Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Sungai
Sg Klang
Belakang Perumahan PKNS
Jalan AU3, Keramat
Ampang, Selangor
16 Nov 2010
2.30 petang
foto-foto dan butiran lanjut menyusul
Kali ini, mayat seorang bayi lelaki ditemui terapung di dalam Sg Klang.
Berdasarkan keadaan mayat yang telah membengkak, bayi malang terbabit dipercayai telah berada di dalam air lebih dari sehari.
Mayat dipercayai dihanyutkan dari sebuah longkang besar sebelum tersangkut di celah kayu di tebing sungai.
Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terlungkup dan tangan kanannya seolah-olah sedang berpaut pada sebatang kayu.
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.




“Ketika ditemui,mayat dalam keadaan terlungkup dan tangan kanannya seolah-olah sedang berpaut pada sebatang kayu”
terasa mengalir airmata membaca entry ni…
Sedih bila baca entry ni…
Apa salah bayi hingga dibuang, dibunuh dengan sebegini rupa?
Kalaupun si ibu menolak untuk memiliki si bayi, apa salahnya berikan bayi itu kepada mereka yang mahukan anak….
Heaven recently posted..Lenalah kamu Diperbaringanmu
betul…saya betul2 nak anak…belum dapat…tapi dorang ni senang2 dapat anak dan buang mcm tu saja… jahat sgt…
kasihan, sebagai jasad manusia yang dimuliakan Allah SWT tanpa secalit dosa tetapi berhak disemadikan dengan cara sewajarnya. Ada saja Allah swt gerakkan hati manusia lain menemuinya.
ntah berapa byk lagi kes sedemikian akan dilihat pada masa akan dtg.
Sedihnya…
tengok anak kucing tepi jalan pun dah sedih tak terkira, ini pula bayi
Kujie recently posted..Tunaikan Amanah Kepada Yang Berhak
kesian betul..
ape nak jadi..
arkimz recently posted..How To Use Utorrent
uit.kawasan rumah kita
rina recently posted..Jay Park datang Malaysia
nie ler masalah kalau hukum Allah tidak dilaksanakan… manusia sesenang hati berzina dan membunuh bayi yang tak bersalah…
maner la letak akal fikiran mase nak buang anak nih..perasaan takut dan malu lebih mengatasi dari perasaan kasih sayang ngn bayi ni..x terfikir k penat lelah si ibu mngandungkan 9 bulan 10 hari..sorry sbb mmg emosional bila berkenaan ngn bayi dan kanak2..slalu yg akan dpersalahkan ialah si ibu tp si ayah xde masalah..bila la perkara mcm ni akan bhenti berlaku..kalau x nak bayi pun memadai la letak kt rumah org k..biar la terbela sikit bayi tuh..