Misteri Bau Busuk…

Kg Salak Selatan Baru
Kuala Lumpur
28 Oktober, 2008

Bukan semua orang mampu berjaya menahan diri dari terhidu bau mayat yang telah berulat.

Mayat yang telah kembung, membengkak dan berulat biasanya telah mati sejak beberapa hari lalu.
Dan, bau mayat manusia yang sebegini, memang tidak sama sepeti bau bangkai haiwan seperti lembu, kucing atau binatang lain.

Tidak kurang yang akan terus termuntah sebaik hidung mengesan bau itu, lebih-lebih lagi jika dia baru sahaja makan…!!!
*******************************************
Bagi penduduk Kg Salak Selatan Baru, bau busuk di kawasan kampung mereka sejak beberapa hari lalu amat memeningkan kepala.
Tidak kurang yang tidak lalu makan , malah ada yang jadi amat tertekan.

Akhirnya, kira-kira jam 9 pagi tadi, misteri bau busuk yang menusuk hidung itu akhirnya terjawab.
Penemuan mayat seorang warga emas, yang juga penduduk kampung itu, memeranjatkan mereka.
Ini kerana, mayat itu ditemui amat berdekatan dengan rumah mereka…
Chong Kim Len , 65 tahun,sebelum itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Khamis lalu.
Chong yang mengidap penyakit Parkinson, hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam semak di satu kawasan tanah lot kosong di antara beberapa buah rumah.
Mayat telah berulat.
Anggota polis yang ditugaskan menyiasat dan membawa keluar mayat, terpaksa menahan bau yang amat kuat itu menyebabkan beberapa kali mereka terpaksa keluar dari lokasi mayat ditemui.
Akhirnya, mayat berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Chong dipercayai meninggal dunia sejak dia dilaporkan hilang dan terjatuh ke dalam semak itu ketika sedang mengangkat beberapa barangan terbuang.
Kejadian tidak disedari sesiapa dan sehinggalah ia ditemui hari ini.
Mualai jam 11 pagi tadi, bau busuk di kampung itu telah beransur-ansur hilang…

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2008.10.29 07:22, jawa peranakan menulis:

    bang..
    confirm ke takde unsur2 jenayah dalam kes ni?

    • Pada 2011.03.08 07:18, tomchorus menulis:

      bau mayat reput dpt dijejak oleh manusia…itu semua adalah kebesaran ilahi

      You must be logged in to post a comment.