Nasib Malang 2 Beradik Disimbah Asid

Kuala Lumpur
29 Oktober 2011
 

Kejadian malang simbahan asid yang menimpa 2 beradik ini merubah 100 peratus kehidupan seharian mereka.

Bermula dari detik itu itu, mereka yang sudah mula hilang keyakinan diri, kini cuba untuk bangkit semula dengan mempunyai cita-cita bagi menebus kembali apa yang berlaku ke atas mereka.

Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 12, bercita-cita untuk menjadi polis.

“Bolehlah saya menangkap orang jahat seperti lelaki yang menyimbah asid kepada saya dan adik yang membuatkan kami menderita”

Adiknya,  Syaffiy Aiman, 10, bercita-cita menjadi doktor pakar surgeri.

“Saya berhasrat membantu lain-lain mangsa simbah asid untuk memulihkan kecacatan mereka agar dapat kembali menjalani kehidupan normal.”

Dalam kejadian 8.30 malam 19 Julai lalu di Felda Jengka 9, Pahang, kedua-dua beradik cedera parah di muka selepas disimbah asid oleh seorang buruh ladang.

Menurut Shafiq Haikal, dia berasa amat marah dan geram terhadap lelaki yang melakukan perbuatan itu telah menyebabkan mereka berdua menanggung derita setelah mengalami kecacatan di wajah.

“Malah kami tidak lagi bebas berjalan-jalan seperti sebelum ini kerana malu sering diperhatikan, diejek dan dicerca oleh orang ramai terutama yang tidak tahu tentang peristiwa malang menimpa kami.”

Cita-cita murni tersebut didedahkan mereka dalam di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini hari ini.

Turut hadir ibu bapa mereka, Ruhasimah Mansor, 33, dan Mat Safar Zaidi Che Sam, 33, serta Pengerusi Biro, Datuk Muhd. Khairun Aseh.

Menurut ayah mereka, Mat Safar Zaidi , peristiwa tersebut meninggalkan trauma dan mengubah 100 peratus kehidupan dua anaknya itu terutama keyakinan untuk berada di khalayak ramai.

“Anak-anak saya amat fobia apabila melihat cuka getah (asid) dan pelekat putih yang digunakan di hospital kerana ia mengingatkan mereka kepada kesakitan.”

Ruhasimah pula berkata, walaupun sedih melihat keadaan dua anaknya tetapi bersyukur kerana mereka kini mempunyai cita-cita.

“Sebelum tragedi malang ini, mereka biasanya hanya menjawab ‘entah’ apabila ditanya tentang cita-cita tetapi kini Shafiq Haikal sudah mempunyai impian menjadi polis dan Syaffiy Aiman pula doktor apabila dewasa nanti.”

Dia terharu melihat mereka tetap semangat belajar walaupun ketinggalan dalam persekolahan kerana sering cuti sakit.

Menurut Muhd. Khairun, desakan supaya prosedur penjualan asid diperketatkan pernah disuarakan pihaknya sebelum ini, malah turut dinyatakan  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Sudah banyak menteri berkaitan mengajukan perkara ini di pelbagai saluran, tapi hakikatnya asid masih mudah didapati di kedai-kedai. Apa yang mereka usahakan? Mereka perlu bersungguh-sungguh sekiranya tidak mahu ramai lagi orang awam tidak berdosa menjadi mangsa.”

Beliau bercadang menghantar memorandum kepada Menteri Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan agar mereka bersama-sama berbincang untuk mengatasi perkara tersebut.

Pihaknya  turut menyerahkan wang tunai RM3,000 kepada Shafiq Haikal dan Syaffiy Aiman bagi meringankan beban mereka yang terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Jengka dan Hospital Temerloh sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

Mereka turut dijadikan anak angkat Biro dan untuk mewujudkan dana khas bagi mereka meneruskan kehidupan, selain menyediakan kelengkapan seperti alat pendingin hawa.

Ini kerana mereka belum boleh terdedah kepada suhu panas memandangkan masih perlu memakai topeng selama 23 jam sehari.

Nota – Pelaku dalam kes ini , Muhammad Hafiz Ismail, 33, telah dihukum penjara 8 tahun dan 4 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh.

 

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2011.10.30 12:16, arena84 menulis:

    Kasihannya…semoga mereka tabah dan cita-cita mereka tercapai!
    arena84 recently posted..Gambar Kesan Ribut Taufan di Kampus UTP Tronoh

    • Pada 2011.10.30 13:29, nurmisnan menulis:

      Apalah kesalahan budak2 ini sampai di perlakukan begitu..
      kasihan dgn masa depan mereka. sampai ingin keluarpun mereka
      takut di ketawakan.

      kepada ibu bapa di luar sana, pesan2lah pada anak2 kita agar jgn
      mudah ketawakan nasib seperti adik2 ini dan hormatilah mereka… tak susahkan…
      nurmisnan recently posted..Khasiat wheatgrass atau rumput gandum

      • Pada 2011.10.30 14:43, naimulfirdaus menulis:

        kesian…semoga kedua-dua beradik ini dapat bersabar..
        naimulfirdaus recently posted..cerita lucah ustazah melayu bertudung cantik

        • Pada 2011.10.30 22:42, azroy menulis:

          Kesian,sepatutnya hukuman yg menyebabkan manusia sengsara seumur hidup patut dinaikkan.ini cacat 2orang hanya 8 tahun je penjara?kenapa hukuman rogol boleh bagi sampai 20 tahun?bertindaklah sikit org org yg berkaitan perundangan ni.

          • Pada 2011.10.31 07:29, Tany menulis:

            Itulah ‘justice’ org Malaysia. Hanya 8 tahun penjara. Tetapi budak2 tu sengsara SEUMUR HIDUP. Masa depan mereka tergugat tetapi lelaki tu akan bebas dalam 8 tahun and hidup seperti biasa. Saya cukup geram kerana kesian budak2 muda, 2 org pulak tu, cacat seumur hidup.. apa salah mereka?

            • Pada 2011.10.31 11:54, djoe menulis:

              MANIS SUNGGUH KALAU HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN…

              Firman ALLAH
              Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45)
              firman allah..
              Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) surah (an-nahl)

              firman allah…
              Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40) Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41) (surah ash-shura)

              • Pada 2011.11.01 08:57, mattken menulis:

                kes ni kalau bagi qisas bagus gak kan

              • Pada 2011.10.31 13:08, mrbigschumi menulis:

                patut kene hukum at least 10 -20 tahun, tanpa parol…apa salah budak2 nie.takkan lah sipelaku tak puas hati ngan budak2 ni….tak pasal2…

                • Pada 2011.10.31 19:56, syieda89 menulis:

                  patot pesalah tu kene simbah balik asid dengan kuantiti yang same. baru diorg takot, dan baru diorg rasa “aduhhhh sakitnye”… kalau tak, diorg xpikir sakit mcm mna…

                  You must be logged in to post a comment.