Tandas Lelaki
Stesyen LRT Sri Rampai
Wangsa Maju
Kuala Lumpur
28 Mac 2012
1.21 petang
Malang bagi seorang pengguna LRT.
Niat untuk melepaskan hajat bagi seorang pemuda, bertukar menjadi tragedi.
Penutup tandas yang di’hajati’nya tiba-tiba meletup.
Dan dalam keadaan cedera, lelaki terbabit terpaksa melarikan diri dalam keadaan separuh bogel bagi menyelamatkan diri.
Mangsa, berusia 22 tahun kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Kejadian dipercayai berpunca dari bahan letupan dipercayai mercun yang dipasang pada mangkuk tandas.
Siasatan Unit Forensik PDRM menemui serpihan kertas dipercayai bahandari mercun ditemui di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

















‘mangkuk’ manalah yang punya kerja ni.
haha…mangkuk pun jadi mangsa dari seorang yang ‘mangkuk’..
apa punya turr laa punya perangai..
Assalamualaikum,
Alahaiiii “mangkuk” betul hu h uh u kesiannya dia.
Boleh bayangkan tak kalau meletup di tandas perempuan? huh! siksa nak bayangkan!
sungguh jarang nendengar berlaku letupan di malaysia,hari ini mangkuk tandas meletup..tak lama lagi bertambah mahir..ntah apa-apa pulak lah bakal meletup.. celakak sungguh yg buat kerja ni..
Apa punya mangkuk hayun lah buat macam ni. Menganiaya orang jer.. Tuhan dah bagi akal, gunalah sebaik-baiknya..
[...] Sayangi punggung anda Posted on 29/03/2012 by azwandengkil Assalamualaikum WBT, Bayangkan, sedang anda leka membuang air, tiba-tiba satu letupan kuat memecah kesunyian yang boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk pada bahagian punggung anda. Memang tak dapat nak dibayangkan. Saat sedang berprivasi diganggu dengan satu perbuatan nakal orang lain yang mana akal fikirannya mungkin sudah di flush dalam mangkuk jamban tersebut. Hanya bermodalkan mercun seorang penganggur terpaksa lari lintang pukang dalam keadaan belum selesai menunaikan hajatnya keluar dari bilik privasi itu. Lagi kisah dan gambar sila lawati Ondscene.my [...]