Penumpang Teksi Disamun dan Dibogelkan

Bukit Jalil
Kuala Lumpur
20 Sept 2010
(malam)
.
Gedangsa
Hulu Selangor
21 Sept 2010
(awal pagi)
 
dan
Pantai Dalam
Kuala Lumpur
22 Sept 2010
3 pagi

Entry ini tiada foto tempat kejadian

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi yang saya hubungi sebentar tadi, mengesahkan kejadian ini.

Anda baca entry ini baik-baik.

Kes ini baru sahaja berlaku dan modus-operandi penjenayah yang akan diterangkan, sekurang-kurang dapat menghindarkan anda dari turut menjadi mangsa.

Lokasi bermulanya kes ini di Stadium Bukit Jalil.

20 Sept, 2010

2 wanita warga Kemboja menaiki sebuah teksi berhampiran hentian bas di Bukit Jalil

Mereka hendak ke Bukit Tinggi Klang untuk menaiki bas , untuk perjalanan pulang ke Kemboja kerana paspot mereka akan tamat tempoh 23 Sept ini.

 Kedua-duanya adalah dari Johor dan turun di Perhentian bas Bukit Jalil, membawa sejumlah wang hasil bekerja selama 2 tahun sebagai tukang jahit di sana.

Di dalam teksi yang dinaiki, selain pemandu, terdapat seorang lagi lelaki duduk di bahagian hadapan (kedua-duanya Melayu)

Bagaimanapun, kedua-dua wanita terbabit bukan di bawa ke Bukit Tinggi, Klang sebaliknya teksi dipandu melalui Lebuhraya Plus arah Utara dan keluar di Plaza Tol Bukit Tagar.

Mereka kemudian tiba kira-kira jam 11 malam ke sebuah ladang kelapa sawit di Gedangsa dan di situ, mereka disamun malah kedua-duanya turut dibogelkan dan ditinggalkan.

Barangan yang disamun termasuk paspot, wang tunai RM900 dan USD6000, barang kemas serta beg pakaian mereka.

21 Sept 2010

Kedua-dua mangsa akhirnya ditemui oleh orangawam yang kebetulan melalui kawasan ladang kelapa sawit itu kira-kira jam 1 pagi (21 Sept 2010) dan membawa mangsa ke Balai Polis Gedangsa untuk membuat laporan.

Sebaik mendapat maklumat dan fakta kes ini, sepasukan unit ditubuhkan bagi menjejaki kedua-dua penyamun terbabit diketuai ASP Yatim dari Cawangan Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor.

Hasil dari kerjasama pihak PLUS, mereka berjaya mengesan teksi terbabit melalui rakaman CCTV di Plaza Tol Bukit Tagar.

22 Sept 2010

Dengan kerjasama Cawangan Siasatan Jenayah IPD Cheras, jam 3 pagi tadi, sebuah rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, diserbu.

Seorang lelaki dipercayai saspek kes ini berjaya ditahan dan polis berjaya menemui semula 1 paspot, beg pakaian dan sejumlah matawang USD, Kemboja dan RM serta sebuah teksi.

Rakan saspek turut telah dikenalpasti dan polis sedang memburunya.

Kedua-duanya adalah pemandu teksi.

Menurut rekod, banyak kes samun membabitkan pemandu teksi dan penumpangnya adalah bermula dari Bukit Jalil, dan dipercayai penyenayah menjadikan lokasi itu sebagai tempat mencari mangsa.

Peringatan -

1 Berhati-hati atau jangan menaiki teksi jika di dalamnya telah terdapat ‘penumpang’ lain di dalamnya.

2.Jangan benarkan pemandu teksi mengambil ‘penumpang’ lain di pertengahan jalan.

3.Keluar dari teksi jika pemandu berkeras hendak mengambil ‘penumpang’ lain.

4.Kepada yang tidak mahir laluan di Kuala Lumpur, sila pelajari serba sedikit laluan di KL sebelum menaiki teksi. Sebarang kelainan dalam arah tuju, anda boleh merasa curiga dan berhak untuk turun.

5.Camkan nombor dan permit teksi yang dipamerkan, serta foto yang terpapar.

Post Lain Yang Berkaitan

17 Comments

  • Pada 2010.09.22 11:44, Adzakael menulis:

    syabas pihak polis krn berjaya bertindak pantas.

    walopun ada segelintir pemandu teksi yg tak bertanggungjawab,ingatlah ramai lagi pemandu teksi yg ikhlas bekerja.

    jgn kerana ada yg terserong langkah,kita pun turut memandang serong akan semua pemandu2 teksi.

    • Pada 2010.09.22 11:58, aReaL menulis:

      Tindakan Patas Polis Menyelamatkan Keadaan… Tahniah….
      aReaL recently posted..Artis Wanita Bersetubuh Dalam Surau!!

      • Pada 2010.09.22 12:52, Faizal menulis:

        hebat, pantas pihak polis dapat mengesan pemandu durjana itu.
        tahniah kepada PDRM dan pihak PLUS.
        Faizal recently posted..Mak- Jgn Risau Kitorg Pegi Sex Ok

        • Pada 2010.09.22 13:06, aiDiena menulis:

          Teruknya.. ikhss mana² pon tak selamat dah sekarang nie.. kuang ajaq sungguh dah samun dibogelkan pulak..
          aiDiena recently posted..Hari Kedua di Kampung – 4 Syawal 1431

          • Pada 2010.09.22 13:13, usez menulis:

            Kerana nila setitik…
            usez recently posted..Ini betul pandai punya sami

            • Pada 2010.09.22 16:17, zezebel menulis:

              Hmmmmm.
              Kalau saya ke Kuala Lumpur, memang tak berani naik teksi sorang-sorang.
              Semua pemandu teksi macam buaya darat jer.., takut….
              zezebel recently posted..WW- How old am I in this picture

              • Pada 2010.09.22 18:05, yeop menulis:

                buat busuk golongan pemandu teksi je..skrg dah buat masyarakat kurang yakin nk naik teksi

                • Pada 2010.09.22 19:15, namewaa menulis:

                  kesian betul mangsa tu.. dah la susah payah cari rezeki kat negara ni cara betul, pulak tu kena samun… ape punye orang la skrang ni

                  • Pada 2010.09.22 19:25, az man menulis:

                    ermm ingat lagi kene tipu dek pemandu teksi semasa mula-mula sampai kat KL.
                    az man recently posted..robot transformer

                    • Pada 2010.09.22 20:13, Akmar.A menulis:

                      adik saya & kawan dia kena tipu dengan pemandu teksi di bukit jalil. perjalanan dari bukit jalil ke jalan duta dikenakan bayaran RM80.00. ini terjadi sbb penjual tiket bas bgtau adik sy supaya naik bas di bukit jalil padahal kena naik di duta. kerana kesuntukan masa, diorg terpaksa ambik teksi ke duta. pemandu teksi 2 india ambil kesempatan krn adik saya mmg dah terdesak. sy ckp ngan adik sy supaya jadikan ni sebagai pengajaran.

                      • Pada 2010.09.22 22:11, Fazley menulis:

                        Moral: Jangan sesekali percaya pemandu teksi walaupun dia pakai kopiah atau berserban..

                        Saya sendiri pun pernah ditipu oleh golongan ni area bukit jalil..
                        Waktu tu baru pulang dari Singapore pukul 4 pagi..Tawar menawar tambang perjalanan RM25, lepas bayar dengan RM50, die terus cabut lari tanpa pulangkan duit baki….

                        • Pada 2010.09.23 00:01, naz menulis:

                          salam abg sham. saya pengikut setia blog abg ni, tp cuma sebelum ni tak pernah letakkan komen. ni pertama kali. selama ni silent reader je.

                          nak ucapkan terima kasih sebab berkongsi kisah2 ni semua. sejak beberapa hri lepas saya mula link kan blog abg ke page facebook saya. sekadar berkongsi dgn kawan2, supaya mereka lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian. jadi, izinkan saya ya? terima kasih sekali lagi, dan teruskan penulisan abg ya? salam.

                          • Pada 2010.09.23 10:09, Siapa yg Tahu.. menulis:

                            nasihat pd penumpang/pengguna dah diberi…

                            ni saye nk bg nasihat pd penyamun/penjenayah/sub penyamun ataupun penyamun percubaan lak.. udah² la nk buat jenayah.. semua lokasi strategik, CCTV akan lebih byk tak lama lagi…
                            bak kata ustazah.. anda buat, anda dapat… tapi dapat padah ha.. hua hua hua..

                            • Pada 2010.09.23 12:11, Asyraf menulis:

                              Nenek saya pula pernah ditipu sehingga RM200 oleh pemandu teksi di alorSetar.. Menangis2 dia telefon kami dari kampung…

                              • Pada 2010.09.24 00:31, A_friend menulis:

                                Malaysian cops are among the best in the world and that’s the fact,and to those 2 mutha fucka’s i hope u’ll enjoy ur stay at the palace of the golden horses

                                • Pada 2010.09.24 15:21, aieda menulis:

                                  Cepat polis bertindak, syabas!

                                  Pemandu teksi mcm ni la yg akan bwk nama buruk pd yg lain2.. Nak cari rezeki cara cepat dan mudah..

                                  Mmg kena lebih berhati2 kalau nak naik teksi skrg, sbrg kmungkinan boleh jadi..

                                  • Pada 2010.10.05 11:00, mohafiz menulis:

                                    syabas PDRM…. seperkara lagi, juga perlu diperbanyakkan lg high quality CCTV di area station bus bkt jalil…

                                    You must be logged in to post a comment.