Taman Koperasi Polis
Kuala Lumpur
19 Jan 2010
5 ptg – 11 malam
Ketika menerima maklumat kes ini, saya dimaklumkan ramai anggota polis dan orangramai di tepi Lebuhraya Duke berhampiran Loji Kumbahan Indah Water Taman Koperasi Polis.
Ketika menghampiri kawasan ini, saya lihat beberapa warga Bangladesh berlari-lari anak meninggalkan tempat kejadian.
Saya belum mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sini sehinggalah akhirnya dimaklumkan bahawa polis sedang mencari sepucuk pistol di dalam Loji Kumbahan ini.
Kes dengan tepat masih belum dapat saya berikan kerana pengesahan dari Ketua Polis Kuala Lumpur belum diperolehi.
Bagaimana pistol boleh berada di dalam loji ini?
Difahamkan, sebelumnya, seorang penjenayah bergelut dengan seorang anggota polis yang kemudian penjenayah terbabit merampas pistol anggota terbabit.
Penjenayah kemudian melarikan diri dan melalui lebuhraya ini sebelum mencampakkan pistol terbabit ke arah loji ini.
Bagaimanapun , lelaki yang melarikan pistol itu berjaya ditangkap.
Itu sahaja maklumat awal yang diperolehi.
Akhirnya, usaha mengesan dan mendapatkan kembali dilakukan di mana sebuah lori Indah Water digunakan untuk menyedut air kumbahan bagi mengeringkan loji ini.
Masalah timbul, siapakah yang sanggup untuk masuk dan bergelumang di dalam najis itu untuk mencari pistol.
Akhirnya, tiga orang turun ke dalam loji dan meredah, meraba dan berjalan di dalam najis di kawasan dipercayai pistol itu dicampakkan.
Operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 10-30 malam apabila pistol gagal ditemui dan disambung pagi ini.
Ketika hendak beredar, seorang rakan wartawan memberitahu, tiga lelaki yang masuk ke dalam loji ini merupakan warga Bangladesh yang sebelumnya menjadi penonton kepada episod ini.
Barulah saya terfikir, beberapa Bangla yang berlari-lari anak itu mungkin rakan-rakan Bangla yang masuk tadi – bimbang mereka juga akan dijemput untuk mencari pistol itu…





eee.. najis mukhalazah.. anjing punyer pun ade dlm tu..
tabik spring r kat Mat Bangla ni..apa saja sanggup diredah…persoalannya…adakah mana2 rakyat Msia yang sanggup ikut serta sekali…..hhhhmmm..patut le ramai anak gadis kita lentok kat Mat Bangla ni…krn mereka sanggup berkorban apa saja…ala2 hero Bollywood gitu….hehehe
saya nak join sekali tabik kat dorang pasal sanggup redah mendapan2 taik tu . Jangan kena penyakit dah la lepas tu
mane bangla yg pandai skit, jumpe pistol, sorok dlm sluar kecik area sulit.. kluar kolam loji buat tadak apa.. tarak jumpa..
xpun.. dah jumpe dia bwk ke pot senang nk ambik kmudian.. esok luse, bile line clear.. masuk ambik balik..
ni kena perhatian serius ni..
spatutnyer anggota yg pistolnya terbiar dirampas kena cari sndiri smpai jumpa. denda loh apa bikin careless.. bila dah suh org lain mcamni, mcam2 boleh buat.
tapi nk tau jugak kes sbenor. yer ke dak. sape punye pistol
nanti.. belajar mat bangla ni.. makan nasi kandar… damak
si bangla tu sukarela ke? di paksa atau dibayar?
mendapan tu sludge shit nyer..x bau ape dah..just kind of lumpur je..
Kalu dikatakan ada RM1juta tunai tersimpan dalam kumbahan tu, sanggupkah anda mengambilnya? Bagi polis, pistol itu amat bernilai..
Bro…ni bangla yg dalam entry buat kicap dan cili sos tu ke.
Lepas selam dalam kolam tu dia gi balik kerja kat kilang tu balik.
Pergggh…patutla menjilat jari…
MesinJahitSinga
pistol itu bernilai jumlah rompakan yg boleh dilakukan. kalau x jumpe menjawablah polis tu kan bz4money
mat bangla nie sggup…krana mreka nie dah biasa dengan kesusahan..