Motif Dendam Mungkin Punca Anggota Polis Dibunuh

Bulatan Batu Caves
Kuala Lumpur
4 Februari 2012
8 malam
 

Penemuan mayatnya menjadi tanda tanya – setelah 3 hari dilaporkan hilang.

Mayat Konstabel V. Divendran yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Seremban ditemui oleh orang awam di dalam longkang di bawah Bulatan Batu Caves.

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa mungkin bermotifkan dendam kerana barang berharga miliknya seperti barang kemas dan telefon bimbit masih ada bersamanya.

Polis masih menyiasat samada mangsa dibunuh di tempat kejadian atau di tempat lain.

Sebarang senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Divendran merupakan anggota Bahagian Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,  dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

.

 

Post Lain Yang Berkaitan

1 Comment

You must be logged in to post a comment.