Mayat Bayi Cukup Sifat Tak Cukup Bulan…
Sg Batu
Batu 4, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
26 September, 2011
4 petang
Tidak tahu siapa punya angkara, tetapi apa yang pasti, tindakan ini memang zalim.
Belum juga diketahui samada bayi ini dibuang ketika masih bernyawa ataupun dilahirkan sudah tidak bernyawa lagi.
Difahamkan ,mayat bayi malang ini ditemui oleh orangramai tersangkut dan terapung di dalam Sunga Batu kira-kira jam 4 petang tadi.
Bimbang ia akan dihanyutkan lebih jauh, orangramai berusaha mengangkat mayat bayi ini ke daratan.
Dalam hampir kebanyakan kes sebegini, biasanya mayat akan ditemui walau dengan apa cara jua sekalipun.
Dihanyutkan arus deras, ditanam, dikerat atau ada kes mayat disorok atau dibuang ke dalam tong sampah, kuasa Allah maha besar – ia akan ditemui jua.
Bayi lelaki ini pada fizikalnya sudah cukup sifatnya dan masih bertali pusat, bagaimanapun dipercayai tidak cukup bulan ketika dilahirkan.
Walau siapapun pelakunya, ia memang zalim @ kejam, melebihi sifat seekor haiwan…
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Post Lain Yang Berkaitan
9 Comments
You must be logged in to post a comment.




Masyaallah…..
MasyaAllah tak sesuai untuk perkara ni….
Segala maki-hamun ku kepada pelaku….. Mungkin lebih sesuai.
Semoga pelaku dosa ni segera bertaubat dan diberi hidayah oleh Allah supaya pulang ke pangkal jalan. Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi tu pintu taubat masih terbuka…
arena84 recently posted..Apakah Pekerjaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis?
Lebih sesuai…
sudah tidak tahu hendak kata apa lagi bila membaca dan mendengar berita pembuangan bayi ini. Ya Allah.. hanya airmata yang mampu mengalir…bagaikan sudah menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat kita.
jurina recently posted..Permohonan Online Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI- SR) j-QAF Ambilan Januari 2012
Manusia zalim seperti ini tidak lama hukumannya… Tunggu saja..
Gilaa…!
latep recently posted..Ride Titian Kasih OKU PDK Lenggeng…
Makin hari manusia makin kejam…
Rozeman Bin Hassan recently posted..DuniaKami.com kena hacked!
Sedih-sedih!!! Aku nak menangis tengok mayat bayi ni. Aku harap ramai kita berdoa:
Ya Allah, ampunilah dosa anak ini. Ampunkan kami kerana tak dapat menyelamatkan anak ini. Dan kami mohon azabkanlah mereka yang menzalimi anak-anak ini…