Mayat Dalam Beg – Mangsa Cedera Di Perut
Ampang, Selangor
29 Okt 2010
Susulan penemuan mayat di dalam sebuah beg di Ukay Perdana, Ampang semalam.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa dipercayai berusia awal 20 han itu, mati akibat ditendang atau dipukul dengan objek yang keras di perut.
Terdapat pendarahan di dalam perut selain kesan lebam di muka.
Sehingga kini, identiti sebenar mangsa masih belum diketahui, bagaimanapun dipercayai warga asing kerana tiada tanda/kesan BCG pada lengannya.
Setakat ini, 3 keluarga terdiri dari bangsa Melayu dan Indonesia datang ke bilik mayat PPUKM untuk membuat pengecaman berikutan kehilangan ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun setelah pengecaman dibuat, mangsa bukan ahli keluarga mereka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP A Jalil Hassan berkata, susulan penemuan mayat itu juga, polis tidak menerima sebarang kes kehilangan terbaru ahli keluarga.
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.



mayat lelaki atau perempuan?
oo.. terlepas post sbelum.. perempuan..