Pecah Kereta-Tiket Bernilai Hampir RM20,000 Dilarikan
Kg Batu Muda
Jalan Ipoh, Sentul
Kuala Lumpur
28 Nov 2009
Kejadian pecah kereta yang dipaparkan ini agak pelik.
Apakah penjenayah tahu apa yang diambilnya, atau adakah penjenayah mengambil apa sahaja yang sempat…
Kejadian ini disedari kira-kira jam 6-30 pagi tadi oleh pemilik kereta yang meletakkan kereta di hadapan rumahnya.
Semuanya ada 4 kereta diletakkan di sini, dan dua darinya menjadi mangsa penyamun.
Kereta Livina ini milik seorang pembekal produk kesihatan.
Kereta ini dipecahkan di bahagian cermin penumpang hadapan dan cermin sisi bahagian belakang.
Apa yang hilang antaranya ialah sebuah kamera video.
Namun, yang peliknya apabila sejumlah 391 keping tiket untuk menghadiri satu seminar/presentation produk kesihatan itu yang akan diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya esok, dilarikan.
Tiket-tiket yang mengandngi 3 jenis harga itu, bernilai keseluruhannya RM18,910.
Dan, di bahagian belakang kereta pula, terdapat stok produk terbabit bernilai kira-kira RM100,000 tidak dapat dilarikan.
Berdasarkan kesan pecah cermin belakang, penjenayah dipercayai cuba mengambil barangan itu tetapi gagal untuk membawanya keluar.
Manakala sebuah Viva yang diletakkan sebelahnya, turut dipecahkan cermin sisinya, dan sejumlah wang syiling pula dilarikan.
Apakah penjenayah tahu, apakah yang dilarikannya, atau mungkin penjenayah mengambil apa sahaja yang sempat, tidaklah diketahui.
Tiket-tiket itu tidak akan dapat ditukar kepada bentuk tunai sekiranya tiada yang membelinya.
Atau penjenayah ada motif lain?
Apa yang dapat disimpulkan di sini, kejadian jenayah boleh berlaku di mana dan dalam keadaan apa sahaja.
Walaupun rumah ini terletak berhampiran jalan besar, namun kejayah tetap berlaku.
Dan lebih menimbulkan tanda-tanya, apakah sebenarnya motif dibina sebuah Pusat Rukun Tetangga yang begitu cantik dan mahal harganya, betul-betul di hadapan rumah mangsa, tetapi hanya menjadi projek gajah putih.
Ikuti tinjauan saya di Pusat Rukun Tetangga milik Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional itu…Post Lain Yang Berkaitan
13 Comments
You must be logged in to post a comment.
















tiket ape??? formula 1?
HMM..I HOPE U TELL US MORE DETAILS..
kenapa? kereta baru pun takde alarm pengesan gegaran?, kereta proton saga buruk aku pun ade, ini pun kerajaan kata 15 tahun kena p puspakom, kereta aku lagi canggih
agaknyer pencuri tu pun tak sangka kat dlm kete tu ada bnyk tiket…die buta huruf kot..ingtkan tiket tgk bola..mesti pencuri tu frust giler..apepun pencuri skrg mmg ganas!!
haaaa..baru details,tenkiu
moral of the story.memang tak boleh tinggalkan barangan berharga dalam kereta.zaman sekarang ni macam macam.pencurik pun dah pandai.biasa tengok CSI
entry ni mcm tak kene
Kata2 akhir jelas menunjukkan itulah 'motif' sebenar anda mengepos entry ini. mcm org yang kata awaklah perempuan yang terbaik dan lawa tapi saya rasa awak ada yang terbaik dari saya.. lolz.. tapi disebabkan saya post comment macam ni, anda akan terus mendeny apa yang saya kata nanti dan mengatakan
"ini hak saya blog saya sukati saya la nak post ape. awak tak suke jgn layari blog saya. lolz"
kata2 'motif' dibina rukun tetangga dan juga cantik dan mahal jadi gajah putih mcm tak kene..
gajah putih tu biasanya pada bangunan yang tak beri manfaat dibuat dengan mahal mcm tempat rekriasi yg besar tapi tak da pengunjung.. rukun tetangga punya rumah mcm balai raya, takkan la 24 jam ada saja aktiviti macm balai polis. lagipun ianya mempunyai matlamat tersendiri. saya tak sabar nak lihat apa yang anda postkan tentang rukun tetangga ini.. igt, ahli2nya adalah org2 kampung/kawasan tu juga, mereka adalah org yang tak dibayar gaji mereka kerja secara suka rela.
lolz lolz si anon tu… mcm budak budak ingusan. baru nk baligh.. hahaha…
kejadian pecah krete ni biasanya dilakukan oleh budak budak skolah golongan genster, mat pit, mat pot dan org yg dengki mendengki.. dari sini, saya dpt membuat andaian ia dilakukan oleh budak budak gengster ataupun mat pit.. keadaan balai rukun tetangga yg kosong jelas menunjukkan tmpat diorang port.. petang2 main pingpong.. kerja sambilan pecah krete org.. bukan nak menuduh.. tp ini hanya andaian..
sy x terkejut jika kejadian ni berlaku di kawasan sentul. bkn tujuan sy utk mengatakan org2 dikawasan sentul jahat, tp kebanyakan kaki2 pecah kereta ni tinggal dikawasan sentul, gombak dan sekitarnya. kepada kaki2 kereta tentu anda semua tahu. kebanyakan mereka ni terdiri drpd mat2 motor berdasarkan modus operandi mereka iaitu memecahkan tingkap penumpang hadapan. semuanya kerana ingin hidup mewah. mencari rezeki dari sumber tersebut. sehinggakan ada dikalangan mereka ni mmg hidup mewah.mampu memandu kereta2 sport, evo6, evo7 dgn aksesori kereta yg mahal2 yg x termampu untuk org yg bergaji 3-4ribu nk pakai. persoalannya, mengapa mereka sanggup melakukan kerja mcm ni? spt yg sy katakan td, kerana ingin hidup mewah dan mungkin kerana kos sara hidup yg makin meningkat menyebabkan mereka mengambil jln mudah. mmg susah hendak membanteras gejala ini. kewujudan mat2 motor spt cendawan hidup. semakin hari semakin ramai biarpun pihak PDRM berjaya menangkap mereka. Hari ni PDRM tangkap 50 mat motor, esok timbul 100 mat motor.
mmg xde guna alarm2 kereta yg canggih. mereka xkan lari biarpun alarm berbunyi. kecuali ada org kejar. tp kalau setakat seorg yg kejar, baik xpayh kejar, silap2 nyawa anda yg melayang.
tadi baru je tesempak dgn geng mat pecah.. kekadang dorang ni begerak solo ataupun bekumpulan x lebih dr 2 org.. cara begerak.. naik moto (maka tercalarla imej mat motor kapcai.. terkecuali mat moto besau)
muka dorang plak kalau nk kenal, rambut mesti gaye punk ataupun ada ekor kat blakang.. gaya mat rempit la.. pakaian, kadang2 selekeh.. kadang2 mcm budak skolah.. bwk beg galas jenis kain atau sarung bantal pun jadi…
dkt area umah i nih…subhanallah…
i pun da risau gak nih sbb kete i pun pnuh dgn produk n risalah produk makanan kesihatan
memang benar, brg2 berharga jika kita par di kawasan rumah hatta di dalam kawasan pagar rumah pun, belum tentu selamat. tak pelah kita susah payah angkut brg masuk rumah, asalkan kita tdk susah di kemudian hari.
memang benar, brg2 berharga jika kita par di kawasan rumah hatta di dalam kawasan pagar rumah pun, belum tentu selamat. tak pelah kita susah payah angkut brg masuk rumah, asalkan kita tdk susah di kemudian hari.