Mayat Suami Isteri Telah Berbau Ditemui Di Dalam Kondominium

Tingkat 22
Kondominium Idaman Sutera
Danau Kota
Sentul Kuala Lumpur
7 Jun 2009
2 petang

Bau busuk sekitar tingkat 22 Kondominium Idaman Sutera, Setapak, akhirnya terjawab.
Sejak semalam, bau itu semakin kuat malah ada jiran mengesyaki sesuatu berhampiran kediaman mereka.
Akhirnya, kira-kira jam 2 petang, misteri bau busuk itu terjawab.
Panggilan telefon tidak berjawab dan tiada perhubungan samada pertemuan atau panggilan telefon menyebabkan kelaurga mengambil keputusan datang ke sini.
Keadaan pintu yang berkunci menyebabkan mereka bertindak memecahkan pintu dan akhirnya menemui pasangan suami isteri terbabit.
Mayat suami, Gerard Lopez Robert Lopez, 44 tahun,seorang pemandu teksi, ditemui di ruang tamu.Kedua-dua pergelangan tangannya terdapat kesan kelar.Manakala di dalam bilik, mayat isterinya, Brenda Lizabeth Karen Pereira, 43 tahun ditemui dengan kesan kelar di perut.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan,sebilah parang turut ditemui berhampiran mayat.Brenda merupakan seorang setiausaha di Persekutuan Bolasepak Asia, AFC di Bukit Jalil.
Berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau, kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam lalu.Mereka kali terakhir menghubungi ahli keluarga mereka pada Khamsi dan pagi Jumaat lalu.
Manakala anak pasangan terbabit diserahkan kepada ahli keluarga terdekat Khamis lalu.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Polis sedang menyiasat motif kejadian.

Post Lain Yang Berkaitan

8 Comments

  • Pada 2009.06.08 01:44, jawa peranakan menulis:

    angkara alongkah?

    • Pada 2009.06.08 02:59, yazidane menulis:

      Kejam betol manusie skarang…along skang dh makin ganas…mintak2 dijauhkan la dr bende2 cam ni….Ya Allah…

      • Pada 2009.06.08 07:30, << s| tED| >> menulis:

        bunuh diri ke..? awal2 lagi dah bg anak kat saudara mara

        • Pada 2009.06.12 03:27, sreSHAziela menulis:

          mcm bubuh diri je kan.. dah plan awal2.. rumah kena rompak tak bro??

          dulu saya stay sini for few years.. agak bahaya sebab byk negro n pak arab dok sini.. kena kacau tu bese dah..

          • Pada 2009.06.12 09:14, ondscene menulis:

            kedua-duanya dipercayai bunuh dan bunuh diri.punca mungkin masalah rumahtangga…

            benar- kawasan ini memang dipenuhi oleh warga Africa, ada kata dari Sudan, Somalia, dan mcm2 negara, dan semuanya mendakwa sebagai pelajar.

            Sejauh mana atau berapa peratus sebenarnya yg sebenar2 pelajar, tdklah diketahui.

            Semiskin2 mereka dari negara paling daif seperti Somalia dan Sudan, mampu dtg ke sini. Sebenarnya, ada juga yg memushkilkan minda ini…

            • Pada 2011.02.18 16:10, AJ menulis:

              Hi everyone, Its very painfull 2 accept d fact tat my sis is gone n murdered by a bastard n ungrateful husband like gerard. Me n my family are still sad think of how she went through d pain. i believe nobody can be as patient as my sister brenda.No one will ever come this far as she sacifice her life for her 3 kids. even she had problem before, she remain her self with a happy go lucky person as she is always… nothing in d world can bring her back to d family. we miss her dearly and always pray 4 her soul to rest in peace…. if i have a chance, i will put her inlaws in d jail… i believe they r the cause of d murder of my sister… i also believe god will answer my prayers by teaching them all a lesson in life… Amen.

              • Pada 2011.02.18 17:19, AzeedA menulis:

                my deepest condolences.. :(

                • Pada 2011.02.23 15:59, AJ menulis:

                  Thanks. how sad to lose a sister in such away… nobody will be able to go through how me n my family are going through. may her soul rest in peace Amen.

                  You must be logged in to post a comment.