Nekad Terjun- Wanita Disamun, Disumbat Dalam Bonet Kereta

Taman OUG
Jalan Klang Lama,Kuala Lumpur
24 September 2011
7 pagi
 

Bukan mudah untuk mendapat keberanian dan kekuatan sebegini rupa lebih-lebih lagi jika mangsa adalah wanita ketika menghadapi saat-saat amat genting.

Tetapi, kerana nekad untuk melepaskan diri, seorang wanita yang disumbat ke dalam bonet oleh penjenayah, berjaya membuka bonet tersebut dari dalam, dan terjun menyelamatkan diri.

Semuanya bermula apabila wanita berusia 45 tahun ini, berhenti kereta Proton Personanya di sebuah tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai makan.

Sebaik sahaja berhenti dan mematikan enjin, Penyamun A terus masuk ke tempat duduk depan kereta sebelah penumpang dan mengacukan parang dan mengarahkan mangsa supaya bertukar tempat duduk dengannya.

Di masa sama, Penyamun B pula masuk ke tempat duduk belakang dan mengambil parang dari Penyamun A, dan Penyamun A terus memandu kereta dan beredar dari situ.

Maka bermulalah episod selama kira-kira 3 jam apabila mangsa dibawa ke beberapa tempat seperti Jalan Kuchai Lama, Taman Seri Sentosa dan Taman OUG.

Selain itu penyamun juga membawa mangsa ke beberapa kawasan perindustrian untuk membuat panggilan telefon dipercayai utk menghubungi rakannya.

Selepas kira-kira 3 jam dibawa di dalam kereta tanpa hala tujuan, akhirnya penyamun membawa pengadu ke satu kawasan perindustiran, dan mengeluarkannya dari kereta.

Penyamun mula memukul mangsa dan merampas wang sejumlah RM2, 500 dan barang emas bernilai kira-kira RM6,000.

Pada ketika itu juga, penyamun juga membuka tempat  duduk belakang dipercayai untuk mencari tangki minyak dan mangsa mengesyaki mereka hendak membakar kereta dan membunuhnya.

Mangsa kemudian diikat mata dan tangannya lalu memasukkannya ke dalam bonet belakang dan kereta beredar dari lokasi tersebut.

Mengetahui keadaannya dalam bahaya dan berkemungkinan dibunuh dan dibakar, mangsa cuba sedaya upaya untuk membuka bonet kereta dan merosakkan wayar-wayar yang terdapat di dalamnya.

Akhirnya, mangsa berjaya membuka bonet dan mengintai keadaan di luar, dan dia mendapati masih berada di kawasan perindustrian.

Namun bimbang tidak mendapat pertolongan, dia menunggu saat yang tepat untuk terjun dari kereta.

Semasa kereta sampai di Lebuhraya KL-Seremban arah susur ke Mid Valley,mangsa terus membuka bonet dan berdiri untuk  meminta tolong.

Beberapa kenderaan di belakang  yang ternampak mangsa, cuba membantu dengan membunyikan hon dan mengejar kereta terbabit, tetapi kereta dipandu semakin laju.

Sebaik tiba di satu selekoh, mangsa akhirnya nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak laju itu, dan diselamatkan oleh orangramai.

Mangsa mengalami kecederaan di muka, dan mata akibat pukulan, manakala kaki kiri terseliuh dan kaki tangan juga ada kesan cedera semasa terjun dari kereta.

Kereta mangsa ditemui ditinggalkan di satu lokasi dengan beberapa kesan dipercayai mengalami kemalangan.

Pic – China Press

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

You must be logged in to post a comment.