Penemuan Misteri Rangka Manusia

KM 4.28
Jalan Ampang-Hulu Langat
Ampng, Selangor
19 Dis 2011
12 tgri
 

Laluan yang selalu menjadi igauan terutama kepada pengguna jalanraya di waktu malam, hari ini menjadi tumpuan.

Seorang pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan di lereng cerun ketika kerja-kerja baikpulih, terkejut menemui sesuatu yang tidak diduga.

Kawasan ini telah 2 minggu dilakukan kerja-kerja membaikpulih cerun oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya JKR Selangor

Tengkorak manusia , serpihan tulang serta bahagian kaki yang diikat dengan kain ditemui kira-kira jam 11 pagi.

Kedudukannya kira-kira 100 meter ke bawah.

Laporan segera dibuat kepada polis yang tiba tidak lama kemudian.

Tengkorak dan serpihan tulang ini dipercayai mangsa pembunuhan.

Dan berdasarkan keadaaannya ,dianggarkan telah lebih 3 bulan mangsa dibunuh.

Polis sehingga ini masih belum mengenalpasti identiti mangsa dan motif kejadian.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

You must be logged in to post a comment.