Penipuan Bank – TUDM Tidak Terlibat

Kuala Lumpur
18 Feb 2011
entry asal : Skandal Penipuan Bank?
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan tiada pegawai dan anggotanya terlibat dalam kes sebuah bank tempatan diperdaya pinjaman RM19 juta kepada 2 buah syarikat.

2 syarikat terbabit  kononnya mahu membekalkan alat-alat ganti pesawat MiG-29N milik TUDM.

Pegawai Media, Unit Korporat, Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun
berkata, siasatan dalaman awal dilakukan segera oleh TUDM sebaik mengetahui mengenai kes penipuan terbabit.

2 syarikat itu sebelum ini, mengemukakan permohonan kepada bank berkenaan bagi mendapatkan pinjaman korporat kononnya membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat itu.

Bank  menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud malah individu yang berurusan membuat pinjaman sebelum ini gagal dihubungi.

Menurut Marina,  TUDM sedia bekerjasama dengan bank terbabit dan PDRM pada bila-bila masa untuk membantu siasatan sekiranya diperlukan.

“TUDM berharap dengan penjelasan ini, semua pihak tidak akan membuat sebarang spekulasi terhadap TUDM berhubung kes tersebut, sementara siasatan disiapkan sepenuhnya oleh PDRM,” ujarnya.

Post Lain Yang Berkaitan

16 Comments

  • Pada 2011.02.18 18:31, amir menulis:

    senang nye lah, bagi loan juta2, tapi kalo orang biasa nak pinjam tak sampai rm 10k buat niaga , bukan main liat lagi. mcm2 form nak. bila bab juta2 opis tak wujudpun boleh dapat loan. haha mcm mcm kat dunia nih.

    • Pada 2011.02.20 00:02, fadzly menulis:

      itu la pasal..lagi2 la kalau yg keje swasta..sigh~

    • Pada 2011.02.18 18:53, 2k Getah menulis:

      sepatutnya pihak bank siasat betul2 sebelum bagi pinjaman, bukan sikit, RM19 juta. mesti ada konspirasi nie
      2k Getah recently posted..Kalau Tuhan tu betul-betul baik- kenapa buat neraka

      • Pada 2011.02.18 18:54, Khairi menulis:

        tapi amir dua syarikat tu mmg dah kemukakan dokumen lengkap. so then mmg bleh lulus. cuma mcm mana depa boleh pergi sahkan building kampeni tu selepas pinjaman diberikan.
        Khairi recently posted..Pemandu Teksi Jijik jadi peringatan untuk Tol Gate GIRL

        • Pada 2011.02.18 18:58, singgit menulis:

          RM19juta?!! betul2 howleoww.. =]
          singgit recently posted..Top Ten Koleksi Pergaduhan Artis Malaysia

          • Pada 2011.02.18 19:38, Sabahan Bloggers Club menulis:

            Waaaaaaah.
            Saya pun nak kalau macam ni.
            Tapi nasib baik orang bank ni bijak kan? ;)
            Sabahan Bloggers Club recently posted..How to SEO optimize blogspot title

            • Pada 2011.02.18 21:57, Anyss menulis:

              Salam,
              lagi suspen nak tahu kisah seterusnya ni…
              Anyss recently posted..Membayar Hutang

              • Pada 2011.02.18 22:37, sri hartamas menulis:

                Kalau RM19 juta kena tipu, taklah banyak. Bank pernah kena tipu/peminjam tak lunas hutang berbillion, sampai jatuh muflis. Contoh klasik..Bank Bumiputra. Kalau RM19 juta ini belum dimasukkkan ke dalam akaun semasa peminjam, tak ada kerugian sebenarnya. Tapi nampak sangat peminjam kurang cerdik. Dia patut sewa saja pejabat yang mengagumkan…baru pinjaman dapat disalurkan ke dalam akaun.

                • Pada 2011.02.19 06:17, xavi menulis:

                  dalam banyak2 komen…ni komen paling realistik…duit tu mungkin 99% belum disalurkan ke dalam akaun siPenIPU

                • Pada 2011.02.18 23:29, Hasmizal menulis:

                  macam-macam cara nak menipu…

                  dari sekecil seringgit hingga ke juta-juta ringgit…
                  Hasmizal recently posted..BERKELAH DI PULAU PINANG FINAL EPISODE

                  • Pada 2011.02.19 09:31, khairi menulis:

                    salam sejahtera
                    sepatutnya bank terbabit buat siasatan dalam sahaja, bagaimana permohonan pinjaman 19 JUTA boleh lulus sebegitu mudah…takkan tak de sebarang gadaian..takkan tak cek dulu dengan SSM tentang syarikat tersebut, takkan tak boleh cek dulu dengan TUDM betui ke syarikat tu dah dapat kontrak bekalkan alat ganti tu….apaara, nampak sangat macam ada yang tak kena..
                    tapi kalo pak cik hussin yang datang nak buat pinjaman nak besarkan perusahaan kerepeknya, bank cek habis sampai citros mitros, SSM, Kementerian Pertanian…mintak geran tanah…nak pinjman hanya 10 ribu…huh….

                    • Pada 2011.02.19 09:42, ayiepenang menulis:

                      salam sejahtera…
                      hairan juga ya, bagaimana boleh berlaku…
                      tapi sepatutnya dah boleh selesai melalui siasatan dalam bank saja…
                      siapa yang luluskan loan, bagaimana boleh luluskan?
                      takkan permohonan pinjaman 19 JUTA, bank tak cek langsung siapa pemohon, syarikat apa…berdaftar dengan SSM, takkan tak de mintak digadaikan apa2 sebgaia cagaran…paling busuk pun, boleh cek dengan TUDM nak confirm betui ka syarikat tu dapat tender nak bekalkan alat ganti kapai terbang…dan yang paling senang, duit 19JUTA tu amik camana dari bank, dasat la kalo cash pasai kena bawak lori tu…kalo cek, takkan cash cek kot 19JUTA, kalo account payee tak ke boleh cari cek tu cash kat mana, carik la sapa pemilik akaun….ala, buat malu je la bank nie buat laporan camni…
                      tapi lagi heran bila pak usin gi hantar borang loan nak besarkan perusahaan kerepeknya, bank mintak macam2, samapi surat nikah mak ayah pun mintak…tak kira citros mitros lagi, mintak geran tanah..padahai nak hutang 10 ribu je pun…cest!!!!

                      • Pada 2011.02.19 11:09, Khairul menulis:

                        Italian Job vs. Malaysian Job. ;)

                        • Pada 2011.02.19 15:04, 2bz4money menulis:

                          Kes terdahulu berkaitan pemalsuan cek Kementah Affin Bank. Pentingnya buat pelabur utk melakukan due diligience; kini bank pun sama2 terkhilaf.
                          2bz4money recently posted..Money Men

                          • Pada 2011.02.19 23:46, Firza menulis:

                            19juta…?…kenapalah perlu menipu utk mendapatkan wang…..?…..perosak semua ni……
                            Firza recently posted..GUILLEMARD BRIDGE

                            • Pada 2011.02.20 02:47, cabutibulutut menulis:

                              mesti ada konspirasi dalaman…dan mungkin melibatkan vip…sapa tau… pastu kes senyap…mcm kes atlantuya/sosilawati…

                              You must be logged in to post a comment.