Pemandu Teksi Disamun,Disumbat Ke Dalam Bonet -Maut Terjun Menyelamatkan Diri
Jalan Kinabalu
Kuala Lumpur
13 Dis 2009
8 malam
Saya menerima maklumat mengenai kes ini kira-kira jam 7-50 malam.
Bagi saya, setiap kes yang diberi maklumat, ada nilai beritanya, walaupun kadang-kadang jika dilihat pada mata kasar, mungkin ia hanya kes kemalangan biasa.
“Kemalangan maut, Jalan Kinabalu dekat Bank Negara”
Itu sahaja maklumat yang saya perolehi.
Kira-kira 20 minit, saya tiba di lokasi kerana laluan sesak.
Sebuah ambulan baru sahaja meninggalkan lokasi kejadian.
Tapi, mana kenderaan mangsa, samada motosikal atau keretanya.
Pejalan kaki mustahil melintas di atas flyover ini dan dirempuh kenderaan yang lalu.
Lokasinya di flyover bersebelahan bangunan Bank Negara, arah pusat bandaraya.
Satelah sempat mengambil visual/foto, saya kemudian dimaklumkan oleh anggota trafik bertugas - bahawa ini bukan kemalangan biasa – dipercayai ada unsur jenayah.
Saya kemudian sempat berbual dengan seorang saksi utama kes ini yang menurutnya, mangsa terjun dari bonet sebuah teksi, betul-betul di hadapannya.
Ketika itu, laluan masih belum sesak secara kroniknya, kerana kejadian baru berlaku.
Hanya saya satu-satunya wartawan yang tiba di lokasi kejadian ketika itu.
Menurut saksi tersebut, ketika melalui jalan ini berhampiran Bangunan KTM, seorang penunggang motosikal sempat memberitahunya sesuatu berlaku di hadapan mereka.
Mereka ternampak tangan terkeluar dari bonet sebuah teksi, dan seolah-olah cuba keluar.
Polis segera dimaklumkan mengenainya.
Bagaimanapun, beberapa saat kemudian, bonet teksi yang sedang bergerak itu terbuka dan ternampak seorang lelaki cuba memberi isyarat meminta bantuan menelefon polis.
Dan sebaik melalui flyover berhampiran Bank Negara, lelaki terbabit tiba-tiba terjun dan terhempas di atas jalan.
Saksi yang mengekori dengan motosikal dari belakang segera berhenti dan berjaya mengelakkan kenderaan lain dari menggilis mangsa.
Dan dua buah motosikal yang mengekori teksi itu, cuba mengejar, bagaimanapun gagal apabila teksi itu memecut laju, dan dipercayai tiba-tiba memasuki susur ke arah Jalan Raja Laut.
Mangsa yang cedera parah di kepala, cuba diberi rawatan dan apabila ambulan tiba, lelaki tersebut gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia..
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mangsa dipercayai pemilik teksi terbabit dan dipercayai telah disamun sebelumnya dan kemudian disumbatkan ke dalam bonet teksinya sendiri oleh penjenayah.
Dia kemudian dilarikan sehingga akhirnya mangsa berjaya membuka bonet teksinya dan terjun untuk cuba menyelamatkan diri.
Teksi Proton Saga bernombor pendaftaran HWB 3577 ini kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di hadapan bangunan Kolej Metropolitan Kuala Lumpur berhampiran bangunan Sime darby di Jalan Raja Laut – kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Pada pintu teksi ini, tertulis nama Meriam bt Mahmud/Roszemi Kamarudin.
Post Lain Yang Berkaitan
16 Comments
You must be logged in to post a comment.



untuk pengetahuan semua, arwah adalah jiran saya……anak masih kecil, umur 7 dan 6 tahun.
takziah kepada keluarga mangsa . Penjenayah macam ni patut kena gantung je . nak rompak amik duit jela ni sampai mengakibatkan kematian pulak .. Mangsa siap ada tanggungan lagi nih .
ni kategori kemalangan dari unsur jenayah.. klau dpt tangkap suspek pun, disabit kesalahan mencuri dan menyebabkan kemalangan.. tp bukan membunuh.. kne penjare sebat je.. adakah ia adil!?
hukuman lebih berat patut dikenakan pd pencuri.. POTONG TANGAN!!!!! TAKBIR!!!!
sekarang ni org nak cari rezeki halal pun tak senang.. babi punya penyamun..
Setuju hukuman potong tangan kat pencuri..
Potong.. potong potong pootooong.. potong saje laaa…. POTONG!! POTONG!! POTONG!!
Senangnyer nak bunuh org zaman sekarang…penjenayah tu takde perasaan ke??????:(
AKU SUMPAH PENJENYAH NI MAMPOS KENA GILIS LORI BALAK KALO X BWERTOBAT
tapi secara logiknye mangsa sdh d pukul dahulu sehingga pengsan, mana boleh dalam keaadaan segar senang2 masuk bonet…ni mesti mangsa nak di buang mana2 ni..ni dah jadi kes bunuh…
kemungkinan yg lain.. ada kaitan dgn along..
ikut logik pun ia bukan kes bunuh.. tetapi kemalangan, sbb ada saksi.. cuma ia unsur dari jenayah.. seperti contoh, kes peragut yg menyebabkan kematian suri rumah dahulu… bile libatkan undang², pesalah hanya dikenakan penjara dan sebatan.. negara kita masih belum adil dlm melaksanakan undang².. ni suma kesan bila endahkan hukum Allah..
Peragut Jamilah Selamat dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
BATU PAHAT 14 Dis. – Kematian ibu muda, Jamilah Selamat yang terjatuh dari motosikal akibat diragut di Ayer Hitam, Mei lalu, terbela hari ini selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali ke atas peragutnya.
Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz memerintahkan Mohd. Ariffin Anang, 26, dihukum penjara 15 tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian manakala bagi tuduhan mencederakan mangsa semasa dirompak, penganggur itu dihukum penjara 10 tahun serta sebatan 10 kali.
Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak dan berkuat kuasa mulai tarikh tangkap pada 6 Mei lalu.
Mohd. Haldar menjatuhkan hukuman itu setelah Mohd. Ariffin menukar pengakuan kepada bersalah pada hari ini iaitu selepas 16 saksi dipanggil memberi keterangan.
Dia sebelum ini dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian ibu kepada dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu di hadapan sebuah rumah di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam di sini kira-kira pukul 7.15 malam, 3 Mei lalu.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Dia juga didakwa mencederakan mangsa ketika merompak barang-barang berharga berupa sebuah beg tangan, sebuah beg warna hitam, sebuah telefon bimbit, sehelai telekung, MyKad, tiga kad bank dan sebuah kad keahlian pasar raya kepunyaan mangsa pada masa serta tempat yang sama.
Bagi kesalahan tersebut, Mohd. Ariffin yang diwakili peguam Ng Lam Hua didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Jamilah, 31, yang merupakan seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam koma selama dua hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat demi kepentingan awam memandangkan jenayah ragut semakin berleluasa.
''Tambahan pula di dalam kes ini mangsa meninggal dunia akibat jatuh diragut oleh tertuduh dan ini meninggalkan trauma kepada anak-anak mangsa,'' tegasnya.
Menurutnya, kematian mangsa yang ketika itu hamil dua bulan menyebabkan bayi dalam kandungannya tidak sempat melihat dunia manakala suami mangsa kehilangan isteri yang baru dikahwini beberapa bulan sebelum kejadian.
Lam Hua pula dalam hujahnya menyatakan, anak guamnya telah insaf apatah lagi dia turut dihukum penjara lima tahun atas satu lagi kesalahan ragut.
–arkib utusan malaysia (15-dec-09)–
daripada berita atas ni, macamane peragut yg dah menyebabkan org mati boleh dpt peguam bela??? ape jenis perundangan kat malaysia ni? hak asasi konon.. nak ikut sgt amerika ke?? negara yg paling byk jenayah, penyamun, dan polis ramai mati.. jgn sampai org awam kat malaysia ni semua pegang pistol sndiri..
assalamualaikum,
saya terpanggil untuk beri sedikit komen mengenai ulasan di atas.
mengenai isu bagaimana peragut boleh mendapat peguam bela, suka saya terangkan kepada encik-encik semua bahawa prosedur perundangan mewajibkan semua orang mendapat hak pembelaan yang sama.jadi, apabila seseorang itu dituduh, misalnya di bawah seksdyen 302 kanun keseksaan, sekiranya tertuduh tidak mampu, mahkamah akan menugaskan seorang peguam bela untuk membela tertuduh atas nama kesamarataan dan hak di sisi undang-undang.jadi, bukanlah menjadi isu sama ada tertuduh mampu atau tidak kerana kesemua kos guaman tertuduh akan ditanggung oleh mahkamah.
saya rasa kerelevanannya di sini adalah bagi tertuduh membela diri dan membuktikan bahawa tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut.jangan kita cepat menghakimi akan sesuatu. saya rasa, dah banyak terjadi tangkapan yang di buat melibatkan orang yang salah.kita diselubungi emosi apabila sesuatu perkara terjadi, tetapi kalau perkara tersebut menimpa ahli keluarga kita, bermati-matian pulak kita menafikannya kan??bayangkan adik kita yang kita secara tiba-tiba ditangkap dan dituduh membunuh.sudah pasti kita pula akan marah kalau adik kita dihukum tanpa mendapat peluang membela diri sewajarnya kan??
mengenai undang-undang yang tidak adil, saya dapati bahawa adalah trend pada masa sekarang untuk orang ramai bercakap mengenai undang-undang walaupun bukan merupakan lulusan undang-undang dari mana-mana institusi.
adakah undang-undang kita menidakkan sepenuhnya undang-undang tuhan??apekah saudara pernah mendengar dan mempelajari hukum qisas??sebagai seorang muslim, saya kira kita tetap sedar dengan balasan yang dijanjikan Yang Maha Esa atas semua kesilapan yang kita buat.jadi, tidak pernah timbul persoalan hukuman yang dijatuhkan akan menghapuskan balasan yang akan diterima bukan??
nak potong tangan dan kepala sekali boleh?
Hidayah:kejam sangatlah pulak…letak atas kerusi letrik je..pakat ramai2 tengok…hehehe
saya sokong.. hukuman potong tangan kat penyamun/pencuri/peragut… kali petama, ptong tgn kiri.. buat lg kali ke2, potong tgn kanan.. so, takleh nk menyamun lg dah.. dpt zuriat, anak2 pun dpt pengajaran yg mencuri tu salah bile tgk tangan bapak kudung.. ni slagi x potong, slagi tu la lagi ramai keturunan penyamun lahir…
penyamun atau peragut ni, tgk pd rekod diorang, kebanyakan pernah ditahan dan dihukum.. dah lepas, buat lg keje same sbb tu je yg mampu terpikr dlm kepalehotak benak dorang utk cari makan…
setujula potong tangan utk kurangkan jenayah dan membenteras lahir lg ramai peragut, penyamun.. kena hantar isu ni ke parlimen.. ramai ramai kita sain buat memorendum hanto kat agong.. jom demo.. hehhee
emm budak tadika pun tau ckp hukuman 2 tak adil langsung. cuba lau ank branak sndiri y kena baru tau betapa xadilnya hukuman. nauzubillah. Allah da bg undang2 pn bknnya nk ikt. Allah y mcipta alam mestila tau pe y terbaik utk hambanya. nk jgk nk buat sndiri punya. xphm btol la.
prnh sy tgk conversation askar2 omputih diorg takut 1 ngara islam tu (xigt da ngra pe) sb undang2 y dgunakan ialah undang2 islam. so diorg xleh la nk bpoya2 sgt. nk ckpnya, ikt undang2 Allah, insya-Allah ngara tsebut akn dlindungi Allah.. lau pe y sy ckp slh sila betulkan