Penyamun Kejam- Mangsa Mati Ditikam, Kenderaan Dilarikan

Batu 3
Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur
26 April, 2010
7 pagi
Malang bagi seorang pemuda, dan semuanya berlaku dengan pantas.

Mangsa sebelum ini meletakkan kenderaan pacuan empat rodanya di hadapan sebuah restoran berhampiran sebuah bank kira-kira jam 6-60 pagi.

Dia dipercayai untuk berurusan di mesin ATM bank terbabit.
Pemilik restoran yang sibuk bekerja di dalam kedainya yang baru hendak dibuka, tiba-tiba terkejut mendengar bunyi bising di luar kedainya.
Mengesyaki sesuatu, dia segera mengintai di celah pintunya dari dalam kedai.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah di atas jalan dan kesan darah merata-rata di atas jalan.
Mangsa, Chui Fook Lim, 32 tahun, dipercayai diserang oleh dua lelaki ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya setelah selesai urusan di bank.
Pergelutan berlaku sehingga akhirnya Chui ditikam di peha kanannya dan mangsa juga dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang teruk sehingga menyebabkan kematiannya.
Kenderaannya dilarikan, bagaimanapun dompet dan beberapa dokumen masih berada pada mangsa.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemas dan bertali leher.

Mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

16 Comments

  • Pada 2010.04.26 10:26, Bro Framestone menulis:

    kejam2 huhuhu

    BroFramestone Blog

    • Pada 2010.04.26 10:29, karl menulis:

      takziah buat keluarga mangsa. Harap2 pembunuh2 tu dapat diberkas dengan segera. Penjenayah sekarang dah makin dahsyat.

      • Pada 2010.04.26 10:53, mdynani menulis:

        sy ad nmpk pg td smasa dlm bas nk pegi kolej, and smase nk balik dlm kol 1020pg kesan darah masih ada.
        sy tgu je abg update kat blog,

        • Pada 2010.04.26 10:53, Shuttler menulis:

          Memang kejam… modus operandi pnjnyah mnyerang mgsa yg bru je slesai brurusan d mesin ATM mmg ckup mudah utk dilksankan pnjnyah.. mula2 dorg attack target… lpas 2 usha2 line trus samun.. dan waktu samun plak adlh waktu malam, pagi2, time mgsa brjlan d jlan yg sunyi ( x ramai org ) dan smasa mgsa leka msukan duit k dlm beg dmpet.. yg saya cdangkn lpas je kta settle urusan kt msin ATM, trus msukn duit dlm dmpet kt mesin 2 jgak ( pedulikn org yg beratur kt blkg,, duit kita 2 kena jaga ) lpas 2 sntiasa alert dgn individu2 yg brlegar2 d dpan pintu msin ATM atau pun indivdu yg cuba mlngkh ke arah kta slpas kta slesai urusan d msin ATM..

          • Pada 2010.04.26 13:04, aim-a menulis:

            kejamnye….nauzubillah….huhuhuhu

            • Pada 2010.04.26 14:25, a kl citizen menulis:

              zalim sungguh

              • Pada 2010.04.26 16:34, Tany menulis:

                Apakah motif? Hanya nak melarikan kenderaan atau duit dah disamun sekali (kerana dompet masih ada)?

                Harap2 bastards yg buat keje ni dpt ditangkap.. kecik2 tak nak mampus, dah besar buat jenayah.. org mcm nie kalau sy dpt mmg sy cincang.. keje berlambak kosong tak nak cari duit halal.. nak jugak buat jenayah.. tak guna mak mengandung 9 bulan, melahirkan dan mendidik, tp akhirnya jalan salah yg dipilih….

                • Pada 2010.04.26 16:36, adrin_malina menulis:

                  baru2 ni dekat bawah office saya berlaku jugak kejadian samun camni. masa tu khabarnya mangsa tgh keluarkan duit di atm bank lbh kurang jam 7 pagi. lepas keluarkan seribu, mangsa masukkan kad lg tuk keluarkan duit lagi. masa tu la penyamun datang dan ugut mangsa dgn parang. dalam cermin tu.

                  da dapat seribu, penyamun tak puas hati dan mintak lebih. masa tu kad yg sangkut lama dlm atm kena telan. so penyamun bengang dan cederakan mangsa.

                  • Pada 2010.04.27 00:18, AdryDaud menulis:

                    Penjenayah skrg smkin kejam dn tdk bhati perut. En. Shamsul…pkl 6:60 pagi tu pkl 7 pagi la kan..

                    • Pada 2010.04.27 02:19, alidyangon menulis:

                      Bro

                      Kejam betul dunia sekarang. Harta benda nilainya lebih tinggi dari nyawa. Saya makin pelik dan semakin takut.

                      P/sS: Nak keluar malam, pandu kereta kecik je dah, tak yah bawa kereta besar. Banyak mata tengok kita.

                      • Pada 2010.04.27 06:20, kay_valdez menulis:

                        Pendapat saya,adalah lebih baik jangan melawan terutamanya jika penjenayah tu bersenjata..Dan kita kena perbanyakkan kempen kepada para penjenayah'SILA JANGAN BUNUH KALAU KAMI TAK MELAWAN',dan kurangkan bengkel 'kaedah menumpaskan penjenayah'.Tetapi polis kenala mainkan lebih banyak peranan,kerapkan rondaan.orang awam pun patut menjadi mata dan telinga polis..

                        • Pada 2010.04.27 08:54, zerox menulis:

                          agak2nyer…2020 nnt semua orang kener beli pistol

                          • Pada 2010.04.28 14:13, DarkSky menulis:

                            kejam btol org skang..

                            • Pada 2010.04.28 23:16, hayatiharun menulis:

                              knp sekarang ni banyak sangat kes bunuh???Tak mcm dulu2???…

                              • Pada 2010.05.01 03:33, azfaizum menulis:

                                salam.,…

                                kenapa tak de update pasal budak 15 tahun kene tembak mati ngan polis di shah alam….

                                • Pada 2010.05.01 03:34, azfaizum menulis:

                                  salam.,…

                                  kenapa tak de update pasal budak 15 tahun kene tembak mati ngan polis di shah alam….

                                  You must be logged in to post a comment.