Mayat Remaja Hanyut Di Sungai Ditemui
Brickfields,
Kuala Lumpur
11 Jan 2012
10 pagi
Kira-kira jam 10 pagi, orangramai sekitar tepi sungai Klang-Sg Gombak berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad, terkejut melihat satu objek sedang hanyut di sungai.
Apabila diamati, ternyata ia adalah mayat yang sedang dihanyutkan arus sungai.
Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL yang sedang bertugas di kawasan tersebut, segera dimaklumkan.
Langkah awal diambil, dengan cuba mengekori pergerakan mayat yang sedang hanyut itu.
Skuad Penyelamat DBKL juga dimaklumkan mengenai kejadian dan diminta bertindak segera.
Setelah hanyut kira-kira 3 kilometer dari lokasi ia mula kelihatan, mayat akhirnya tersangkut pada tebing sungai di Brickfields berhampiran Stesyen Monorail.
Mayat akhirnya berjaya dibawa ke atas tebing jam 10.30 pagi.
Mangsa yang berpakaian kemeja-T biru dan berseluar jeans dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dari ianya ditemui berdasarkan keadaan mayatnya.

Polis menemui dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalannya – Mohd Fayyadh Mohd Nasaruddin, 15 tahun dari Flat PKNS Sg Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sekeping foto seorang lelaki juga ditemui di dalamnya (dipercayai ayah mangsa)

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Nota – butiran kehilangan atau bagaimana mangsa lemas/dihanyutkan, masih belum diperolehi, atau kemungkinan kes ini membabitkan perbuatan jenayah, masih dalam siasatan.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



Assalamualaikum,
dariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Takziah kepada semua keluarga mangsa.
Anyss recently posted..Permohonan Program ijazah Pertama 2012-2013 Saluran Ke Dua
Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga kedua2 mayat yang hilang..
Al Fatihah untuk mereka dan takziah utk keluarga mangsa2..
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #29
Takziah kpd keluarga dan rakan2 mangsa. Mungkin mangsa terjatuh kot semasa memancing.
http://ohyamaha135lc.blogspot.com/2012/01/01-januari-2012-rentetan-perjalanan.html
Mungkin juga, ramai yang suka pancing kat tepi sungai Kelang tu. Eh betul ke Sungai Kelang??