USJ 1, Subang Jaya
Selangor
6 Sept 2010
10 malam
pembetulan pada kekeliruan dalam ayat
Kenderaan SUV BMW milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui sebentar tadi.
Turut diemui semula, kereta BMW milik peguamya, di lokasi yang berlainan.
Bagaimanapun,Datuk Sosilawati , pemandu, peguam dan seorang pegawai bank yang bersamanya, masih belum ditemui.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya.
Ia diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Kereta Sosilawati dicam menerusi plet kenderaannya oleh seorang peniaga yang ternampak kereta terbabit lalu melaporkan kepada polis jam 9.30 malam.
Plet kereta dicam menerusi pendedahan nombor itu melalui siaran televisyen yang melaporkan kes terbabit semalam.
Kereta ditemui di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut.
Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel , kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan kereta Sosilawati.
















Terkejut juga dengan berita kehilangan beliau. Dekat-dekat nak Raya ni harap tiada benda buruk terjadi. Semoga pihak polis dan para penyiasat dapat selesaikan kes ini sebelum hari raya
sdr admin, ada pembetulan, peguam tu lelaki, bukan wanita
saya rasa maksud admin, peguam kepada wanita(sosilawati)itu.
alamak…dah jumpa 2 biji kereta yang digunakan untuk trip ke Banting ?
makin seriau aku ni…
Banker/pegawai bank tu is my friend….Berita Terkini Sham
TV pagi ni memberitakan mereka membawa uang RM4juta. Bawak banker’s cheque kan lagi selamat
yup, saya pn ada dgr crita dia bwk cash rm4 juta. so saya rasa kita boleh buat kiraan sendiri atau spekulasi apa sebenarnya yg terjadi mengikut logik akal.. kan? hhuu
Apa sebenarnya yang telah berlaku? Hmm..dah jadi cam cter CSi ni..ada beberapa spekulasi boleh dibuat namun baik kita tunggu siasatan polis terlebih dahulu selesai..
apa benda putih2 kat keta tu?
Mungkin CSI Msia taburkan kan bedak utk cari cap jari ? Kalo nak guna serbuk carbon tak bole … sebab warna keta … gelap !
acctually mmg dato tak bawa cash… dia bawa cheque peribadi… media dah silap kat situ.. harap2 dato sosilawati dan abg kamal dan dua2 yang lain selamat laah…. sian anak2 dia.. harap2 banyak2 lah bersabar.
Salam,
bharian tulis kereta aaj5 tu berlumpur. so lumpur la tu kot
kalo ader built-in GPS, mungkin bole baca log tracking nyer …
salam OC
semoga beliau selamat dan dapat pulang untuk menyabut
lebaran bersama keluarga tersyg… Amin
p.s. mushkil kereta lawyer di Depan Dorset dan kereta Datuk di Pangsapuri Angsana.. strategi utk mengelirukan dan culikan yg berasingan.. bijak tapi tidak sampai kemana.. InsyaAllah akan ketemu..
salam semua… ini mesti ada konspirasi dibelakang ni…. harap semua selamat… nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit…. kes ni macam kes kena kidnap…wallahualam
Semoga tiada apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka. Amin.
NI kes berprofil tinggi ni – sangat teruja nak tengok gambar2 dari post ni tapi apa nak buat, kat kampung guna mobile online saja…sangat terbatas.