Penemuan Mayat Telah Berulat Dalam Beg
Jalan Pandan Indah 10
Pandan Indah, Ampang,
Selangor
27 Januari 2012
Kes ini berlaku semalam, 27 Januari 2012.
Bagi penduduk sekitar jalan ini, Honda CRV ini telah berada di sini sejak kira-kira seminggu lalu.
Tiada siapa mengesyaki apa-apa, sehinggalah sejak kelmarin, bau semakin kuat datangnya dari kereta ini, malah kelihatan ulat merayap di dalamnya termasuk di cermin kenderaan ini.
Sebuah beg kelihatan di dalamnya, dan akhirnya penduduk mengambil keputusan untuk melaporkan kepada polis.
Apabila polis tiba, pintu kenderaan dibuka, dan terdapat sebuah beg di tempat duduk belakang yang apabila dibuka, ditemui satu objek dipercayai manusia.
Beg kemudian dibawa ke Pusat Perubatan UKM, dan benarlah, ditemui mayat seorang lelaki di dalamnya, dalam keadaan telah berulat dan mula mereput.
Hasil bedah siasat menadapati, mangsa , seorang lelaki, dipercayai lemas akibat mulut disumbat.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP AMiruddin Jamaluddin, mangsa dipercayai berbangsa Cina berusia lingkungan 20-han dan tiada kesan kecederaan luaran ditemui.
Jadi, kalau anda ada menghadapi situasi sebegini, seperti kenderaan mencurigakan di hadapan rumah yang ditinggalkan beberapa hari, segera buat laporan polis.
Mungkin di dalamnya ada…
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



halamak.. dekat dah ngan rumah saya nih… huhuhuhuh
Rozeman Bin Hassan recently posted..Suspek dikenal pasti…
Kesudahan dia baik siket dari mereka yang dibuang di hutan atau di semak.
Assalamualaikum,
Sangat banyak hal-hal pelik yang perlu kita ambil berat di sekeliling.
Anyss recently posted..Azan Berkumandang dalam Gereja