Pengasas Produk Kosmetik , Datuk Sosilawati Dilaporkan Hilang

Kuala Lumpur

5 Sept, 2010

Pengasas syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Care Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya
dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Laporan dibuat keluarganya setelah Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting atas urusan perniagaan, bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam. 

Bekas isteri penyanyi kumpulan rock Lefhanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu dan peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.

Sejak itu, mereka gagal dihubungi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammed Sabtu Osman mengesahkan laporan terbabit.

Seorang anak Sosilawati membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi Khamis lalu.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes  sebagai orang hilang kerana setakat ini tiada mana-mana pihak menghubungi
keluarga mangsa meminta wang tebusan.

Mereka dikatakan menaiki dua kereta termasuk sebuah Mercedes Benz milik Sosilawati.

Usaha menjejaki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Polis  juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

Menurut Mohammed Sabtu, polis amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Sosilawati mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) mempunyai enam anak melalui perkahwinan pertamanya.

Berkahwin dengan Nash pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

Setelah bercerai , dia sekali lagi berkahwin namun identiti suami terbarunya dirahsiakan sehingga kini dan pasangan terbabit pernah menimbulkan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat gara-gara bernikah di negara jiran.

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2010.09.05 21:44, Dila.13 menulis:

    wah.. saya baru je terdengar pasal ni. terkejut jugak tapi tak sangka mereka hilang sejak 30 Ogos sampai sekarang tak dapat hubungi.. harap2 dapat jumpa semula sebab keluarga masing-masing pasti nak tahu apa yang berlaku.
    Dila.13 recently posted..Hasilkan Salesletter Dengan Pakej Software Newbie

    • Pada 2010.09.11 20:17, alan menulis:

      kalau tak jumpa sekarang,alam lain sedang mananti.apa ada hal… semua bakal mati.bumi juga bakal hancur.
      alan recently posted..Yonghwa

    • Pada 2010.09.06 00:40, zezebel menulis:

      Harap-harap tidak ada kejadian buruk berlaku.
      zezebel recently posted..Ramadhan this year 2010

      • Pada 2010.09.06 09:29, PaksiKejahatan menulis:

        hilang bersama dengan wang 4juta… hurmm.. susah nak rungkaikan ..tapi orang kaya kan..apa2 boleh berlaku.. in fact.. banyak kes orang kaya ‘menghilang’ kan diri untuk dapatkan sesuatu…
        PaksiKejahatan recently posted..Indonesia Maling Segala Maling!!! – Bukan Entry Benci!!!

        • Pada 2010.09.06 16:36, Melayu Ganas menulis:

          Sedih aku dengar nasib bangsa Melayu ni….Macam macam problem. Bangsa lain tak ada masalah yang pelik2 pun…steady je diorang.

          Dah kaya ada banyak problem pulak, akhirnya jadi susah. Ada yang pandai, berjawatan tinggi ada masalah akhlak/maksiat pulak.

          Ada yang cantik body bergetah, jadi bohsia/jalang pulak! Rugi…

          Ada yang kacak bergaya, jadi buaya darat/kaki rogol pulak!

          Ada yang sihat, hentam nya hisap dadah, suntik heroin…sayang.

          • Pada 2010.09.07 18:48, mediamalaya menulis:

            itu hanya yang encik nampak di depan mata encik sahaja. orang2 Melayu disekitar saya semuanya berjaya :)
            mediamalaya recently posted..Kad &amp Video Hari Raya Lis Surihani

            • Pada 2010.09.08 03:21, national menulis:

              apa yg i nampak hanya sekadar jual ramly burger atau nasi lemak. byk lagi berjaya tu pakai mulut tanya tangan ambil.

              • Pada 2010.09.11 20:11, alan menulis:

                kira betul2.tengok peratusannya.jgn ikut pandang kasar aje.
                alan recently posted..Yonghwa

            • Pada 2010.09.06 21:40, DarkSky menulis:

              harap2 takde ape2 la kan, nak raye ni, sian kat anak2..
              DarkSky recently posted..How come asking someone to go home is a racist remark

              • Pada 2010.09.11 20:08, alan menulis:

                inilah hasil pengabaian quran. tahun lepas aku buang 3juta pada org yg memerlukan selamber aje pun? tapinya rupiah… hahahahaaaaaa… jutawan rupiah da…
                alan recently posted..Yonghwa

                • Pada 2010.09.11 20:20, alan menulis:

                  kalau sang miskin nak mati,matilah.kalau sang kaya jadi hal gini; risau,kan? kenapa?
                  alan recently posted..Yonghwa

                  You must be logged in to post a comment.