Mayat Terapung Di Tasik
Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
30 Dis 2008
Bukan sekali, tetapi dah beberapa kali Tasik Titiwangsa mayat ditemui terapung di sini.

Terbaru, kira-kira jam 8 pagi tadi, sekumpulan 3 pekerja yang sedang membersihkan kawasan tasik dengan menaiki sebuah bot, terkejut akan penemuan terbaru itu.

Benda yang mereka sangkakan sampah, akhirnya terperanjat bahawa ia adalah mayat manusia yang telah membengkak dan terapung di tengah-tengah tasik ini.

Mayat ini terapung-apung dan hanyut perlahan-lahan di tengah-tengah tasik yang tenang ini.

Sepasukan anggota skuad penyelamat DBKL ditugaskan menarik mayat ini ke tebing.

Hasil pemeriksaan, mayat lelaki ini ditemui dalam keadaan hanya berseluar dalam, keadaan badan yang telah membengkak, berbau dan berkepala botak.
Identiti masih belum dikenalpasti.

Kepada kaki pancing, Khamis ini 1 Januari 2009, kawasan ini menjadi tumpuan mereka dalam satu pertandingan memancing…
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.


