moga2 dia menyesal dengan apa yang tlah dia lakukan…
alhamdulillah ketemu juga.
syukur alhamdulillah