Reality in Real Life

Nekad Seorang Wanita – Kejar dan Rempuh Peragut

IMG_5257
Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
20 Julai 2014
12 tengahmalam

Mangsa : Pelajar wanita warga Kazakhstan , 25, (Universiti Lim Kok Wing)

IMG_5279

Kejadian ini berlaku sebentar tadi yang mengakibatkan Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Kuala Lumpur, sesak kedua-dua arah.

Semuanya hasil tindakan berani dan nekad  seorang pelajar wanita warga Kazakhstan  yang mengejar sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang melarikan begnya ketika memandu.

IMG_5264

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu di Lorong Raja Muda Abdul Aziz berhampiran Hospital Kuala Lumpur apabila cermin keretanya dipecahkan oleh saspek yang kemudian melarikan beg tangannya.

Kedua-dua saspek kemudian memecut motosikal arah Jalan Tun Razak dan cuba melarikan diri dengan melintasi jalan ke arah pembahagi tengah.

IMG_5272Mangsa yang terkejut dengan kejadian ini, segera bertindak memecut Toyota Viosnya dan mengejar motosikal saspek dan berjaya merempuh belakang motosikal menyebabkan pembonceng tercampak dan cedera parah.

IMG_5259

Di masa sama, sebuah kereta dari arah Ampang tidak sempat mengelak lalu merempuh Toyota Vios mangsa.

IMG_5275

Manakala motosikal dan penunggang pula tercampak ke laluan sebelah, menyebabkan sebuah kereta dari arah Lebuhraya Mahameru, merempuh dan mengheret pula motosikal ini lebih 10 meter.

Penunggang bagaimanapun melarikan diri.

Vios kemudian merempuh pokok hiasan dan pembahagi tengah jalan sebelum melintang di laluan sebelah.

IMG_5258

Dan,pembonceng yang cedera, berjaya ditahan, manakala pemeriksaan awal mendapati, motosikal ini menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kedua-dua pemandu wanita dan lelaki terbabit yang cedera  dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

4 Comments

  1. nazzel's Gravatar nazzel
    21/07/2014    

    sama hospital! peluang jangan dilepaskan

  2. Saha's Gravatar Saha
    21/07/2014    

    liat juga nyawa setan 2 ekor tu, seekor lagi dah terlepas, mesti tengah memikir nak mencuri motor lain, sebab motor ni dah hancur, ataupun bawaklah bertaubat di bulan ramadan yang mulia ni, kenapa Allah S.W.T. masih lagi memanjangkan umur kamu.

  3. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    20/07/2014    

    Walaupon tindakan wanita ini agak berbahaya dan berisiko membahayakan org lain,tp tiada siapa dpt menghalang emosi bila jenayah berlaku pd diri sendiri…dan peluang menangkap penjenayah terbuka luas.Tindakan penjenayah yg menyusahkan org lain biasanya mmg berbaloi kalau dibalas sebegini

    • 21/07/2014    

      Buku bertemu ruas.. kalau mudah meragut, nanti jadi profesion plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting