Panggilan Ancaman Bom

Jalan Mamanda 9
Ampang, Selangor
28 Jan 2010
2 ptg

Lagi kes palsu.

Kali ini babitkan panggilan dari orang tidak dikenali kepada sebuah bank.

Akibatnya, kira-kira 100 orang dari 2 buah bank dan beberapa pejabat sekitar, terpaksa mengosongkan bangunan.

Kejadian bermula kira-kira jam 1.50 petang apabila seorang kakitangan Ambank menerima satu panggilan dari seorang lelaki.

Suara seperti lelaki asing dari tanah seberang, meminta semua penghuni keluar kerana di dalam bank ada bom.

Kakitangan terbabit segera memaklumkan kepada pegawainya yang kemudian menghubungi polis.

Polis kemudian mengarahkan semua yang berada di dalam bangunan supaya keluar.

Sepasukan anggot dari Unit Pemusnah Bom dan Unit anjing pengesan K9 tiba dan melakukan pemeriksaan menyeluruh.

Dan seperti dijangka, akhirnya, jam 4 petang, polis mengistiharkan tiada sebarang objek atau bahan yang didakwa sebagai bom, ditemui di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan akan dilakukan bagi mengesan pemanggail terbabit dan motif perbuatannya itu.

Hari ini, 2 kes palsu berlaku – yang menyusahkan banyak pihak…

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2011.01.29 05:49, Jobs View menulis:

    Benda macam ni menyusahkan orang betul la..

    Jobs View recently posted..Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

    • Pada 2011.01.29 19:39, Abang Zul menulis:

      Saya berpendapat, ada sesuatu yang dirancangkan oleh sipemanggil tu.

      Mungkin dia nak m*r*mp*k bank tu.. jadi dia buat panggilan tu dengan harapan semua orang akan tergesa-gesa lari keluar dari bank. Senanglah kerjanya.

      Tapi dia tak terfikir pula, bukan pekerja bank tu yang lari keluar…sebaliknya POLIS yang sampai.. RAMAI pulak tu..

      Boleh pakai ke spekulasi saya ni? :)
      Abang Zul recently posted..KENAPA YOU LANGGAR SAYA !

      • Pada 2011.01.30 18:59, SBC Admin menulis:

        Siapalah yang punya kerja ni.
        Mungkin orang yang menelefon tu rasa seronok kot?
        SBC Admin recently posted..Link exchange badge

        • Pada 2011.02.01 18:10, Rozeman menulis:

          Secara kebetulan bang, saya berada di tempat kejadian.. malahan di dalam bank Maybank tersebut.. Waktu tu saya nak cashkan cek, lagi 3 jer lagi nombor saya nak kena panggil. Tetiba ada pengumuman kata sistem online. Biasanya kalau sistem online sekalipun, kita dibenarkan menunggu. Tapi ni kami semua disuruh keluar dan Jaga disuruh kuncikan pintu. Wahh.. dalam kepala saya dah lain macam dah. Sampai di pejabat, barulah dapat tahu ada ancaman bom.. huhuhuh
          Rozeman recently posted..Majalah Jelita – Februari 2011

          You must be logged in to post a comment.