Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Tersangkut Pada Batu

Sungai Klang
Lorong Embun 3
Kuala Ampang, Ampang
Selangor
28 Januari 2012
2 petang
 

Sebenarnya sejak semalam sehingga saat ini, begitu banyak kes berlaku yang saya buat liputan , tetapi tidak sempat untuk saya muatnaik ke dalam ondscene.

Pelbagai kes yang berlaku, akan saya cuba untuk muatnaik satu persatu sehingga tengahmalam ini .

Kes terbaru ialah tengahari tadi, penemuan mayat bayi tanpa kepala dan tanpa kaki kanan yang hampir reput.

Ditemui tersangkut pada batu di tebing Sungai Klang berhampiran Kuala Ampang/belakang bangunan kilang Texas Instruments.

Bagi Roslan Ashari, 40, dia selalu ke sungai ini untuk menjala ikan, dan dia tidak pernah pulang tangan kosong.

Tong ini biasanya akan penuh dengan ikan talapia hasil dari aktiviti menjalanya di sini.

Bagaimanapun, hari ini, dia merasa amat pelik, kerana seekor ikanpun tidak diperolehinya, malah jaringnya juga terkoyak.

Rupa-rupanya, tanpa disedarinya, mayat seorang bayi yang dalam keadaan amat mengerikan dalam keadaan tertiarap, tanpa kepala berada berhampirannya.

Dia memaklumkan kepada penduduk di sini yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Mayat bayi tanpa pakaian yang masih belum dikenalpasti jantinanya ini juga hilang kaki sebelah kanannya.

Mangsa dipercayai dibuang di tempat lain sebelum hanyut dan tersangkut pada batu di sini.

 

 

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

You must be logged in to post a comment.