Penjenayah Cuba Rampas Pistol Polis-Ditembak Mati
Taman Taynton View
Cheras
Kuala Lumpur
14 Mei, 2009
Kuala Lumpur
14 Mei, 2009
Kehadiran sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam di Taman Mutiara Barat Cheras, menimbulkan curiga setelah dikesan oleh sebuah kereta peronda polis.
Menyedari mereka diekori, kereta dinaiki empat lelaki terus memecut meninggalkan tempat kejadian menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.
Ketika dikejar, kereta terbabit melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk sebuah bas.
Kereta ini akhirnya mengalami keroasakan di Jalan Eng Bee, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Kejadian kira-kira jam 6-45 petang.
Semua saspek kemudian keluar dari kereta dalam cubaan untuk melarikan diri.
Salah seorang dari mereka berjaya ditahan, manakala seorang lagi berlari ke arah
Pondok Polis Komuniti Taman Taynton View di Jalan Datuk Haji Harun.
Pondok Polis Komuniti Taman Taynton View di Jalan Datuk Haji Harun.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, lelaki terbabit yang berjaya ditangkap, cuba melawan ketika hendak digari.
Dia juga cuba merampas pistol anggota polis terbabit menyebabkan sedas tembakan dilepaskan mengenai kepalanya.
Saspek, berusia kira-kira 20han, mati di tempat kejadian dan lelaki terbabit mempunyai satu rekod lampau kesalahan curi kenderaan.
Dan dua lagi rakan penjenayah mereka, dapat melarikan diri.
Pemeriksaan pada kereta saspek menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Gerakan memburu dua lagi rakan penjenayah dilancarkan serta-merta.
Polis percaya kumpulan terbabit giat dalam kegiatan pecah rumah sekitar ibunegara.
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.



suspek berlari ke arah pondok polis? haha..tolol punya suspek..
bro..nak tanya..kalau kes sebegitu iaitu kenderaan kita dilanggar oleh suspek ketika suspek sedang melarikan diri,boleh ke kita claim insuran?
BRO NAK TANYA KALAU POLIS POW KEDAI MAKAN NAK BUAT MACAMANA?
kesian kedai makan tu baru nak buka kedai dah kena pow dengan polis..
Bro Sham
Penjenayah tu keturunan apa ye?
China
India
Indonesia
Malaysia
Myanmar
Vietnam
Kampuchia
Thailand
Melaka
Penang
Johor
Selangor
he he he
Gatal nak tau
sebab kalau suratkhabar Cina kalau tak silap, dia tulis keturunan penjenayah.
hati2 apabila lalu di Tmn Tynton View kawasan tu memang bahaya….sy sek kat Tmn Tynton View,memang banyak penjenayah di kawasan tu..
anon..
kalau kedai makan kena pow dengan polis,suruh la tuan kedai pegi buat report..tapi jangan buat report kepada polis yang pow tu..yang paling baik ialah report kepada SPRM..
lol.kejadian nie berlaku di hadapan kedai makan dan bersebelahan kedai makan,sebab lah banyak kaca yg pecah atas tengah jln tu..rupa2 ada satu kejadian yg menakutkan..
penjenayah yang di tembak mati berbangsa melayu berumur dalam 20 an dan sudah berkahwin.anak 3 kalau tak silap saya…memang saya kalau ke rumah mertua di flat sri kota akan selalu berkumpa dengan suspek ini.kereta waja yang semasa kejadian sering saya nampak dipandu oleh suspek.kekadang saya juga ternampak suspek memandu teksi….
apa juga yang telah berlaku adalah menjadi pengajaran kepada kita semua dan anak-anak kita…pendidikan islam adalah penting untuk anak anak kita…DOA juga adalah penting..
ALFATIHAH untuk arwah yang di tembak
knapa la p lari kat pondok polis pnjahat ni..
jawa – itula, kenapa dia berlari ke arah pondok polis pun xtau.
soalan tu, rasanya saper2 yg xpert bab insuran ni, bloeh tolong jawabkan…
anon- boleh tak emailkan kepada saya nama kedai, alamat dan apa2 bukti yg ada. tetapi paling baik laporkan kepada SPRM
alidyangon- semasa posting tak sempat nak letak nama sebab belum dapat pengesahan. bangsa Melayu.
nazaria- mungkin mereka tinggal di kawasan tu, atau ramai yg dok kat situ,…
jawa- tq tuan jawa sebab tolong jawabkan..
nazaria- orgramai pada mulanya ingatkan ia adalah kemalangan biasa…
anon- biasanya kita tdk mengetahui siapakah identiti sebenar mereka yg kita terjumpa…
jagindas- mungkin dia tak tahu, itu adalah pondok polis…mungkin
kepada sesiapa yg tidak mengetahui hal sebenar, minta hentikanlah cerita tersebut melainkan ada bukti yang sahih. tak baik kita buat fitnah. sesungguhnya fitnah itu lebih keji dari membunuh. kes ini masih dalam siasatan. biarlah siasatan dilakukan terlebih dahulu. ada lebih baiknya kita sedekahkan Al-fatihah. sesungguhnya stiap kejadian ada hikmahnya. Allah itu Maha Besar dan Adil.
korang tak tau sape mangsa yg d tembak polis x guna 2?klo korang tau latar belakang mangsa yg kena tmbak 2 mesti korang bengang ngan polis 2!!!!!!!!arwah,seorg yg btanggungjwb.ada istri yg soleh,anak 3org yg baik………alfatihah buat arwah,moga d tmptkn bsama2 dgn mereka yg soleh dan beriman………….