Walau bagaimana diperlakukan terhadap mayat seperti dibakar, dihanyutkan, dicampak atau ada sehingga disimenkan dan dikambus ke dalam tanah, kebiasaannya lambat laun akan ditemui juga.
Yang sering kita ketahui, mayat bayi biasanya akan ditemui juga walau macamana ia diperlakukan atau sekejam mana ia dibuang.
Bagi 3 pekerja kontraktor pembersihan DBKL, rutin harian mereka ialah membersihkan perangkap sampah di parit besar ini.
Ketika salah seorang dari mereka hendak mengambil sampah di sini, satu bungkusan plastik hitam ditemui tersangkut lalu ianya ditarik.
Tetapi plastik itu terkoyak dan kelihatan darah padanya.
Apabila diamati pada koyakan itu, maka terlihat kaki bayi malang ini dan bila dibuka, maka kelihatanlah jasad seorang bayi yang cukup sifat masih bertali pusat di dalamnya.
Mayat bayi yang dianggarkan usia kira-kira 5 ke 6 bulan ini dpercayai dicampak ke dalam parit dan hanyut sehingga perangkap sampah di sini.
Sukar dibayangkan, apakah perasaan pelaku kepada perbuatan ini ketika membuang bungkusan plastik mengandungi jasad bayi tidak berdosa ini…

















Kejam!
Semoga org yang buang insaf dan kembali ke landasan yang betul..
Baby tuh dibuang seolah-olah macam sampah??
Kalau taknak baby, tlg jgn lahirkan baby. Tlg jgn pandai-pandai syok buat “projek”.
banyak sungguh kes buang bayi..semakin menjadi2..saya sebagai seorang ibu rasa sangat-sangat sedih dan sakit hati bila baca cerita tentang kes pembuangan dan dera bayi.emosi sangat.macam mana la seorang ibu sanggup membuang bayinya sendiri setelah jerih perih melalui fasa kehamilan dan fasa melahirkan..walaupun anak itu hasil dari hubungan terlarang, tetapi bayi tersebut tidak berdosa dan suci bersih..memang berhati maha dasat dari binatang..even manusia jenis ni x layak pun untuk di samakan dengan binatang sbb binatang pun tahu sayangkan anak.