Pukul Hingga Mati – Akibat Ajaran Sesat?
Saya banyak menerima pertanyaan mengenai laporan media – adakah kedua-dua suami isteri yang mati akibat dipukul ketika berubat itu mengamalkan ajaran sesat pengaruh sebuah kumpulan agama?
Saya memang mendapat maklumat mengenai gambar yang ada di dalam rumah pangsa tersebut.
Tetapi, sebagai seorang Islam yang TIDAK berpegang kepada khabar angin, berita mulut ke mulut yang tidak tau kepastiannya, hearsay, sms-sms yang meragukan atau gosip-gosip, saya sama-sekali tidak akan menyiarkan berita-berita yang tidak sahih.
Sebenarnya, blog saya ini bukan blog untuk kita membuat andaian-andaian tanpa sebarang bukti atau kenyataan dari mereka yang terlibat di dalam kes-kes tersebut.
Sebab itu saya menamakan blog ini ‘on the scene’ – di tempat kejadian, dan bukan hasil cerita atau dengar dari mana-mana pihak, tetapi saya sendiri berada di lokasi.
Sekali lagi, maaf kepada yang meminta kepastian dari saya tentang kumpulan agama tersebut, kerana saya tidak melihat foto di dalam rumah itu, dan bukan tugas saya untuk menyebarkan samada benar atau tidak.
Yang pasti, kedua-dua mangsa telahpun selamat dikebumikan…
Amin…
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



pesan nabi..AKU TINGGALKAN KAMU DENGAN DUA PERKARA YANG MANA JIKA KAMU BERPEGANG TEGUH KEPADANYA MAKA KAMU TIDAK AKAN SESAT BUAT SELAMA-LAMANYA..DUA PERKARA ITU IALAH AL-QURAN DAN SUNNAHKU..
aku rasa ini semua org tau.. mujahid tau..mujahat pun tau..
maka apa2 juga ajaran yang tidak berpaksikan dua perkara tersebut maka ianya adalah SESAT..
dalam kes ini..wallahualam..
tapi agama pun ada pesan.. SESUNGGUHNYA YANG HALAL ITU JELAS DAN YANG HARAM JUGA JELAS..NAMUN DI ANTARA KEDUANYA ITU ADA PERKARA YANG SAMAR..MAKA MENJAUHI PERKARA SAMAR ITU ADALAH LEBIH BAIK..