Pengurus Kedai Jam Mati Dibunuh
Pandan Utama Apartments
Pandan Utama, Ampang
Selangor
5 Jun 2011
9 pagi
Tangannya diikat ke belakang dengan tali, kakinya diikat dengan tali dan baju, manakala lehertnya dijerut dengan baju, serta kesan lebam di badan.
Mangsa ditemui di dalam biliknya sudah tidak bernyawa oleh ibunya sendiri yang datang ke rumah pagi ini untuk mengambil pakaiannya untuk dibasuh.
Ng Kim Long, 45 tahun yang masih bujang, ditemui mati dipercayai dibunuh antara tengahmalam dan pagi ini di dalam bilik rumahnya di tingkat 8 Pandan Utama Apartments, Ampang.
Ng merupakan seorang pengurus di sebuah kedai jam di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Nazri Zawawi, tidak terdapat kesan pecah masuk di dalam rumahnya, dan dipercayai pembunuhnya dikenali oleh mangsa.
Mayat dihantar ke PPUKM untuk bedah siasat.
Sebuah lagi bilik di rumah ini turut disewa lelaki warga asing, dan polis sedang mengesannya yang telah menghilangkan diri…
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



takziah buat mangsa..
Hasmizal recently posted..RIDE FLUORO @ SUNGAI PETANI – PT1
dekat sangat dengan rumah saya.. huhuhuh
Rozeman Bin Hassan recently posted..Gambar mayat bayi yang dicampak dari pangsapuri tingkat 5
Assalamualaikum,
ada kesan barang-barang kena curi tak?
Mmmmm orang yang dikenali ada masanya kita tak betul-betul kenal
Anyss recently posted..Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia