Pulangkan Marnie
Kuala Lumpur
Sebenarnya, tajuk Pulangkan Marnie tidak sesuai di dalam kes yang berlanjutan ini dan saya pun sebenarnya dah malas nak posting foto ini lagi.
Marnie yang telah ditemui dan selamat di bawa balik ke rumah bapa saudaranya di Kuala Lumpur pada 1 Jun lalu, sebenarnya telah melarikan diri semula.
Marnie Telah Ditemui
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, ketika dalam proses untuk menghantarnya pulang ke Tawau, Marnie telah melarikan diri.
Kekangan kewangan menyebabkan keluarga terbabit terpaksa mengambil masa mengumpul wang bagi membeli tiket penerbangan untuk Marnie balik.
Dan, dalam beberapa hari di rumah bapa saudaranya, Ali Bais, Marnie rupanya masih berhubungan dengan rakan pengkidnya melalui telefon bimbit dan akhirnya dia dapat melarikan diri dipercayai dibantu perempuan terbabit.
Rentetan dari itu, bapa Marnie, Abdul Sarang, seorang petani, bergolok bergadai dengan menjual harta yang tak seberapa di Semporna Sabah sebelum dapat membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.
Bapa Marnie kini berada dalam keadaan yang amat tertekan, dan ibunya di Semporna berada dalam keadaan amat sengsara dan sudah beberapa hari tidak makan.
Kes Marnie ini sudah mencapai tahap yang sukar untuk diatasi memandangkan Marnie sendiri yang hanya berusia 15 tahun, bertindak sendirian melarikan diri – untuk kali yang kedua.
Tindakannya, langsung tidak memikirkan implikasi dari perbuatannya ke atas keluarganya sendiri.
Marnie Abdul Sarang, 15 tahun
Alamat – Kg Sungai Gajah, Semporna, Sabah
Bekas Pelajar SMK Bugaya, Semporna, Sabah
Dilaporkan Keluar Dari Rumah pada 13 April 2010
(Dipercayai sekarang berada di Kuala Lumpur)
Sebarang maklumat hubungi :
(Bapa) Abdul Sarang Banguan – 014-2045729
(Ibu) Norhayati Hambog
(Semporna, Sabah)
(Bapa Saudara) Ali Bais Hambog – 012 – 3315249
(Kuala Lumpur)
atau mana-mana balai polis berhampiran
Post Lain Yang Berkaitan
17 Comments
You must be logged in to post a comment.






budak2 zaman sekarang…sian mak ayah die…adoyaiii…
bosan laaa pasal cite pasal budak nih.
next story bang.
Bro, dalam Utusan 11/06, namanya Mimie, rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm.
Yang mana betul nih?
BG
http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/jenayah-seks-suami-terhadap-isteri.html
sila rujuk kes awal di dalam blog ini
nama sebenarnya ialah marnie abdul sarang.
mimie adalah panggilan keluarga.
ia juga tercatit di dalam laporan polis dan keratan dari tiket air asia.
marnie juga adalah anak saudara kepada rakan saya sendiri, ali bais (iaitu bapa saudara marnie)
Kenapa La Buat Macam Ni.. Tak Fikir Ke Betapa Risaunya Seorang Ibu Atau Bapa Ketika Anaknya Melarikan Diri.. Mungkin Bila Si Marnie Menjadi Seorang Ibu Baru Dia Tau… Balik La Rumah Dik Oii…. Jom Baca Kes Saiful Apek Kantoi Ganja
haizzz, tak guna punya budak…
kalo dak2 pengkid jupe dak ni dgn kapel dia tlg lah nasihatkan,tak baguslah buat mcm ni.Family come first ok.
ini yang dikatakan..duit habis dan dugaan..kerana anak
jumpe balik.. gondolkan rambut..
ikat kat pokok bg sarang kerengga… bior kerengge gigit…. gatal sgt…
ini baru la dikatakan menyusahkan mak bapak!!takyah posting lagi dah abg sham ttg budak ni.mcm nak tamparr raserr budak nih..ishh
dah tak payah ceta pasal dia ni..
agakya sja je kot nak glamour..
menyusahkan mak bapak dan keluarga mereka…
sorry to be blunt, tapi sy dh jemu kes pompuan ni. meluat tgk muka dia. sy cuma rasa kesian kt keluarga dia, especially parents dia, apalah malang nasib diorang dpt anak tak kenang budi. eii buat panas je hati. biar lantak ah dia nk ikut budak pengkid tu, kalau dh sendiri lari kali ke dua, biar lantak pi. buat apa nk cari? biar dia rasa asam garam kehidupan. Org umur 15 sibuk prepare PMR, dia nk enjoy. kalau dia fikir boleh happy, biarkan. kecik2 tak nak mampus, dh besar menyusahkan mak bapak.
nasib dia bukan ahli keluarga saya.. kalau tak, eiiii taulah nasib dia.
menyampahnya la bukak pagi2 blog ni , muka budak ni lagi.
kutu kumpret.
budak kecacingan.
Kalau ikutkan hati yang marah, baik dibiarkan saja budak tu…. mmg tak tau nak mengenang jasa baik orang tua. Dah jemu @ tak boleh hidup dengan budak pengkid tu besok, balik la tu semula.
Tapi bila difikirkan dengan usia beliau, mmg budak ni singkat akal. Baru berusia belasan tahun, sememangnya mudah terpengaruh.
Seandainya balik dia nanti, harap dapat bawa pada rakan2 yang rapat pada beliau, nasihatkan dengan sikap buruk yang beliau dah lakukan. Harap2 sedar dia nanti, InsyaAllah.
oi marnie, ko ni anak orang ke anak orang utan??? asal kau sanggup buat mak bapak kau macam tu???
Aii… xtau nk ckp per.. Lau jmpe bdk ni ader kene skolak'n nnt..