Mayat Gadis Dibakar Disahkan Pelajar Kolej Swasta
Ampang, Selangor
9 September 2011
Berita asal – 5 Sept 2011 – Mayat Gadis Dibakar Ditemui
Mayat gadis yang ditemui dengan kira-kira 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Utara, Ampang 5 Sept lalu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di Selayang, berusia 19 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaludin, ini berdasarkan pengecaman oleh bapa mangsa di Pusat Perubatan UKM, dan petunjuk dari rantai tangan dan subang serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa.
Menurut bapa mangsa, anaknya telah keluar rumah pada Ahad lalu dengan alasan untuk bertemu rakan, bagaimanapun kemudiannya tidak pulang-pulang.
Laporan polis dibuat 2 hari lalu di Balai Polis Setapak setelah mengetahu mengenai kes ini melalui media.
Polis sedang menunggu laporan Jabatan Kimia akan punca dan tarikh sebenar kematian mangsa.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



ajal tidak mengenal usia..semoga keluarga mangsa dapat bersabar..
naimulfirdaus recently posted..inilah orang Islam yang hina agamanya sendiri
Assalamualaikum,
Tahniah kepada pihak berkuasa. Harapnya kes ini dapat diselesaikan segera dan pelakunya akan menerima hukuman.
Anyss recently posted..Misteri Kaki Disepak Tengah Malam
Penjenayah tu berkemungkinan dari kalangan orang yang dikenali oleh gadis tersebut. Kalau lah penjenayah tu seorang pelajar juga…..ish ish ish…
arena84 recently posted..Wordless Wednesday #8 – Subhanallah 70 Panahan Kilat per Saat
tadi baca berita terkini, kes dah selesai. memang suspek seorang pelajar, di sri iskandar. bukti telefon bimbit dan kereta kancil mangsa dijumpai ada pada suspek.