Mayat Bayi Di Dalam Tong Sampah

Sg Choh

Hulu Selangor

11 April 2010
8 pagi
Kejam malah perbuatan yang lebih keji dari sifat seekor binatang.
Apa yang berlaku ini, bukan kali ke lima, kali ke 18, malah kali yang entah ke berapa berlaku.
Mereka yang melakukan ini bolehlah diklasifikasikan di bawah binatang tahap kelas pertama.
Itu belum lagi kes yang tidak diketahui dan akhirnya lenyap begitu sahaja.
Apa yang anda lihat ini, adalah realiti apa yang berlaku sekarang ini dan ia bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi berlaku di hadapan mata kita.
Bagi 3 pekerja sebuah syarikat mengangkut sampah, iaitu kontraktor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, rutin harian mereka sama sahaja.
Bagaimanapun , pagi ini sesuatu yang memeranjatkan, berlaku ketika mereka tiba berhampiran tempat membuang sampah berhampiran lampu isyarat Sg Choh.
Pemandu lori sampah, Mohd Kamil Enoh, 44 tahun, seperti biasa akan turut mengangkat tong sampang untuk dituangkan isinya ke dalam lori.
Bagaimanapun, entah mengapa, dia rasa sesuatu yang apabila terlihat satu bungkusan di atas timbunan sampah di dalam tong terbabit.
Lantas Mohd Kamil membuka bungkusan plastik yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dibungkus pula dengan suratkhabar
.
Dia terlihat, kaki terkeluar dari bungkusan suratkhabar membuatkan Mohd kamil terkejut.
Dan dia terus membuka bungkusan itu yang akhirnya terbukti benar – mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan cukup sifatnya.
Bayi ini dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.
Kesan darah turut ditemui pada tubuh badan bayi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi, masih belum dapat ditentukan samada bayi malang terbabit meninggal sebelum dilahirkan atau sebaliknya.
Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu bahru akan menentukannya.
Hasil pemerhatian, bayi ini dipercayai berbangsa Melayu.

Post Lain Yang Berkaitan

31 Comments

  • Pada 2010.04.11 07:19, AdryDaud menulis:

    Salam en. shamsul.. Kejamnya manusia yg bersifat spt ini. Tiada lg sifat ihsan yg memanusiakn manusia.Segelintir manusia akhir zaman semakin terpesong dr landasan hidup yg sebenar.Manusia2 yg spt ini tak blh disamakn dgn binatang krg binatang lbh sayang pd ank2 mereka.Seekor katak jantan berusaha mbuat parit dgn kaki belakangnya demi utk myelamatkn zuriatnya(berudu)drp mati dlm takungn air yg semakin mgering. 'Ayah' kpd berudu tsbt bjaya mmindahkn smua anknya ke kwsn takungan air yg lbh byk dn slmt.Jadi, blh ke pbuatan buang bayi disamakn dgn binatang?

    • Pada 2010.04.11 07:37, Tany menulis:

      Speechless..
      Kenapa kejam sgt 'betina' zaman skrg ni? Bertarung nyawa melahirkan bayi tu, lepas tu buang mcm sampah.. kalau tak nak bayi tu, berikan kepada yg memerlukan.. ish tak tau nak ckp apa lagi.. buat darah tinggi je

      • Pada 2010.04.11 08:17, RastaMat menulis:

        SANGAT ZALIM DAN SANGAT KEJAM..

        • Pada 2010.04.11 08:48, Azizuan Aziz menulis:

          sia2 usung perut 9 bulan main buang macam tuh ja..baik gugur awal2..lebih kurang ja la dosa membunuh tuh

          • Pada 2010.04.11 09:41, zulkifli menulis:

            Ini isu komleks. Marilah kita sama sama mencari penyelesaiannya. Kita perlu memilih untuk mengutuk ibu ibu ini, atau pun menyediakan prasarana untuk mereka menyerahkan bayi mereka kepada rumah perlindungan seperti Raudhatul Sakinah (half-way house). Mereka melakukan kesilapan seks luar nikah; jangan kita biarkan mereka terapung tanpa bantuan di kala mereka amat memerlukan. Bantu mereka dulu, kemudian baru menghukum, itu pun kalau perlu dihukum.

            • Pada 2010.04.11 09:45, azieazah menulis:

              Bodoh sungguh…!

              Saya tengok di berita siang tadi.. memang kejam..

              • Pada 2010.04.11 10:40, kayteeze menulis:

                Sampainya hati !

                • Pada 2010.04.11 10:42, abadirazila menulis:

                  Hemm xtau nk salahkan siapa? kan ada JKM, ngape xbagi kat dia org jer @ rasanye berlambak2 pasangan yg dah berpuluh tahun kawin tp xder rezeki nk dapat zuriat sendiri. Adakah anak ini hasil pemerkosaan @ akibat dari aktiviti sosial yg melampau. Walau pun dia dtg dr hasil yg mana satu pon, dia berhak utk hidup.

                  • Pada 2010.04.11 12:15, From The News menulis:

                    teruknya!!!!!! kejamnya!!! xtau nak kata apa dah…mmg xda hati perut punya manusia

                    • Pada 2010.04.11 13:49, Mizah menulis:

                      dunia akhir zaman

                      • Pada 2010.04.11 15:24, waris alam menulis:

                        Inilah yg terjadi jika manusia mencari nikmat yang sekejap dan tidak kekal…Berfikir lah wahai anak muda..anda melakukan kesalahan yg besar..anda jadikan nyawa manusia sebagai galang ganti untuk menutup malu…saya yakin anda tidak akan mengecapi nikmat keberkatan dan kelapangan hidup selagi anda tidak bertaubat atas setiap kesalahan anda

                        • Pada 2010.04.11 16:05, EsLemOnTeA menulis:

                          saban hari negara tidak pernah lekang dari isu pembuangan bayi yang tidak ada nampak surutnya…mudah-mudahan bakal ibu yang tidak pernah mahu @ tiada niat @ tidak punya harta untuk punya seorang bayi, mohon serahkan pada rumah-rumah kebajikan yang ada.paling tidak, tinggalkan saja depan pagar rumah/masjid/balai polis/hospital/rumah kebajikan dalam keadaan mereka masih bernyawa.sedangkan nyawa sendiri kita tidak punya hak untuk cabut, apatah lagi nyawa seorang bayi yang baru menjengah dunia…membuatkan aku terus mahu menyokong niat murni seorang penulis blog yang mahu sediakan satu tempat untuk bayi-bayi yang tidak diingini oleh ibu mereka.

                          • Pada 2010.04.12 01:52, V.I.C @ D.I.A.N.A menulis:

                            Inilah jadinya bila zina dah jadi satu kebiasaan di Malaysia. Mak bapak pun dah tak berapa kisah walaupun tahu anak mungkin berzina. Wanita dan lelaki yang ditangkap berzina kemudian masih boleh cari makan, malah lebih hebat dari dulu (terutama artis). Rumah pelacuran bagaikan cendawan tumbuh. Bila zina sudah boleh diterima oleh semua, kenapa marah ada pembuangan bayi? Kita juga yang bertanggung jawab atas apa yg terjadi.

                            • Pada 2010.04.12 02:29, wawa:mama faheem menulis:

                              nape kt negara2 lain mcm xde la kronik sgt isu buang bayi ni yek? ke, kita je yg xbape tau? dasat tul la org malaysia nih

                              • Pada 2010.04.12 02:57, ateeka amer menulis:

                                btw, tak payahlah samakan manusia macam ni dengan haiwan, sebab haiwan pun tak buat macam ni kan. orang macam ni, taraf iblis.

                                • Pada 2010.04.12 03:02, chai n tea menulis:

                                  Sakitnya hati
                                  kalau tak nak kat baby tu jgn la dibuang merata sampai cmtu
                                  x sanggup jaga..bagi kat saya pon xpe
                                  binatang pun tahu sygkan anak

                                  • Pada 2010.04.12 03:06, Al-Faqir menulis:
                                    • Pada 2010.04.12 04:14, Syahazli menulis:

                                      Aduhai!!!……sedih aku, pelaku-pelaku perkara macam ni hati memang dah hitam gelap, keras…..hanya layak hukuman mati saja. Buat perempuan yang melahir, juga lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab…..Semoga Allah melaknat hidup kalian juga yang terlibat.

                                      • Pada 2010.04.12 05:05, alidyangon menulis:

                                        Bro Sham

                                        kejamnya mereka itu

                                        kalau iye pun tidak mahukan bayi tersebut, kenapa tidak dihantar sahaja ke hospital atau rumah anak yatim anak letakkan depan pintu rumah sesiapa.

                                        Di USA, mereka lakukan demikian, walaupun mereka adalah Bukan Islam, tetapi kasih sayang dan perihatin dan kasih sayang terhadap bayi masih tebal.

                                        Sungguh Kejam perbuatan ini

                                        Saya tidak dapat menerima mereka ini. Mereka cuma tahu memuaskan nafsu sedap sahaja.

                                        • Pada 2010.04.12 07:32, Am menulis:

                                          Sungguh tidak bertamadun kelakuan manusia tersebut..inilah yang dikatakan zaman jahiliah moden..

                                          • Pada 2010.04.12 08:09, Mummy_nad menulis:

                                            saya xtau pandangan saya ni btol atau tidak… cuma mungkin kita perlu sediakan tempat untuk pasangan yang dah terlanjur menyerahkan anak mereka.. bukan nak galakkan zina..tp elakkan dr pembuangan bayi sebegini.bayi ni suci..dia xbersalah…

                                            cuma cara pelaksanaan pusat penerimaan bayi ni perlu kita fikirkan.. mungkin sesiapa yang telah menghantar bayi ni, perlu di daftarkan dan dirahsiakan. diberikan perlindungan, bimbingan terutama dari segi pembentukan akidah dan agama, serta diberikan bantuan kesihatan..dgn niat supaya tidak mengulangi perbuatan ni..
                                            kemudian…barulah dikenekan tindakan undang2 yg bersesuaian..

                                            kalau nak difikirkan, mungkin pada awalnya, si ibu mahu menjaga bayi ni, sbb 2 dia kendong 9 bulan..tp bila dah lahir..mcm2 yg bermain difikiran dia (tiada panduan atau rujukan) 2 sbb dia panic n buang je baby ni..ntah la.. btol ke idea saya ni???

                                            • Pada 2010.04.12 10:18, ROHAIFI AZRI menulis:

                                              Tuan, mohon copy-paste dan siarkan diblog saya…

                                              • Pada 2010.04.12 11:40, Friend menulis:

                                                jika bayi ni masih hidup slepas dilahirkan.. sah dah jd kes bunuh..
                                                mreka yg terlibat x akan hidup aman.. x lama lg ada yg tampil
                                                kalau rakyat asing… no komen..

                                                • Pada 2010.04.12 13:05, FaRRaH menulis:

                                                  ya allah.. ko tempat kan alah anak2 yang di buang ini,, disisi mu ya allah..

                                                  agar mereka merasai, nikmat hidup yang lebih sempurna dari dunia…
                                                  amin..

                                                  • Pada 2010.04.12 14:06, matt jack menulis:

                                                    inilah masalahnya bila nafsu dah menguasai hati….

                                                    • Pada 2010.04.13 02:35, Jai Hazman menulis:

                                                      Masyaallah..Tersentak aku pagi2 bila terbaca artikel ni. Marilah sekalian umat..Renung2 kan lah..

                                                      Di dalam hidup manusia,
                                                      yang penting ialah BERKAT.
                                                      Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
                                                      Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
                                                      Apabila rumahtangga jadi sepakat,
                                                      masyarakat jadi muafakat.
                                                      Apabila masyarakat jadi muafakat,
                                                      negara kita menjadi kuat.
                                                      Apabila negara menjadi kuat,
                                                      negara luar jadi hormat.
                                                      Apabila negara luar jadi hormat,
                                                      permusuhan pun tersekat.
                                                      Apabila permusuhan tersekat,
                                                      pembangunan pun meningkat.
                                                      Apabila pembangunan pun meningkat,
                                                      kemajuan menjadi pesat.

                                                      TETAPI AWAS,
                                                      apabila pembangunan meningkat,
                                                      kemajuan menjadi pesat,
                                                      kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
                                                      Ditengah-tengah itu,
                                                      tempat maksiat tumbuh macam kulat.
                                                      Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
                                                      KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
                                                      Apabila manusia telah mengubah tabiat,
                                                      ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
                                                      Apabila manusia dah jadi ulat,
                                                      sembahyang makin hari makin liat.
                                                      Apabila sembahyang jadi liat,
                                                      orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
                                                      Apabila orang baik bertukar jahat,
                                                      orang miskin pula nak kaya cepat.
                                                      Apabila orang miskin nak kaya cepat,
                                                      orang tua pula nak mati lambat.
                                                      Apabila orang tua nak mati lambat,
                                                      tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

                                                      Yang lelaki,
                                                      budak budak muda pakai seluar ketat.
                                                      Semua nak tunjuk kuat.
                                                      Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
                                                      Tapi hidup pula yang melarat.
                                                      Tali kasut dah tak berikat.
                                                      Rambut pun jarang sikat.
                                                      Yang perempuan, pakai mini sekerat .
                                                      Suka pakai baju ketat.
                                                      Suka sangat menunjukkan pusat.
                                                      Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
                                                      Pakai pulak yang singkat-singkat.

                                                      Bila jadi macam ini,
                                                      siapa lihat pasti tercegat.
                                                      Silap gaya jadi gawat,
                                                      bohsia bohjan lagi hebat.
                                                      Duduk jauh berkirim surat.
                                                      Bila berjumpa, tangan berjabat.
                                                      Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
                                                      Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
                                                      Usah peduli agama dan adat.
                                                      Usah takut Allah dan malaikat.
                                                      Yang penting apa kita nak buat?
                                                      Kita 'bukti' lah kita buat.
                                                      Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
                                                      Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
                                                      pula anak-anak yang tak cukup sifat.
                                                      Bila anak-anak tak cukup sifat,
                                                      jam tu kita tengok
                                                      bayi dibuang di merata tempat.

                                                      MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
                                                      Dia kata apa?
                                                      Habis manusia dah masuk jerat.
                                                      Habis manusia telah tersesat.
                                                      Inilah dia fenomena masyarakat.
                                                      Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
                                                      Marilah kita pakat mengingat,
                                                      Bahawa dunia hari ini makin singkat,
                                                      Esok atau lusa mungkin kiamat,
                                                      Sampai masa kita semua akan berangkat! .
                                                      Berangkat menuju ke negeri akhirat.
                                                      Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
                                                      Masa tu, sendiri mau ingat.

                                                      Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
                                                      Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
                                                      Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
                                                      Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

                                                      Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
                                                      meninggalkan maksiat dan
                                                      memperbanyakkan ibadat.

                                                      (credit to http://www.familiazam.com/)

                                                      • Pada 2010.04.13 12:58, jalil menulis:

                                                        kalaulah wa beri lu 1k ganggu anak anjing lu mahu tak agaknya..wa rasa lu tak mahu ,,,,nak tahu kenapa belum sempat lu ganggu itu anak anjing lu punya pala kena baham dulu
                                                        tapi lu lain. wa ingat lu mesti sepisis haiwan beranak buang….

                                                        • Pada 2010.04.13 16:31, ondscene menulis:

                                                          Ramai yang bertanya, mengapakah foto di muka depan utusan Malaysia, dan berita di dalamnya, sama dengan foto di dalam blog ini.
                                                          Untuk makluman, foto yang disiarkan beberapa akhbar seperti utusan, Kosmo dan beberapa akhbar bukan bahasa malaysia, adalah ihsan dari saya. Foto itu saya ihsankan kepada Utusan Malaysia kerana mereka memulakan kempen Kami prihatin.

                                                          jadi tidak timbul saya ciplak foto dari akhbar. Dan saya juga menyiarkan pada hari sama kes ini terbongkar sedangkan akhbar menyiarkannya keesokan harinya.

                                                          Apa yang melucukan, ada ratusan blog yang mengambil foto di dalam entry ini, tetapi pembaca blog-blog itu, memohon /merayu untuk mendapatkan foto2 itu dari pemilik blog yang copy entry ini, dan bukan dari saya sendiri.

                                                          Ramai yang terkeliru apabila menemui foto di dalam akhbar,yang sama seperti di dalam entry2 di dalam blog ini.
                                                          Untuk makluman, foto di dalam blog ini, banyak saya ehsankan kepada banyak akhbar di negara ini, dan 99 peratus foto di dalam blog ini, adalah hakmilik saya sendri – menggunakan kudrat saya sendiri untuk tiba di lokasi dan dapat menyiarkannya di sini untuk tatapan anda semua – mendahului akhbar yang hanya akan disiarkan keesokannya hasil ehsan dari saya.

                                                          harap maklum.

                                                          nota:
                                                          Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) mendapati bayi itu lahir tidak cukup bulan, iaitu lapan bulan sehingga menyebabkan kematiannya.

                                                          • Pada 2010.04.14 04:45, Nomiee menulis:

                                                            Bro sham, ni bukannya bole dikatakan binatang kelas pertama….mmg jenis takda kelas..nak samakan dengan binatang pun saya rasa tak layak la bro

                                                            • Pada 2010.04.14 05:38, JuNe menulis:

                                                              salam…

                                                              june minta kebenaran utk ambil gambar yg 1st skali tu ye…yela sebelum guna kena minta kebenaran dulu kan…huhuhuhu

                                                              kesian baby tu…sedey sgt tengok baby tu…manusia jenis apa la yg sanggup buat macam ni…

                                                              semoga bayi ini ditempatkan dikalangan insan2 suci di alam sana…

                                                              semoga manusia yg tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini mendapat balasan yg setimpal…

                                                              • Pada 2010.04.14 06:59, Ani menulis:

                                                                Si Penzina Lelaki tu pun patut di cari dan di heret ke muka pengadilan gak. bagi hukuman lebih BERAT.

                                                                kalau tak mereka ni boleh rosakkan lagi byk gadis dan membunuh bayi tak berdosa hasil dari sperma mereka ni.

                                                                tak perlulah nak hina dan keji kaum wanita je. Lelaki tu patut lebih disalahkan.mereka kan KETUA..pemimpin.

                                                                dah la ramai lelaki jadi penagih, skanng dah ramai jadi penzina.perosak.

                                                                You must be logged in to post a comment.