Pemandu Lori Dikelar – Lori dan Muatan Dilarikan
Km 29.5
Lebuhraya Karak
arah Gombak
Gombak, Selangor
6 Mac 2011
12.30 tengahmalam
Kisah pemandu lori sebenarnya banyak, namun tidak banyak yang kita ketahui.
Sebenarnya mereka selalunya berdepan dengan risiko yang amat besar lebih-lebih lagi jika barangan yang mereka bawa, adalah barangan yang bernilai tinggi.
Kepada pemandu lori model lama terutamanya, ada yang hanya mempunyai penutup /pintu kayu pada pintu, sekaligus mendedahkan mereka kepada pelbagai perlakuan jenayah oleh pihak lain .
Dalam kes ini, amat malang bagi Lee Kuan Hee, 47 tahun.
Mangsa sebelumnya memandu sebuah lori membabwa muatan batang besi, dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Kira-kira jam 12.30 tengahmalam, Lee memberhentikan lorinya di tepi Lebuhraya Karak di kilometer 29.5.
Tidak lama kemudian, 2 lelaki bertopeng (bangsa tidak diketahui) menyerbu lorinya dan dipercayai berlaku pergelutan dan akhirnya, Lee dipercayai dikelar dengan senjata tajam di bahagian perutnya.
Lee kemudian dicampak ke tepi lebuhraya dan lorinya yang membawa muatan bernilai kira-kira RM200,000 dilarikan.
Pemandu kenderaan yang kebetulan melalui jalan ini, ternampak Lee terbaring dalam kesakitan lalu cuba memberikan bantuan.
Ambulan dari Hospital Selayang tiba tidak lama kemudian.
Lee kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.
Untuk pengalaman sebagai pemandu lori/kenderaan awam, rakan kita, Zul blog Sejenak Diperjalananku
Post Lain Yang Berkaitan
17 Comments
You must be logged in to post a comment.




semoga sembuh la, bahaya betul main rompak2 lori ni. Kalau tengok darah atas jalan tu macam dah takde harapan je.
YG DOK JADI MANGSA LORI 8 TAN KEBAWAH YG SERING JADI MANGSA..
PEROMPAK X KAN BERANI ROMPAK TANKKER..KONTENA DAN TRAILER 40 KAKI..
KALU ADER POWN X BERJAYA SBB LOM ROMPAK LAGI KEPALA PEROMPAK MELETUP MCM BELON PANAS DISEBABKAN KEPALA PEROMPAK DOK BAWAH TAYAR..
DALAM HAL INI..SAYA TERLEBIH DAHULU MEMINTA MAAF KEPADA WARGA NEGARA MALAYSIA YG BUKAN BERBANGSA MELAYU..DALAM KES INI..SAYA BUKAN BERNIAT NAK JADIKAN ISU INI 1 PERKAUMAN..IBARATKAN KELUAR MULUT BUAYA..MASUK MULUT HARIMau..BANYAK KES SEPERTI INI DIJALANKAN OLEH ORG TEMPATAN..BUKAN DILAKUKAN OLEH MELAYU..SAYA X MAU PANJANG LEBAR ..SAYA HARAP PEMBACA TAHU SIAPA YG LAKUKANNYA..
ngeri…..harap2 pihak penguasa dpt menangkap penjenayah terbabit…..
Firza recently posted..A night in Kuantan
x terbayang kesakitan yg dialami
apa nak jadi dengan dunia sekarang ni…tgk gamba je mcm dah boleh rasa kesakitan dia.
memang tak berhati perut.. sanggup mencederakan orang lain hanya kerana hendak mencuri..
dasar pemalas..
Hasmizal recently posted..KODAK X-OMAT 2000
Sedihnya…
Saya selalu risaukan perkara seperti ini. Sangat-sangat risau. Syukurlah saya belum pernah melalui saat getir seperti ini. Hampir-hampir disamun, pernah sekali. Nauzubillah !!
Barangan yang dibawa bukan milik kami. Ada insurans yang melindunginya.
Kalau hendak disamun pun, kenapa harus mencederakan kami?
Ada orang akan berkata, kenapa melawan.
Sebenarnya, kalau tidak melawan pun, kami akan tetap dicederakan. Paling tidak pun ditumbuk dan ditendang sehingga lebam-lebam.
Ini berdasarkan pengalaman beberapa rakan yang pernah disamun sewaktu memandu lori mereka.(seorang darinya hilang ibu jari kanannya kerana ditetak dengan parang)
Kata mereka, kalau kita melawan, pasti akan dipukul atau dicederakan selalunya dengan pisau, parang ataupun pemutar skru.
Kalau kita buat selamba, penyamun itu akan ingat kita berani. Lebih teruk kita dikerjakan.
Semua jadi serba salah. Melawan pun kena, tidak melawan pun tetap kena.
Semoga Lee cepat sembuh. Takziah untuk keluarga Lee.
p/s Terima Kasih lagi sekali untuk penghargaan kepada blog kecik saya,Abg Sham.
Abang Zul recently posted..Apa bezanya YOU shift DENGAN I -Shift
kesiannya. orang zaman sekarang memang ramai yang pemalas dan tak berhati perut. kerja tak mahu, taunya nak duit dengan senang aje.
tapi sebenarnya berhenti di tepi highway memang bahaya juga, tak kiralah apa kenderaan sekalipun. ia memberi peluang kejadian jenayah berlaku.
nak bawa senjata dalam kereta tak boleh pulak kan. kalau boleh, bawa aje batang besi atau kayu besbol letak kat tepi seat. agak pelik aje siatusi, libas ngan batang besi. kihkihkih
azrina nur rusly recently posted..Gulai Labu Ikan Kering – Versi Tidak Diedit
Saya tak galakkan membawa senjata seperti kayu,rotan atau besi pengunci stereng yang berupa seperti kayu pemukul besbol tu terutamanya kepada pemandu wanita.
Silap gaya, benda tu makan tuan. Lainlah kalau anda memang terlatih untuk mengendalikannya sebagai senjata.
Pepper spray, zapper atau paling tidak sebotol kecil air mineral yang diisi air serbuk lada / air garam yang ditebuk tudungnya lebih efektif.
Bila keadaan memerlukan, picit sahaja botol itu, halakan ke muka penjenayah. Segagah mana pun orang itu, kalau matanya sudah tidak boleh melihat, peluang untuk kita melarikan diri lebih cerah.
Pandangan peribadi saya.
Abang Zul recently posted..ANGKAT DARI TEPI
betullah.. dl kenderaan x boleh bawak barangan membahaya.. sy penah kene tahan polis kat roadblock sebab dlm kereta ada baseball stick… pegi balai wooooo….. padahal sy baru je balik main baseball…
akuhann recently posted..dah tunang ke belum nih LOL
abah saya dalam kete standby cota. dulu dia keje pengawal keselamatan. pastu jadik RELA jugak. hehe
azrina nur rusly recently posted..Gulai Labu Ikan Kering – Versi Tidak Diedit
jenayah berlaku bila ada ruang dan peluang..memberhentikan kenderaan atas aper sebab pun di tepi jalan mengundang peluang kepada penjenayah lebih lebih lagi di waktu malam…
Salam Isnin.
Salam Hormat Buat Tuan Empunya Blog Yang BudiMan. Salam Sejahtera Buat Semua PemBaca Web Ondscene Dan Para PemBeri Komentar Yang BerManfaat.
To Abg Hisham:
Ini Bisa Jadi Komentar Sulung hamba Di Laman Abg Hisham, Yahuuu.
To PemBeri Komentar@7:
Rasa hamba Tak Salah Kalau Kita Sten-Bai Kan Tools Yang Bisa Juga DiAplikasikan SeBagai Objek PerTahanan Diri, Seperti Kayu Besbol, Kayu Cota, Batang Kayu/Besi BaseBall Dan Yang SeUmpamanya. Bahkan Memang Sangat DiGalakkan Dan DiSarankan Oleh Pihak Pasukan KeSelamatan Seperti PDRM DLL. ASALKAN TOOLS ITU DARI JENIS TUMPUL, BUKAN DARI JENIS TAJAM Seperti PISAU, PARANG, PEDANG DLL. Ramai Juga Dari Kalangan Para Supir Teksi Dari Kenalan hamba Yang Sten-Bai Kan Tools Yang SeUmpama Itu, Ada Yang Letak Di Bawah Seat Driver, Di Bahagian Bawah Sisi Kanan Pemandu DLL. BerKenaan Senjata Api, Seperti Pistol, Senapang DLL hamba Tidak Tahu, Sebab Ramai Juga Para Pemandu Kenderaan Dagangan Dan Awam Ini Yang Merupakan Bekas2 Dari Unit/Pasukan Keselamatan Seperti Polis, Tentera, Pengawal Peribadi, DLL Yang Mana Ada Kemungkinan Di Antara Mereka Yang Ada Memiliki Lesen Senjata Api.
To Abang Zul, PemBeri Komentar@6:
Benar Sungguh Ya Abg Zul. KerJaya Seperti Kita Ini (Pemandu Kenderaan Dagangan Dan Pemandu Kenderaan Awam) Memang Sangat Berisiko Tinggi, Dan Terdedah Wide-Open TerHadap PelBagai KeJadian-KeJadian Malang Yang Tidak DiDuga Sama Sekali. Ada Orang Kata, Kalau Nak Kerja Sebagai Pemandu Kenderaan Dagangan Dan Awam Ni, At Least Kurang2 Mesti Nak Kena Ada ‘PenDinding’. Barulah Kita Kerja Pun Fikiran Tenang + Jiwa Senang, Dan Tiada Rasa Risau Dan Runsing. Yang hamba Maksudkan ‘PenDinding’ Di Sini Ialah ‘Insurans’, Tapi Bukan Dari Jenis Normal/Standard Pakej, Seperti Pakej Bronze, Silver, Gold Dan Platinum Seperti Mana Yang DiTawarkan Oleh Ejen2 Insurans, Tapi Dari Jenis Pakej ‘AbNormal’, Contoh Seperti Pakej ‘TiTanium’ Ka, Atau ‘Adamantium’ Ka, HeHeHe. Barulah Dengan Selambanya+Mudahnya Kita Boleh Face To Face Dan Up Turns On Against Them (Para PenJenayah Jahanam Tuh!). Selama Ni Depa (Para PenJenayah Jahanam Tuh!) Dok Fight Yang Jenis ‘Normal’ Saja, Yang Jenis ‘AbNormal’, ‘Strange’, ‘Weird’ Dan ‘Freak’ Depa Belum Pernah Try Dan Kena Lagi….!!!
Walloohualam…
Salam Zahir+Batin.
Salam Hormat juga untuk saudara Amin (kalau salah sebutannya,maafkan saya);
Terima Kasih atas komentar anda serta ulasan berdasarkan pengalaman hidup ini.
Cuma satu pembetulan, Nama Tuan Empunya Blog ini, bukannya Hisham.
Nama beliau adalah Shamsul (saya dan kebanyakan pembaca setia blog ini memanggil beliau dengan panggilan hormat, Abang Sham).
Nama penuhnya, kena tanya beliau sendiri. Walaupun saya tahu, namun rasanya barang tentu lebih molek Empunya diri yang mengkhabarkannya.
Jika saudara rajin membelek artikel-artikel terdahulu di blog ini, pasti saudara akan bertemu dengan catatan-catatan mengenai diri Tuan Empunya Blog ini.
Terima Kasih.
Abang Zul recently posted..TRANSFORMERS
baca dalam paper tadi…..mangsa koma di hospital selayang…..semoga mangsa akan sembuh dan penjenayah itu akan cepat diberkas……
kesiannya mangsa… tak psal2 dh la brg di curi, kena kelar pastu kena cmpak lak kat highway… kejamnya 2 org perompak tu… hopefully diorg akan kena berkas cepat2…