Perlu saya jelaskan di sini, bahawa saya BUKAN:
Anggota/Pegawai Polis
Penyiasat Persendirian
Penganalisis Jenayah
Kakitangan Syarikat Telekomunikasi
Pakar Komputer
Anggota/Pegawai Forensik
Kakitangan Jabatan Kimia
Tetapi, saya hanyalah manusia biasa yang dilahirkan sebagai penulis blog ini yang sebenarnya tidaklah menjadi tarikan jika saya menulis sesuatu yang ada dalam fikiran saya.
Bagaimanapun, sejak penemuan mayat di dalam sebuah beg Diadora di sebuah bangunan kedai 3 tingkat di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya Utama 16 September 2007, dan keluar pula rakaman CCTV pembawa beg itu, ketika itulah juga saya terfikirkan kaedah/method ini.
Saya rasa, tidak salah saya kemukakan perincian cara menjejaki pembunuh Nurin kerana saya amat yakin, cara yang akan saya kemukakan ini, siapa-siapapun tahu dan mungkin telahpun dibuat, tetapi menemui kegagalan.
Bagaimanapun, demi untuk meluahkan apa yang tersimpan selama lebih se tahun dalam fikiran saya ini,saya perincikan cara yang mungkin menjadi bahan ketawa anda kerana cara ini mungkin telah dipraktikkan.
Mungkin peruntukan undang-undang, menghadkan kuasa pada PDRM untuk akses kepada sistem syarikat telekomunikasi, dan mungkin memerlukan prosedur yang amat merimaskan serta peringkat yang pelbagai..
Tetapi saya mengandaikan, semua karenah birokrasi itu diketepikan dan peruntukan undang-undang tidak menghadkan pegawai penyiasat untuk akses kepada data syarikat telekomunikasi.
Persediaan Asas:
Kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akses data panggilan Syarikat Telekomunikasi – Celcom, Maxis dan Digi
Pengeluar Motosikal Modenas Kriss
Pengedar/Penjual Motosikal Modenas Kris
Data Jabatan Pengangkutan Jalan
http://www.youtube.com/watch?v=kJJcmREnbYQ
Keperluan Asas:
Rakaman CCTV Pembawa Beg
2 Pegawai dan 4 anggota Polis
Pen, Kertas, Kerusi, Meja
Pengangkutan
3 Telefon bimbit menggunakan rangkaian Celcom, Maxis dan Digi
Baiklah, mari kita mulakan siasatan…
Langkah 1:
1.Perhatikan semula rakaman CCTV
2.Jelas sekali, lelaki itu menggunakan telefon bimbit. Panggilan berjaya dibuat dan dia sedang bercakap dengan seseorang. Mungkin untuk mendapat kepastian lokasi tepat untuk diletakkan beg tersebut.
3.Panggilan diputuskan. Anggaran panggilan dibuat selama 60 saat. Satu kelebihan di sini ialah, lelaki itu membuat panggilan dan bukan menerima panggilan. Mengikut teori, mengesan pembuat panggilan lebih mudah dari menerima panggilan kerana jika menerima panggilan, penyiasat perlu tahu lokasi pemanggil.
Dalam kes ini, lokasi pemanggil dikenalpasti.
4.Memang nombor plet motoisikal tidak jelas,malah langsung tidak dapat dibaca. Tetapi jenis dan warna motosikal boleh dikenalpasti.
5.Pastikan semula waktu rakaman di CCTV dengan waktu sebenar, kerana ada CCTV di mana waktu dan tarikh tidak disetkan dengan betul. Kita andaikan waktunya ialah jam 1 petang.
6.Pemanggil dikenalpasti 90 peratus sebagai berbangsa Melayu/Indonesia
Dapatkan data dari 3 syarikat telekomunikasi Celcom, Maxis dan Digi.
Khususkan data panggilan bertarikh 16 September, 2007 antara jam 12-55 tgh hingga 1-05 petang.
Analisis data hanya membabitkan 3 pemancar utama di kawasan itu.
Untuk lebih meyakinkan, buat ujikaji mudah ini:
Penyiasat pergi semula ke lokasi kejadian dan buat panggilan dari lokasi itu menggunakan ketiga-tiga nomnor dari 3 rangkaian tersebut ke beberapa nombor rambang. Kemudian dapatkan data yang dirakamkan oleh ketiga-tiga syarikat, pemancar manakah digunakan jika membuat panggilan di lokasi itu.
Anda telahpun mendapat nombor pemancar dan pemancar mana yang menangkap isyarat jika membuat panggilan di lokasi itu.
Kumpulkan semua data yang berkaitan panggilan dari lokasi, tarikh dan masa yang telah disebutkan untuk sela masa 15 minit itu, ie dari 12-55tgh – 1-05ptg.
Contoh: Celcom – 150 panggilan
Maxis – 138 panggilan
Digi – 93 panggilan
Dapatkan semua butiran, iaitu panggilan dibuat ke nombor mana.
Tapiskan sehingga hanya panggilan di bawah 60.saat sahaja diambil, bagi mengecilkan jurang pencarian.
Contoh , selepas tapisan:
Celcom – 31 panggilan
Maxis – 28 panggilan
Digi – 12 panggilan
Periksa semua data pemanggil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Syarikat Telekomunikasi akan nama, alamat dan nombor kad pengenalan pemanggil
Kecilkan lagi jurang, iaitu dapatkan nama pengguna berbangsa Melayu/Indonesia sahaja. Bagaimanapun baki nombor lain, simpan untuk rujukan.
Contoh, selepas tapisan:
Celcom – 16 panggilan
Maxis – 12 panggilan
Digi – 10 panggilan
Kini penyiasat telah mempunyai 38 nama, alamat dan kad pengenalan pemanggil.
Berkemungkinan juga dalam tempoh 15 minit itu, ada pemanggil yang mendail nombor-nombor lain. Catitkan semua butiran.
Langkah 3.
1 Setelah semua data diambil dan direkodkan, dapatkan pula data SMS semua pemanggil dan penerima panggilan. Lakukan tapisan lagi. Jika bernasib baik, akan dapat clue atau bayangan mengenai kes itu berdasarkan SMS –SMS tersebut.
2. Data SMS jika dapat di retrieve, bermakna satu bukti yang amat jelas kerana ia boleh terus mengaitkan dengan pemangil tersebut.
Langkah 4
1. Dari data pemanggil, boleh mencuba nasib dengan membuat padanan dengan JPJ samada adakah nama yang serupa dengan data telekomunikasi dan JPJ, pemilik motosikal Modenas Kris.
Langkah 5
Tetapi , jika semua usaha ini hendak dibuat, adalah malang jika telefon bimbit itu tidak didaftarkan atau didaftarkan dengan maklumat palsu…
Itulah antara sebab mengapa telefon bimbit prabayar perlu didaftarkan…
Saya yakin, semua kaedah yang saya bentangkan di atas, telahpun digunakan oleh pihak PDRM yang bijaksana, namun masih gagal mengesannya…








wah,bagusnya cara penyelidikan dan penyiasatan begini,tak sangkanya..
saya teringin nak jadi penyiasat,tapi mesti kerjanya sukar bukan.
betulkah pihak polis sudah melakukan kerja sebegitu menyeluruh?
*izinkan saya paparkan cara penyiasatan ini dalam laman blog saya utk tatapan umum. terima kasih.
wooo…ak salut ko..sgt trperinci wlaupn byk details kne cri..bt ak rse bnde ni worth it..=]
Bro, aku sedih. Sangat sangat sedih. Terlalu sedih.
Aku sanjung usaha kau ni. Amat amat sanjung dan ia adalah satu entry yang terbaik pernah aku lihat selama aku hidup.
Namun aku sedih, di penghujung entry kau ni. Sebabnya:
Tempohari, aku menerima harrasment call dari nombor yang tidak dikenali, dan satu report polis dibuat memandangkan ia mengganggu aku siang dan malam.
Source aku dari company telekomunikasi memberikan nama dan alamat penuh pemilik nombor prepaid itu.
Pemeriksaan pihak polis mendapati:
Nombor kad pengenalan tidak wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara! Dan alamat itu juga tidak wujud.
Wait for my report on this. Dah nak siap dah dan sementara itu, aku tetap sedih dan aku rasa kau tahu kenapa aku sedih.
fireroll – polis sebenarnya lebih arif apa yg telah, sedang dan apa yg mereka tdk lakukan…anyway, tq…
phikool thong – ia akan hanya menjadi penambah mukasurat blog ini…
hazrey – tq bro. tak , aku sendiri paham dan amat paham.
benda ni terlalu subjektif, dan harasment tu berlaku, jika tiada unsur dalaman yg melakukannya.
sebenarnya, jika nombor itu guna nama barrack obama sekalipun, takklah barrack obama sms/call hantu, mean mesti ada org yg dipanggil di sms…
ok, aku menanti dgn penuh sabar report itu…
fireroll – polis sebenarnya lebih arif apa yg telah, sedang dan apa yg mereka tdk lakukan…anyway, tq…
phikool thong – ia akan hanya menjadi penambah mukasurat blog ini…
hazrey – tq bro. tak , aku sendiri paham dan amat paham.
benda ni terlalu subjektif, dan harasment tu berlaku, jika tiada unsur dalaman yg melakukannya.
sebenarnya, jika nombor itu guna nama barrack obama sekalipun, takklah barrack obama sms/call hantu, mean mesti ada org yg dipanggil di sms…
ok, aku menanti dgn penuh sabar report itu…
saya rasa pulak,lepas ni,kalau boleh,bila nak buat ic atau passport,kita kena buat test dna sekali,jenis darah apa semua,masuk kan dalam maklumat ic/passport.senang nak detect kalau jadi apa2.
apa2 pun,idea kamu boleh pakai jugak.ni pernah kerja dengan csi or banyak tengok csi? :p
Nampak rumit. Mungkin itu yang polis kita malas nak buat. Kalau kena buat pun, mungkin mereka akan minta unit khas yang baru ditubuhkan. Macam selalu-selalu.Hmmmm….
Ini boleh jd mat giver malaysia bro,..
Wajib panjangkan pada Bakri Zinin,..
sebenarnya, jika diperincikan, saya rasa, 68 page pun tak habis… tapi, apa2pun, jikalah aku ni diberi kuasa dan dilindungi undang2, aku sanggup ketuai unit khas tu dan dibantu 3 kenkawan…
wah! umpama detektif conan!
cara perincian penyiasatan bro sy kagumi.
tp sayang pihak polis masih gagal.polis kita antara yg efektif di dunia tapi napa kes nurin ambil masa yg lama.
sungguh memalukan utk mengaku yg polis kita efektif.
sebenarnya, jika aya perincikan, ia mungkin memerlukan sekurang2 50 helai mukasurat kerana perincian itu akan dilakukan lengkap dgn Plan A, Plan B, Plan C jika ada error atau kecacatan di mana2. Mmang kerja ini leceh, rumit dan menyusahkan, tetapi ia tetap boleh dilakukan.
kalau kite tengok English movie pun, kita notice polis/FBI akan terus mobilize org2 dia utk dapatkan segala macam list supaya boleh narrow down kes tu..
Berkenaan dgn talian telefon bimbit, mmg amat sukar bila ia didaftarkan dgn IC dan alamat palsu.. punca semua ni adalah dari penjualan sim/prepaid haram yg masih berleluasa sehingga sekarang.. kebanyakan yg mmbeli rakyat asing.. pihak telco di malaysia masih gagal membenteras kes sebegini.. mungkin kerana mereka juga dpt untung dgn operasi sebegitu, jd dibiarkan.. mmg amat malang.. sepatutnya undang2 lebih keras dikenakan dan pemantauan oleh Kmentrian Telekomunikasi kepada TElco2 di sini..
Bro, aku tabik dengan nko… Aku snggup gelarkan nko Horatio Caine Malaysia, ha ha ha ha…
Tapi apa nak buat adakalanya Polis perlu ambil masa yang lama untuk siasat. Dah tu bila ada kes lain pulak spt kes Sharlinie dan yg terbaru kes budak dicampak dalam kolam… Polis terpaksa membahagikan tumpuan kepada kes-kes tsb juga… Jika Polis hanya tumpu pada satu kes, pasti ada yang berbunyi…
Apapun Polis Malaysia ni x sama dgn drama CSI. Drama CSI lakonan seolah menyelesaikan kes jenayah itu mudah… Itu yg tergambar dlm minda rakyat Malaysia… Apa yg mereka mahu segera selesai… Tanpa mereka fikir jika penjenayah sudah melarikan diri dan bersembunyi di negara lain.
eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan
aku bukan nak tumpang glamer tapi aku selalu terfikir kenapa polis tak trace pemanggil sebijik macam yg tuan bro tuliskan di atas.
Patutlah aku tersedak..sebut2 aku rupanya! Ha ha ha..
Jawapannya- dah. Malah lebih dari itu bro..cuma aku tak boleh nak singkap selain dari itu.Maaf.
kamal fnd
p/s
Untuk makluman pembaca lain, dalam tv dan filem memang senang coz ada skrip. Dalam dunia realiti, tiada skrip. Yang ada batas perundangan yang perlu dipatuhi.Tindakan pula perlu berhati hati kerana tidak mahu prinsip double jeopardy. Kalau berlaku jugak DJ, saspek tidak boleh ditangkap dua kali atas kes yang sama dan akhirnya terlepas.
TEKNOLOGI NEGARA KITA MASIH RENDAH LAGI DAN PEMIKIRAN ORG2 MELAYU/KITA X SAME DGN ORG BARAT…MEREKA SEDAH BUAT BOM,SENAPANG,KPL TRBNG TP BANGSA KITA..??MGKIN PADA ZMAN PNCIPTAAN BNDA2 TD 2 ORG2 KITA BELUM LAGI TAHU APA ITU TEKNOLOGI!!!MGKIN KPUTER PUN BLUM ADA KT SINI!!
salam tuan.
kalau la saspek td bapak, suami, abang atau boyfriend sy, mesti cam punya.hairan sungguh kenapa xdak yg tampil ke depan utk mmberi tip kpd pihak polis.
mgkin kah lebih dr seorg yg terlibat?
mgkin ada org yg berpengaruh terlibat?
…hrp2 ia x mjadi cold case mcm bbrp kes berprofile tinggi yg endingnya sungguh mengelirukan.
bagus usaha 2, mudah2an ada usaha dan doa jejaki pembunuh 2.
Aku rasa pembunuh tu mesti le kenal dengan nurlin jazlin lah, atau juga dikenali oleh mangsa. Dan mungkin tinggal tidak jauh dari rumah atau sesekali datang kerumah mangsa / datang berhampiran dgn rumah mangsa.
Dalam rakaman CCTV kita boleh cam muka, warna baju, ketinggian, jenis motosikal + nombor plet + warna, walaupun agak kabur. Kita boleh buat andaian pada hari kes – siapa diantara kita – orang yang bersikap aneh / watak agak pelik daripada selalu pada hari kejadian tersebut. Kita boleh tanya kaum keluarga semua ini….dapat kesimpulan, walupun agak sukar dan tak masuk akal / agak bertentangan dengan siasatan rutin.