Pengawal Keselamatan Mati Ditembak Perompak

Taman Segar
Cheras
Kuala Lumpur
18 Sept 2009
4ptg
Tidak berperikemanusiaan, zalim dan kejam.
Itulah sahaja yang dapat digambarkan tindakan ganas tiga penjenayah yang menembak mati seorang pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan terbabit, mati ditembak di dada apabila 3 perompak merompak cawangan Hong Leong Bank di Taman Segar jam 3-55 petang tadi.
Mangsa, Hadi Faizal, 27 tahun, dari Gombak, Selangor, mati serta-merta akibat terkena dua das tembakan di dadanya.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, tiga penjenayah bertopi keledar berpenutup penuh, tiba-tiba meluru masuk ke dalam bank dan terus melepaskan tembakan rambang.
Hadi maut di tepi mesin ATM bank terbabit.
Salah seorang penjenayah meluru ke arah kaunter bank, dan mengaut kira-kira RM100 ribu.
Ketika kejadian, terdapat dua lagi pengawal keselamatan yang tidak bersenjata.
Mereka kemudian kelarikan diri dengan sebuah kereta yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Senapang patah milik Hadi turut dilarikan yang kemudiannya ditemui di dalam longkang tidak jauh dari tempat kejadian.
Dalam tempoh kira-kira sebulan, dua lagi cawangan bank ini di rompak sekitar Lembah Kelang.

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2009.09.18 12:23, kakcikseroja menulis:

    "manga mati di tembak kejadian." -

    maksudnya 'mangsa mati ditembak di tempat kejadian' betul tak saudara? :)

    • Pada 2009.09.18 17:34, Hazrey menulis:

      kakcikseroja, depa dah demam kuih raya tu.

      biasanya bila depa update, ia dilakukan secepat mungkin dan terkadang terkhilaf dan nasib baik ada pembaca yang prihatin macam kakcikseroja ni.

      Nanti ondscene bagi duit raya!

      • Pada 2009.09.19 00:08, mizzyN menulis:

        standard la typo dlm blog.

        selamat hari raya ondscene

        • Pada 2009.09.19 19:06, Guard TNB menulis:

          Demi duit untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara dan sedikit, manusia yang dikuasai oleh nafsu bimbingan syaitan sanggup melakukan apa saja.

          Sedangkan kalau manusia ikut apa yang sepatutnya, duit orang satu sen pun tak akan diambilnya secara tidak halal.

          Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah ke jalan yang benar.

          Salam 1 Syawwal buat Abang Sham, maaf zahir batin dan selamat maju jaya.

          You must be logged in to post a comment.