Mayat Wanita Dalam Beg
Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
5 Februari 2012
11.30 malam
Siapa yang tidak terkejut, apabila menemui sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan bilik hotel – yang apabila dibuka, terdapat mayat di dalamnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang pengurus sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur.
Mayat wanita dipercayai warga asing itu ditemui ketika pengurus terbabit mahu memeriksa bilik yang didaftar atas nama seorang warga Bangladesh.
Beg yang begitu berat itu menimbulkan curiga kepadanya lalu membukanya dan terkejut kerana mengandungi mayat seorang wanita di dalamnya.
Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kecederaan dengan kesan jerut di leher dan luka pada belakang kepala, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an, tiada kesan suntikan (BCG) di lengannya dan dipercayai mangsa bukan warga tempatan.
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di hotel berkenaan dan tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



Assalamualaikum,
Sebegitu mudah jenayah dilakukan sekarang ni…