Penjenayah Bersenjata Steyr Tumpas Dengan Pump-Gun Pengawal Keselamatan

Taman Muda
Ampang, Selangor
13 Dis 2011
3.30 petang
 

Tidak sampai beberapa minit seorang penjenayah berjaya mengaut sejumlah RM253,000 dalam satu kejadian rompakan bank – akhirnya tumpas jua.

Bersenjatakan selaras Steyr AUG, lelaki terbabit memasuki premis bank dengan memakai topi keledar dan bertutup penuh (visor), terus mengarahkan juruwang menyerah wang tunai kepadanya.

Lelaki terbabit yang melompat ke kawasan kaunter, mengaut sejumlah wang dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.

Malang baginya, segala perlakuannya sebenarnya dilihat seorang pengawal keselamatan bersenjatakan selaras pump-gun yang berada di belakang kaunter dan tidak disdari kehadirannya oleh penjenayah.

Dan ketika penjenayah terbabit hendak melarikan diri, satu das tembakan dilepaskan pengawal terbabit.

Tembakan tepat mengenai sisi kepalanya dan mati serta-merta di dalam premis bank ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, penjenayah berusia lingkungan lewat 20han dan awal 30han.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV bank turut diteliti.

Ketika kejadian terdapat 20 pelanggan dan 12 kakitangan bank sedang bertugas.

 

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2011.12.14 01:58, Atok menulis:

    Berani mati penjenayah tu.

    • Pada 2011.12.14 05:07, auction81 menulis:

      styer pun kalah dgn pump gun…..sepandai2 tupai melompat jatuh ketanah juga….tpi mcmner diorg boleh dpt senjata teknologi tinggi tue….hebat penjenayah nie…
      auction81 recently posted..Wireless world offers study tools for exams

      • Pada 2011.12.14 13:14, mrbigschumi menulis:

        betul nekad tu…
        siap ke kaunter..and one man show..

        steyr pulak tu.mana pulak dia dapat…milik orang lain ker? betul2 PDRM kene siasat..

        • Pada 2011.12.15 12:34, afirdaus.ab menulis:

          Headshotttt…… Terro.. Err… Security Guard wins!

          • Pada 2011.12.15 22:29, Mohd Azuwan menulis:

            Unik nih,kalu x silap geng perompak kt Malaysia pkai Steyr ni last recorded hujung thn 90-an r,name geng diorg pn geng Steyr,kena basmi dgn UTK PDRM thn 2000.Yg ni mgkn baru nk naik kot,tp kena head shot pulok hihi…kt China diorg pggl Steyr ni UFO rifle haha :D ,tah ape kaitan UFO dgn Steyr tak tau lah.

            • Pada 2011.12.24 21:05, kamalruldin menulis:

              hahaha.. u deserved it.. padan muka.kesian..muda2 dah mati macam ni..apa laa perasaan mak bapak bila dapat tau.

              You must be logged in to post a comment.