‘Mini Kasino’ Sabung Ayam Diserbu

Lutong Baru,
Miri, Sarawak
11 Dis 2010
3.30 petang

Berita ondscene kali ini menjelajah ke Sarawak, nun jauh di Miri.

Kes ini mengisahkan sekumpulan kira-kira 300 orang yang kebanyakannya ahli perniagaan penduduk setempat, yang leka bermain judi – dengan penumpuan pada sabung ayam.

Akhirnya , mereka lintang-pukang melarikan diri – ada yang terjun ke dalam tasik, dan ada juga yang meredah hutan belukar, untuk mengelakkan ditangkap polis.

Seorang lelaki yang mengalami luka ditangan kerana terkena taji ayam pula, sanggup menahan kesakitan dan berbohong kepada polis mengatakan dia mendapat kecederaan itu akibat terkena duri.

Dia bagaimanapun akhirnya terpaksa meminta bantuan polis untuk merawat lukanya setelah tidak tahan menanggung kesakitan akibat bisa kesan taji tersebut.

Kesudahannya, 31 orang ditangkap , termasuk 2 wanita yang semuanya berusia antara 18 hingga 81 tahun.

Hasil maklumat, sepasukan anggota dari D7, IPK Sarawak dan IPD Miri diketuai Pegawai Turus Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7, IPK Sarawak, DSP Abang Junaidi Abang Anuar, menyerbu ‘mini kasino’ ini.

Lokasinya agak terpencil, sebuah kawasan kebun getah, kira-kira 50 meter dari jalan utama, dikelilingi tasik bunga teratai seolah-olah sebuah pulau, untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Untuk memasuki kawasan ‘mini kasino’ ini, perlu melalui titi yang sempit, dan terdapat dua pengawal di pintu masuknya.

Menurut DSP Abang Junaidi,  dalam kawasan `mini kasino’ pula, dirikan khemah kanvas dan gelanggang sabung ayam untuk kemudahan berjudi.

“Malah, sebuah tokong turut dibina bagi membolehkan kaki judi berdoa untuk memohon kemenangan semasa bertaruh.Bagi mengelak pengunjung kelaparan, pelbagai jenis minuman dan makanan termasuk nasi berlauk turut dijual di situ,” katanya.

‘Mini kasino’ ini menawarkan tiga jenis pertaruhan iaitu sabung ayam, `hoo hui how’ atau `hallow’ dalam bahasa tempatan serta `pakaw’ (daun terup) kepada peminat judi.

Dalam serbuan ini, pihaknya berjaya merampas lapan ekor ayam sabung yang masih hidup, dua ayam sudah mati, dua taji dan satu alat penimbang.

Kesemua yang ditahan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Pencegahan Daripada Penganiayaan Terhadap Binatang (Sabung Ayam) 1962 dan mereka sudah dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh mahkamah setelah disabitkan kesalahan.

(Penghargaan : DSP Abang Junaidi Abang Anuar, Pegawai Turus Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D 7), IPK Sarawak, dan Angelina Sinyang, Utusan Malaysia)

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2010.12.14 21:50, 2ury menulis:

    Perkh… hebat lah bang sham skarang dah sampai Sarawak buat liputan.. sikit hari lagi kita tenggok abg sham buat liputan di Palastin plak..
    Tahniah bro.

    • Pada 2010.12.14 22:56, Kujie menulis:

      18 hingga 81

      cun nombor ni..hehe
      Kujie recently posted..Minah Kilang Versi Power Office Girls

      • Pada 2010.12.15 08:57, blackcanary menulis:

        Jauh berjalan tu bang sham…Tapi judi ni dah jadi barah dah kat mana mana….
        Kat sg buloh baru baru ni pun depa tangkap org main judi sabung ayam…
        blackcanary recently posted..Kehidupan Hari Minggu

        • Pada 2010.12.15 10:27, Khairul menulis:

          sampai serawak dah bro Sham. rase2 cam nak follow je wat liputan. kadang2 terserempak dengan kejadian2 tak diingini, tapi kemere tak bawak pulak. bile bawak kemere, takde pulak jumpe.

          • Pada 2010.12.15 13:16, Breakeven menulis:

            ~ bila nak dtg Pahang ? boleh tahan gak Pahang nie..~

            • Pada 2010.12.16 02:41, matholo menulis:

              mungkin dah tiba masa nya untuk buat Kasino ya sah di sisi undang2 kat sarawak ni..

              • Pada 2010.12.21 05:17, Krish menulis:

                Hahahaha, bila nak kena tangkap, lari pulak macam ayam.

                You must be logged in to post a comment.