Penjenayah Tumpas Setelah Dikejar 30 KM, Tewas Terlanggar Lembu

Jade Hill
Bukit Angkat,
Kajang, Selangor
16 Mei, 2010
1-45 petang
Kebiasaannya, kehadiran binatang ternakan seperti lembu yang mengganggu lalulintas, menjadi isu kepada pengguna.

Bagaimanapun, lain pula pada kes yang berlaku ini – lembu sanggup mengorbankan dirinya sendiri, semata-mata untuk menumpaskan satu kumpulan penjenayah.

Akhirnya, seekor lembu maut manakala dua lagi cedera, satu darinya parah…
Semuanya bermula kira-kira jam 1-15 petang apabila sepasukan 3 anggota polis dari Unit Peronda Lebuhraya, terserempak dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu amat laju di lorong paling kanan.
Kereta Toyota Vios ini dinaiki 3 lelaki ditemui sekitar KM 290 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi arah Kuala Lumpur.

Kereta peronda lantas mengejar kereta terbabit dan memintanya berhenti.

Kereta ini kemudian berhenti di tepi lebuhraya, dan sebaik anggota polis cuba menghampirinya, kereta ini kemudian dipecut laju.

Maka bermulalah adegan seperti filem apabila polis mula mengejar kereta ini yang kemudian memasuki susur ke Plaza Tol Kajang, dan merempuh palang besi Smart Tag.

Kereta ini kemudian terus memecut ke arah Sg Ramal Dalam sebelum membelok arah ke Bukit Angkat.

Sebaik menyedari laluan ke Jade Hills adalah jalan mati, pemandu kereta membuat pusingan u, dan sungguh malang, di hadapan mereka sekumpulan kira-kira 10 ekor lembu sedang melintas jalan.
Rempuhan kuat menyebabkan beberapa ekor lembu melambung menyebabkan seekor darinya mati di tempat kejadian dan seekor lagi cedera parah.
Kereta ini hanya sempat bergerak kira-kira 50 meter sebelum terhenti setelah mengalami kerosakan teruk di bahagian enjin dan gandar.

Dua dari saspek melarikan diri, manakala seorang lagi berjaya ditangkap.
Pemeriksaan menemui kira-kira 20 batang besi tapak pembinaan di dalam bonet belakang dan sebilah pisau rambo di tempat duduk hadapan.
Besi terbabit dipercayai dicuri dan untuk dijual.

Lelaki yang ditangkap mengakui, mereka mencuri besi-besi buruk untuk dijual bagi mendapat wang untuk membeli dadah.

Menurutnya, ia dilakukan apabila mereka keputusan bekalan dadah dan perlukan wang untuk membelinya

Keseluruhan perjalanan dianggarkan kira-kira 30 kilometer.
Dan, tiada sebarang tembakan dilepaskan.

Post Lain Yang Berkaitan

14 Comments

  • Pada 2010.05.16 12:29, Kuwe menulis:

    Lembu mengorbankan nyawa untuk kesejahteraan orang ramai.

    • Pada 2010.05.16 12:32, Melor menulis:

      YEP,nanti jgn plak tokey lembu nak saman polis sbb lembu terkorban..

      • Pada 2010.05.16 12:57, kraznaya menulis:

        *sigh*nasib baik lembu. kalau orang pasti polis jugak dipersalahkan..tahniah kepada pasukan polis.berkurang lagi seorang penagih..

        • Pada 2010.05.16 15:46, ir MASh menulis:

          kesian lembu tue..waa

          • Pada 2010.05.16 15:59, Hidayah Baik menulis:

            gemuk lembu tu.. :9

            • Pada 2010.05.17 00:46, Nasa menulis:

              klau kete vios ni lggr org awam smpi mati, nnt ade yg tanye plak "knape polis x tembak je kete tu?"

              sian polis.

              p/s: nape airbag vios ni xkuar?model J ke?

              • Pada 2010.05.17 01:27, Pak Long menulis:

                lembu tu patut dapat anugerah.. pjk ke… berkorban untuk negara.

                • Pada 2010.05.17 02:15, Syahazli menulis:

                  Lembu tu mati serta merta ka???……sepatutnya ada orang gi sembelih, buat kenduri hehehehehhehehee. Tahniah untuk Polis yang telah berjaya mencekup penyangak-penyangak berkenaan. Tidak dilupakan juga, tahniah dan terima kasih kepada lembu yang mengorbankan diri.

                  • Pada 2010.05.17 05:51, ROHAIFI AZRI menulis:

                    TUAN, MOHON COPY-PASTE ARTIKEL DAN GAMBAR2 INI…

                    • Pada 2010.05.17 07:46, From The News menulis:

                      pemilik lembu tu dapat pampasan tak? tak pun anugerah ke? hehehe..

                      • Pada 2010.05.17 16:54, azroy77 menulis:

                        lahhhh belakang rumah saya nie…

                        • Pada 2010.05.18 01:23, Kar menulis:

                          wow, takder tembakan dilepaskan ! cam tak caya jer, but still bravo abg pulis dan semoga lembu yg cedera parah tu lekas sembuh sebelum disembelih

                          • Pada 2010.05.18 03:10, Tany menulis:

                            Takziah kepada keluarga lembu terkorban… hero yang telah mengorbankan nyawa demi menumpaskan penjenayah yg tak sepatutnya hidup….

                            • Pada 2010.05.19 04:04, Friend menulis:

                              apeda kat lmbu pun nk hormat.. dah ajalnya mati dirempuh vios.. rugi dagingnya.. tp xpe, jual kat org bkn islam dorang boleh makan kan..

                              skang polis da takut nk tmbak² sukati, salah tembak jadi isu.. prosedur dah ada..kne ikut..

                              You must be logged in to post a comment.