Sg Buloh, Selangor
21 Februari 2013
3.15 petang
Apakah yang dibuat ayam-ayam ini sehingga begini rupa jadinya ?
Ini bukan festival ayam atau pertandingan ayam cantik atau pusat membuat bekas menyimpan ayam.
Lokasi ini berhampiran tanah perkuburan Cina berhampiran kawasan tapak semaian di Sg Buloh.

Ayam ini ada 20 ekor semuanya dan ia dijadikan sebagai umpan judi pertaruhan laga ayam.
Bukan sedikit, tetapi dianggarkan kira-kira 80 orang sedang leka menyaksikan laga ayam ini dan bermain judi seperti judi dadu dan bola golek.
Hasil maklumat, risikan serta intipan di kawasan semak berhampiran, kawasan ini kemudian dikepung dan akhirnya diserbu menyebabkan mereka bertempiaran lari.
Hasilnya, 23 kaki judi berjaya ditahan termasuk seorang OKU yang sebelum ini pernah ditahan sebanyak 3 kali kerana menganjurkan kegiatan serupa.
Usia yang ditahan sekitar 20 ke 50 tahun yang kebanyakannya adalah pekerja tapak semaian bunga berhampiran.
Yang ditahan terdiri dari pelbagai bangsa dan termasuk seorang wanita dan 16 lelaki warga Indonesia.
Syabas kepada 4 pegawai dan 18 anggota dari cawangan D-7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor diketuai DSP Rohan Shah Ahmad.
Yang pasti, ayam-ayam ini sepatutnya sesuai dijadikan rendang ataupun masak lemak atau goreng berlada, sebaliknya dipertaruhkan untuk dijadikan ayam laga oleh kaki judi.


















saya nak komen satu je
bekas isi ayam tu cantik… mesti ayam ada nilai ni
buat nasi ayam berempah lg bagus dr duk berlaga2 cm ni….ni lah manusia ble dah jadi otak ayam..
patut kaki judi tu tangkap goreng berempah ramai2 bg ayam makan.
Bagitu cara barfikir.
nih baru betui…product cap ayam yg ori…hehehehee
nak cari bekas bawak ayam tu bang..cantik..
satu lagi..saya x pernah nampak papan judi dadu tu…unik juga rupa dia
cantek pulak bekas isi ayam tu..komen as paling kelakar hahahah
Lepas ni kita harap pihak berkuasa tangkap pulak “Ayam”made in China.Kawasan Jalan Gelang belakang Champion Club,Jln Sungai Besi dah macam pesta terutamanya malam minggu,sesak dengan pelanggan dan yg menjamu mata.Naik lemas kita-massage 2 2,massage apanya klu dah cam telanjang.Minta pihak berkuasa cuba lah tengok sikit contohnya kat bawah Plaza Pudu Jln Landak tu,sy ingat lebih 15 tahun dah pusat judi game slot rasanya,nak masuk basement kena lalu kat situ,bila lalu org kata kita ni kaki slot games.Itu lah mungkin dikatakan judi yang pasti tak ada orang yang kaya bermain judi kecuali taukeh judi itu sendiri sehingga boleh membina empayarnya sendiri.